Rindu

kerinduan terhadap ziarah ke kg orang asli semakin membuak-buak. namun perancangan untuk ziarah x jadi atas sebab beberapa faktor, antaranya faktor kewangan, kerana apabila menyebut tentang tiket (belon) ia menyebabkan aku terpaksa mengeluarkan jumlah yang besar, jadi kewanagn aku terpaksa dicatur sebaik mungkin bagi menglakkan kelaparan di hujung bulan, hu3(eleh, mcam biase makan megi masa belajar dulu)

namun, perancangan telah ditukar dengan menziarahi atukku di kuantan sekaligus beriftar dengan adikku,insyAllah(jap lagi nak bertolak ke kuantan la)..dan aku merancang untuk bjalan-jalan dengan akhi shukri pada petang ahad jika berkesempatan..walaupun telah diganti dengan 2 perancangan yang menarik, tetap xdapat mengubati kerinduan terhadap kg org asli..pepun sbg hamba-Nya kita mesti sentiasa bersyukur dan pasti ada hikmah menanti kelak..

abe..amek..kenun2 eng..salam sejahtera ku doakan buat kalian semua..

eng itu saya kata org Boh
keh itu saya kata org Lepih
yek itu saya kata org kg Husin
agok senging itu jangan malu
cak rayak itu makan besar

p/S : puisi yang ntah pa pe, hu3(boleh dikira puisi ke tu???Apakah??)

induksi bil 38 2009

Alhamdulillah, kursus induksi telah pun melabuhkan tirainya yang terakhir..
kenangan sepanjang kursus pasti menjadi memori kenangan indah yang sukar untuk dilupakan..bermula dari hari pertama hinggalah 27hb ogos, pelbagai peristiwa menarik yang berlaku yang xmungkin bisa aku huraikan dengan kata-kata..
paling indah adalah UKHWAH yang terjalin bersama-sama peserta lain, lebih-lebih lagi roomate aku, saudara Lutfi yang mengajardi KK Kuala terengganu, kami kamcing bermula dari hari pertama hinggalah hari terakhir sampai ada yang cakap kami cam adik beradik,hu3..
hari pertama kami buatLDK, cam2 peritiwa menarik antaranya kena cipta lagu yang ntah pa pe ntah, tapi bile nyanyi cam bes la pulak..then aku berkesempatan mengumpul ahli kumpulan aku, Shitsuke untuk makan tengahari sama2 sekaligus menyambut hari kelahiran salah seorang dari ahli kumpulan kami, saudara Joshua...dia ni kawan aku yang sama2 mengajar di Kuching dan menjadi ahli kumpulan aku ketika induksi kali ini..
1 ramadhan, disambut meriah dengan meminta pihak hotel menyediakan dewan tuk kami buat solat terawih ramai2, petang tu, Al-Fadhil Us Khairil (poli mukah) dah buat pengumuman suruh aku jadi imam, maka malm tu, aku jadilah imam terawih seperti yang di war2kan sebelum ini..
aku ngan lutfi akan bangun sekitar jam 5 pagi untuk sahur, sahur kat hotel ni simple sgt2, pe pun syukur dapat gak sahur..beiulah rutin tiap2 pagi..
aktiviti sampingan, membunyikan loceng pintu bilik kengkawan especially bilik seblah kiri dan kanan, pastu buat kol kenakan member, paling lucu bile dengar cite penghulu kami turun terkena panggilan hangit yang dibuat oleh member aku..pe pun, enjoy n ceria selalu...
kursus induksi xramai sgt ustaz, 3 org je, aku, Us Khairil dan Us Thohir..kami bertiga agak rapat bila membincangkan sesuatu isu dan bertukar pendapat selain menjalankan tugas2 keagamaan..baik Us dua orang ni, single lagi lak tu..hu3..
sedikit mendukacitakan pada ari kedua, dimana 2 laptop kepunyaan haris dan fazli(bentong) telah dicuri, dan pihak hotel seolah2 buat xtahu dengan kes ni, hu3..sabar ye korang berdua, pasti da hikmah tersembunyi tu..
ek cukup setakat ni dulu kot, da masa aku sambung lagi..
salam ramadhan kareem..

