Salam Aidiladha



Salam aidiladha,

raya tahun ini, aku tak pulang beraya bersama-sama keluarga kerana abah ada program Qurban di Kemboja(kalau tak salah kat kemboja la), ibu pergi menemani abah berprogram, mereka bertolak pagi ni, insyAllah..sebanyak 173 ekor lembu akan dikorbankan seperti yang dijadualkan..untuk saudara-saudara seagama kita di sana..

teringat beberapa tahun lepas, aku menyambut hari raya aidiladha di kampung orang asli bersama kawan-kawan seangkatan(comradeans), 2 ekor lembu dibawa dari gombak menuju ke sg. siput, perak..antara yang mencabar ialah nak menaikkan 2 ekor lembu tersebut ke atas lori, cabaran lain ketika ingin menaiki bukit dr kg kenang ke kg husin..berpeluh jugakla masa tu,masa pun dh petang..esok dah nak raya..semua bertungkus-lumus menyiapkan kerja masing-masing, yang didapur memang sibukla..yang lelaki menggali tempat untuk menyembelih dan menggali lubang...letih memang letih tapi menyeronokkan, malam tu ada sesi ceramah berkaitan sejarah korban..esoknya, majlis berjalan lancar seperti yang dijadualkan, daging diagih-agihkan kepada orang kampung, selebihnya, kami masak dan buat kenduri hari raya untuk orang kampung..

"Eidul Adha Mahabbah Project" itulah nama program yang aku sertai dan dinobatkan sebagai program terbaik tahun itu,ALHAMDULILLAH...

p/s: terasa nak menyambut hari raya kurban bersama-sama orang asli lagi, huhu..

No comments:

Post a Comment