" Yang menciptakan kematian dan dan kehidupan untuk menguji kamu siapakah dikalangan kamu yang terbaik amalannya" Al-Mulk : 2
usai kelas petang semalam, aku melangkah kaki menuju ofis, duduk berehat sekitar 5 minit, kemudian kasut berganti dengan selipar kerana ingin mengambil wudhuk, aku pun masuk ke pantry,tempat yang biasa aku amik wudhuk, lalu aku tutup pintu(aku tak kunci pintu), tiba2 aku menyedari ada sepasang mata mengintai aku, ketika aku hendak membasuh kaki, pintu terkuak dan muncullah seorang wanita dan "Oh no, this is a not good habit"..apakah mengambil wudhuk satu perkara yang tidak baik? sedangkan Islam mengajar bahawa antara syarat-syarat sah solat ialah dengan mengambil wudhuk, tidak sah solat tanpa wudhuk..
antara hikmah berwudhuk ialah Islam mengajar umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih, tapi bagi mereka yang non-muslim yang tidak faham akan mengatakan bahawa basuh kaki di sinki adlah satu 'bad habit'...kaki juga anggota badan, sama seperti tangan, kaki juga penting, tanpa kaki pasti banyak kesulitan akan timbul, apakah berbeza membasuh kaki dengan membasuh tangan? jawapannya TIDAK sebab kaki anggota badan dan tangan juga anggota badan..
teringat cerita seorang pramugari menegur seorang pakcik yang mengambil wudhuk di dalam kapal terbang..pramugari itu dengan bangganya mengatakan "pakcik tak boleh basuh kaki disini..' lalu pakcik tu tanya pramugari "berapa kali awak basuh muka sehari?" dia jawab: "3kali" pakcik tu menjawab : "maknanya kaki saya lagi mulia dari muka awak sebab saya basuh kaki 5 kali sehari dan awak basuh muka 3 kali sehari"..
cabaran dan halangan memang sentiasa ada di depan mata, makin jauh kaki melangkah, makin banyak halangan mendepani, kekuatan iman menjadi ukuran, kesabaran ditingkatkan, demi Islam.. rela berkorban..mujahid tidak pernah kesunyian dari cabaran..
salam perantauan
Aduhai Husni...
ReplyDeleteKenapa basuh kaki kat sinki? Ko kena tanya juga kat perempuan itu, apa maksudnya dengan "not a good habit", basuh kaki kat sinki atau berwuduk?
Aku pun kadang-kadang berwuduk kat sinki, tapi bila aku basuh kaki, aku tak angkat kaki aku ke sinki. Sama ada aku ke paip air yang sesuai, atau aku bawa gayung siap-siap. Dah situ tempat kerja ko.
Lainlah kalau ko kat kapal terbang macam pakcik yang ko cerita tu...
sebab dia non-muslim and dengki kat muslim yang selalu basuh kaki(wudhuk) kat situ, dia selalu basuh tangan kat sinki tu n bila nampak kami basuh kaki, dia xsuka n cakap 'not good habit'..member aku kene gak, hu3 kat sini memang payah kit nak buat ibadat, bukan semua pasaraya ada surau, ada hypermarket tapi surau xde, hu3
ReplyDelete