copy sb xsempat update, korang baca jelah

Rindu nyer kat zaman kecik2 dulu…..
Happy je memanjang….main je ngan kwn2 24hrs….hehehe

untuk bacaan pada masa lapang…
enjoy…sure korang teringat balik zaman2 skolah dulu…

tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:

kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats,
Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget
Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.

berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?…hmm, mesti pegang cawan
warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat
seblah…

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. pastu
bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang
berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt…program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time
tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb…

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul
tapak tangan…kan?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.

Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn
family. ni for those yg dok KL laa

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau
Pallas Jazz.
ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu…ada yang suka stoking
tebal laaa…

internet? email? mendalah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding
Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, ‘telur’ keras warna
warni, ‘rokok’ chewing gum, KIKI Bubble Gum.

tak dilupakan, ‘Ti Kam’.
bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm
class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek
kat luar skola tuh…

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita
pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar
awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa,
rounders laa…

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang
aiskrim, ‘Pepsi Cola one-two-three’, ‘Police & Sentry’, kejar2 duduk…

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color
tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni.
baling2 kapur laa.

hmm…budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88.
skarang digelar ‘remaja’.

bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu ‘We Are the World, We Are the
Children…’ dan lagu ‘Uptown Girl’ yang diorg tau, yg Westlife
nyanyi….bkn Billy Joel nyanyi…

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun ‘Atari’ dgn ‘Game & Watch’.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih…dan diorg skarang tak reti nak
switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa
handphone…

hmm…jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang
pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2,
nakal2 dulu…

Yaa, kite pun dah semakin tua!!

Teringat zaman2 dulu kan?

Cheers to the 80s babies!!!

anak burung itu pulang ke sarangnya

14/8/2009, aku menaiki 'belon' yang namanya MAS menuju ke kuala lumpur, ibarat anak burung yang telah terbang jauh, namun ia tetap gembira pulang ke sarangnya kembali. begitulah aku. gembira dapat pulang ke rumah setelah hampir 3 bulan tidak pulang. gmbira dapa tatap wajah abah dan emak. gembira dapat makan masakan emak pada pagi sabtu...

sabtu tengahari aku bertambah gembira kerana dapat jumpa kawan IRK, saudara Hafiz yang berasal dari Terengganu, dia mengkhabarkan berita gembira iaitu isterinya tengah pregnant skrg, selepas itu aku berjumpa akhi shahrul dan nasir comrade, sebelah petangny aku dijemput oleh akhi shukri(ayob) tuk ziarah ke rumah pak abu, sebelum itu kami pergi uia mengambil sedari sariyah(ayobah), yusra(edu) dan farha(baru kenal)..Alhamdulillah dapat jumpa pak abu kat hospital orang asli, malamnya aku berkesempatan menghulurkan sedikit bantuan kewangan dengan membelnja mereka makan malam..

ahad pagi aku g gunting rambut pas g pasar..then kemas baju..then abang aku amik n kami g kenduri kawin jiran kat dewan(mane tah, x hingat aku)..pastu barula abg aku hantar aku g hotel grand pacific tuk kursus induksi..

(sebenarnya banyak lagi nak cite tapi masa cam xcukup je sb banyak lagi nak kena buat, pe pun aku gembira dapat tambah kenalan di kursus induksi ni)

penghulu(azman) memang sporting, rumat(lutfi) memang ngam ngan aku..nampak cam kami sekepala, hu3.. bezanya dia dah kawin n aku masih bujang trang tang tang..grup aku(kump 2) memang best..love u all(means ukhwah fillah)

My Name



hehehe..ni entri bergambar aku setelah lama x buat entri bergambar

kejutan

bermula hari sabtu hingga ke hari ini, pelbagai kejutan yang aku terima

1) malam itu aku diganggu dengan satau 'makhluk' sekitar jam 1 pagi hingga 4 pagi..pelbagai andaian muncul, dari 'jin' hinggalah 'ular' tapi hakikatnya kedua2 nya bukan..hanya Allah Yang Maha Mengetahui..Allahuakbar

2) ahad tengahari,sorang kawan datang umah aku tiba2 dan terus bagitau 'jom kita makan'. oleh sebab aku xsiap lagi, aku suruh dia tgu 5 minit..

3) ahad petang, aku difahamkan aku diterima untuk kursus induksi kali ini bermula 16-27hb ogos, macam2 yang perlu disediakan dengan secepat mungkin..chaiyok2

hari ni, kelam kabut nak beli tiket..sampai sekarang xdapat2 lagi, online busy..camtula jadinyer..pasti da hikmah disebaliknya..

wassalam

p/s: dah lama aku xbuat entri bergambar, hu3

complicated

things become more complicated

bila tindakan tidak selari dengan kehendak
bila apa yang ingin disampaikan tidak tersampai bahkan disalah tafsir oleh sesetengah pihak tanpa mengkaji, meneliti dan bertanya terlebih dahulu..

itulah kehidupan...

banyak orang banyak ragam,
bila kita dah berkawan dengan terlalu ramai orang, maka banyak pengalaman, tapi bukan semua pengalaman itu sesuai untuk digunakan pada semua tempat..

pengajaran : tengok keadaan baru bertindak..

aku ada kelas sat lagi, hu3..student aku nak jawab kuiz 1, moga segalanya dipermudahkan-Nya..Amin

Halangan mengambil wudhuk

" Yang menciptakan kematian dan dan kehidupan untuk menguji kamu siapakah dikalangan kamu yang terbaik amalannya" Al-Mulk : 2

usai kelas petang semalam, aku melangkah kaki menuju ofis, duduk berehat sekitar 5 minit, kemudian kasut berganti dengan selipar kerana ingin mengambil wudhuk, aku pun masuk ke pantry,tempat yang biasa aku amik wudhuk, lalu aku tutup pintu(aku tak kunci pintu), tiba2 aku menyedari ada sepasang mata mengintai aku, ketika aku hendak membasuh kaki, pintu terkuak dan muncullah seorang wanita dan "Oh no, this is a not good habit"..apakah mengambil wudhuk satu perkara yang tidak baik? sedangkan Islam mengajar bahawa antara syarat-syarat sah solat ialah dengan mengambil wudhuk, tidak sah solat tanpa wudhuk..

antara hikmah berwudhuk ialah Islam mengajar umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih, tapi bagi mereka yang non-muslim yang tidak faham akan mengatakan bahawa basuh kaki di sinki adlah satu 'bad habit'...kaki juga anggota badan, sama seperti tangan, kaki juga penting, tanpa kaki pasti banyak kesulitan akan timbul, apakah berbeza membasuh kaki dengan membasuh tangan? jawapannya TIDAK sebab kaki anggota badan dan tangan juga anggota badan..

teringat cerita seorang pramugari menegur seorang pakcik yang mengambil wudhuk di dalam kapal terbang..pramugari itu dengan bangganya mengatakan "pakcik tak boleh basuh kaki disini..' lalu pakcik tu tanya pramugari "berapa kali awak basuh muka sehari?" dia jawab: "3kali" pakcik tu menjawab : "maknanya kaki saya lagi mulia dari muka awak sebab saya basuh kaki 5 kali sehari dan awak basuh muka 3 kali sehari"..

cabaran dan halangan memang sentiasa ada di depan mata, makin jauh kaki melangkah, makin banyak halangan mendepani, kekuatan iman menjadi ukuran, kesabaran ditingkatkan, demi Islam.. rela berkorban..mujahid tidak pernah kesunyian dari cabaran..

salam perantauan