Tidur bertemankan malaikat




Salam..tidur merupakan satu fitrah manusia bagi merehatkan badan setelah penat membuat kerja seharian..tidur yang berkualiti adalah lebih utama dari tidur yang berkuantiti(over slept).."Kami sudah jadikan tidurmu itu untuk istirehat. Kami sudah jadikan malam sebagai pakaian. Kami sudah jadikan waktu siang untuk mencari rezeki" (surah An-Naba : 9-11)

adakah tidur kita tidur kualiti ataupun tidur kuantiti??

sebahagian daripada kita tidur berteman (sama ada suami/isteri sebagai teman), tetapi ada juga yang tidur bersendirian, bagi yang dah biasa tidur berteman, apabila hendak tidur bersendirian kerana pasangan kerja 'out-station' dan masih tidak mempunyai anak, sebahagiannya akan merasa sedikit takut untuk tidur bersendirian..

Jadi ,disini penulis ingin berkongsi sedikit tips bagaimana unutk mendapatkan tidur yang berkualiti berteman Malaikat...sebelum tidur, ambillah wuduk dan buat solat Sunat Taubat 2 rakaat, kemudian apabila dah baring diatas katil, baca surah al-ikhlas 3x, diikuti dengan ayat Qursi, hembuskan ditapak tangan dan sapukan ke seluruh badan, kemudian baca lagi surah al-ikhlas 3x, surah al-falaq, surah an-nas diikuti dengan doa " Ya Allah Ya Maha Berkuasa, ampunilah dosa-dosaku, dosa kedua ibubapaku dan musliman seluruhnya, Ya Allah ,aku memohon pertolongan-Mu, Engkau hadirkanlah 2 malaikat bagi menemaniku tidur agar mereka dapat menjagaku" amin, kemudian niatlah untuk bangun awal, insyAllah akan terbangun awal pada hari esoknya..

sekian untuk kali ini..

No comments:

Post a Comment