( Aku tinggalkan kamu 2 perkara, apabila kamu berpegang kepada kedua-duanya pasti kamu tak akan sesat selama-lamanya, Al-Quran dan Sunnah Rasulullah : Bukhari wa Muslim)
Mihun Goreng
Baru-baru ini, (bermula 3 bulan lalu)..aku selalu bersarapan dengan mihun goreng yang berharga RM1..ditambah kuih aneka macam(ikut hari) juga RM1..sampaiakn kawan seopos perasan yang aku selalu bersarapan dengan mihun goreng.."Enta ni, istiqamah betul dengan mihun goreng" katanya sambil tersenyum.."Istiqamah la bagus,hehe" diri ini membalas juga dengan senyuman..
Bukanlah iosu pasal mihu goreng yang hendak diulas, tetapi lebih fokus tentang makan pagi@bersarapan@breakfast... rata-rata anak murid yang aku temui (pelajar IPT tempat aku mengajar) seringkali mengabaikan sarapan pagi, mereka memandang remeh akan sarapan pagi..tidak makan sehinggalah perut terasa lapar pada waktu petang..
ish..ish..bukan ke sarapan pagi itu penting untuk badan, mengambil sarapan pagi penting kerana badan kita memerlukan tenaga dan segala jenis khasiat bagi menjana tenaga badan, dan seterusnya membolehkan kita melakukan aktiviti harian dengan lancar..kalau tidak mengambil sarapan pagi, mungkin badan akan menjadi lesu dan tidak bermaya, bila badan lesu, masuk ke kelas pun jadi tidak bersemangat, tidak kurang juga yang tidur didalam kelas..
Info;
1) mengambil sarapan pagi yang berkhasiat penting untuk tubuh badan kita
2) mengambil sarapan pagi@makan tengahari@makan malam berlebihan juga tidak elok untuk kesihatan dan kadang-kadang boleh menyebabkan mengantuk
3)makan malam yang lewat juga tidak elok kerana kita tidak boleh baring@tidur sekurang-kurangnya dua jam selepas makan..kalau tidur selepas makan juga boleh menyebabkan perut membuncit(hu3, kenapa tiba diri ini terasa)..
p/s: pagi ni makan nasi lemak, berubah angin selera pagi, hee..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment