( Aku tinggalkan kamu 2 perkara, apabila kamu berpegang kepada kedua-duanya pasti kamu tak akan sesat selama-lamanya, Al-Quran dan Sunnah Rasulullah : Bukhari wa Muslim)
ancaman dan ugutan
Allah SWT telah menjanjikan kepada para pejuang bahawa sesungguhnya Allah tidak menghamparkan permaidani merah dalam kehidupan seorang pejuang tetapi dihamparkan duri disepanjang jalan dakwah..selagi mana kita berpegang kepada amar ma'ruf wa nahi munkar..maka selagi itulah kita akan di uji-Nya
kadangkala ujian itu berbentuk ancaman dan ugutan dari makhluk bernama manusia, dan yang lebih menyedihkan ancaman dan ugutan itu datng dari seorang muslim yang mengaku bahawa Allah itu Tuhan dan Muhammad SAW itu pesuruh Allah..Namun hakikatnya hatinya masih belum cukup kuat dalam meyakini..
aku baru usai menerima satu panggilan telefon dimana pemanggil tersebut cuba mengugut aku dan mengancam aku, namun itu tidak membuatkan aku untuk terus berundur dari medan dakwah sebaliknya hal-hal seperti ini akan terus menjadikan aku terus kuat disisi-Nya (insyAllah)disamping teman-teman yang sentiasa memberi perangsang dan sokongan dalam berdakwah..mudah-mudahan usaha yang tak seberapa ini mendapat keredhaan-Nya..
pemanggil tadi sekali lagi memperlekehkan nama Allah tatkala aku menasihatinya supaya tidak marah. Aku teringat, baru je dua minggu lepas kami membincangkan hadis "La Taghdab" = jgn marah ketika usrah..aku doakan moga pemuda tadi insaf dan menjadi pejuang Islam sebenar..
lebih menyedihkan pemanggil tadi berbangga dengan dosa yang dilakukan..nauzubillah min zaalik...mafhum hadis "Barangsiapai dikalangan kamu melihat kemungkaran, hendaklah kamu ubahnya dengan tangan kamu, jika tak mampu ubahlah dengan lidah, jika tak mampu ubahlah dengan hati, itulah selemah-lemah iman"..jadi aku pun tegurla pemanggil tadi, mudah-mudahan dia berfikir akan teguran aku itu..
Salam jundullah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment