( Aku tinggalkan kamu 2 perkara, apabila kamu berpegang kepada kedua-duanya pasti kamu tak akan sesat selama-lamanya, Al-Quran dan Sunnah Rasulullah : Bukhari wa Muslim)
Kawan Karib
malam semalam usai solat maghrib, aku menerima panggilan dari seseorang yang karib padaku suatu ketika dahulu..Subhanallah..kawan karib aku, NorAzmi bin Anas menelefonku bertanyakan khabar, mulanya aku agak asing dengan suaranya kerana handphoneku tidak menyimpan nombor telefonnya(handphoneke pernah rosak dan hilang semua nombor)..pelbagai cerita dikongsi berjama, antaranya perihal kerjaya masing-masing..
Antara yang menarik yang dibicarakan malam itu ialah perihal lagi seorang sahabat, Mohd Faizal bin Mohd Fadhil..kami dulu dipanggil tiga serangkai oleh guru-guru disekolah(Husni Halid, Azmi Anas dan Faizal Fadhil). Faizal dikhabarkan telah melangsungkan pertunangan dan akan melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini, insyAllah..Tahniah buatmu akhi, telah merancang untuk membina masjid..
Moga ukhwah diantara kita kita akan kekal selamanya..
UKHWAH FILLAH LESTARI SELAMANYA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment