mengimbas kembali ke zaman aku kanak-kanak dulu, ketika di awal persekolahan..masa tu hanya aku dan abang je yang baru bersekolah, adik-adik masih kecil..setiap kali selepas solat maghrib berjemaah dengan abah dan emak, kami akan mengaji Al-Quran, kadang-kadang abah yang ajar, kadang-kadang emak...selepas mengaji kami akan makan bersama, usai makan, kami akan menonton berita (jam 8 malam), kemudian akan solat isyak berjemaah dan makan malam..selepas makan malam,emak akan mengemas dapur sambil memerhatikan kami agar menyiapkn tugasan sekolah@kerja rumah yang diberi oleh cikgu..sebelum tidur, emak akan memastikan kami minum segelas milo@susu..em mungkin masa tu tak terfikir pun kenapa emak selalu paksa minum susu, tapi bila dah besar, baru aku tau, mak buat semua tu supaya kami menjadi pelajar yang cergas dan cerdas, pintar dan sihat tubuh badan..
lebih kurang jam 10 malam, abah akan suruh pergi masuk bilik untuk tidur..sebelum tido, aku dan abang akan salam dan cium tangan mak dan abah dan mengucapkan 'selamat malam'..walaupun nampak perkara ni cam remeh, tapi inilah antara ramuan untuk mengeratkan silaturahim sesama ahli kelurga disamping melatih anak-anak supaya sentiasa mentaati mak dan ayah..
bila kenang-kenang kembali peristiwa lampau, mesti akan tersenyum sendirian, banyak sebenarnya perkara yang dapat kita jadikan pengajaran, teringat satu peristiwa, dimana suatu petang aku dan adik-adik bermain lawan-lawan dalam rumah(maklumlah baru lepas menonton power rangers), tiba-tiba aku secara tidak sengaja telah tersepak pasu bunga kesayangan emak, em apalagi, aku terus dipersalahakn oleh adik-beradik, masa tu emak tengah bersolat, jadi dia tak tahu lagi, aku yang rasa bersalah masa tu, duduk bersimpuh dibelakang emak, tunggu emak habis solat, usai emak bagi salam, dia tengok aku..dia tanya apa yang kecoh-kecoh tadi tu, aku pun bagitau perkara yang sebenarnya(dalam hati takut kene marah dan rotan)..lepas bercerita mak suruh amik pasu tu, dia nak tengok, aku pun amik dan tunjukkan kat emak, pas tu aku tengok muka mak senyum(walaupun sedih dalam hati) dan dia tak marah, dia cakap lain kali berhati-hati kalau nak main dalam rumah, aku pelik sebab mak tak marah sebab selalunya dia akan marah..aku pun tanya kenapa mak tak marah? dia jawab dia tak marah sebab aku jujur hari tu...hadiah kejujuran=mak tak marah, tapi sampai la bekerja, aku masih membawa perasaan bersalah kerana memecahkan pasu bunga tu, selepas dapat gaji hasil aku bekerja, aku belikan pasu bunga sarawak khas untuk emak tersayang, dan dia manghargainya...ingatlah, kita mungkin boleh mencari 4 orang isteri tapi emak kandung kita hanya ada satu je dalam dunia ni, oleh itu, marilah kita sama-sama menghargai emak kita andai mereka masih hidup, pada yang sudah tidak ada emak, jangan lupa doakan kesejahteraan emak kita setiap kali lepas solat..
No comments:
Post a Comment