Hati siapa tidak tersentuh mendengar berita rombongan kemanusiaan ke Gaza, kapal Mavi Marmara, dibedil dengan kejam oleh tentera Yahudi terlaknat itu.
Yang lebih mencemaskan ialah apabila diberitakan salah seorang dari mangsa itu adalah Tn. Hj. Noorazman Mohd Shamsudin bekas pensyarah Kuliyyah Kejuruteraan UIA yang melanjutkan pelajaran di USM. Saya tidak pernah berjumpa dengan beliau tetapi biasa meluluskan program pelajar untuk menjemput beliau berceramah. Walaupun pensyarah bahagian kejuruteraan, beliau popular di kalangan pelajar melalui ceramah dan kuliah2 agama memberi kesedaran kepada anak2 muda tentang tanggungjawab ummatik mereka. Pengalaman beliau dalam kerja2 kemanusiaan di Gaza sebelum ini dan sebagai pengerusi HALUAN Palestine sebuah NGO yang aktif dalam kerja2 daawah menarik mereka yang mendengar.
Beliau mengetuai misi LL4G dari Malaysia yang bergabung dengan NGO Turkey, Insani Yardim Vakfi (IHH). Teman-teman beliau yang lain dalam misi tersebut adalah Dr Mohd Arba Ai Shawal, Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hassan, Dr Selamat Aliman, Jamaluddin Elias, Al Hami Hussian Suhaimi, Mohd Nizam Mohamad, Abd Halim Mohamed Redzuan, Hasanuddin Aqsi As Syarif. Dua krew Astro Awani ialah wartawan Ashwad Ismail dan jurukamera, Samsul Kamal Abdul Latip. Sehingga kini nasib mereka belum diketahui.
Kepada isteri Tn. Hj Noorazman, Pn. Mazlinah Omar yang juga merupakan pensyarah di Pusat Asasi UIA, diharap dapat bersabar dengan dugaan ini.
Saudara2 kita itu terpilih untuk diberi keberanian untuk berjihad oleh Allah. Mereka menyerahkan nasib dan nyawa untuk ditentukan oleh Allah.
Mereka yang sedang dalam kapal tiba2 diserang oleh beratus2 askar yahudi. Mangsa bergelimpangan dengan darah mengalir dilantai. Ada yang melompat ke laut menyelamatkan diri. Mereka yang masih hidup dikerah ke pusat tahanan Yahudi. Kita masih tidak tahu nasib mereka di sana. Teruskanlah berdoa.
Mavi marmara milik Turkey merupakan salah sebuah dari 7 kapal yang membawa beratus2 aktivis kemanusiaan dari lebih 30 negara untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan di Gaza. Dunia tahu saudara2 kita kebuluran di Gaza. Tanah mereka dirampas, rumah2 dan sekolah dirobohkan. Lebih dari itu mereka dikurung dengan tembok tinggi dan tidak diizinkan keluar untuk mendapatkan makanan dan ubat yang sangat2 diperlukan.
Sebelum ini Yahudi hanya menembak orang palestine tetapi kini lebih zalim lagi kerana membunuh orang2 yang hanya membawa makanan bukan senjata pun.
petikan daripada : http://blogs.iium.edu.my/martinelli/
p/s: teringat masa di matrik UIAM, aku dan ise pernah menghadiri kuliah magrib beliau..kat main camp, aku selalau g ceramah beliau ngan akhi sharul..bagus ceramah beliau..
dengan mudah mereka dapat syurga
ReplyDeletesalam
ReplyDeletebeliau pun dulu merupakan pensyarah saya masa saya di matric