( Aku tinggalkan kamu 2 perkara, apabila kamu berpegang kepada kedua-duanya pasti kamu tak akan sesat selama-lamanya, Al-Quran dan Sunnah Rasulullah : Bukhari wa Muslim)
Perantau merantau kembali
Salam..
InsyAllah, jika tidak menjadi halangan, penulis akan merantau ke Sabah, negeri dibawah bayu bermula esok..kembara perantau ini bersama-sama dengan rakan seperjuangan dari Miri iaitu Us Azlan dan Us Hadlisham bermula pagi esok dan akan disambut oleh Us Shah yang mengajar di Sabah..diharapkan perjalanan yang mengambil masa selama 4 hari 3malam ini dapat menambah pengetahuan tentang masyarakat serta mengambil iktibar dari setiap yang berlaku...kata pujangga "jauh berjalan luas pemandangan"..
p/s: penulis cuba mencari gambar 'perantau' yang sesuai tapi tak jumpa, jadi ini jela yang dirasakan paling sesuai..mungkin lepas ni, penulis boleh cari buku ni pulak kot..
Salam Aidiladha
Salam aidiladha,
raya tahun ini, aku tak pulang beraya bersama-sama keluarga kerana abah ada program Qurban di Kemboja(kalau tak salah kat kemboja la), ibu pergi menemani abah berprogram, mereka bertolak pagi ni, insyAllah..sebanyak 173 ekor lembu akan dikorbankan seperti yang dijadualkan..untuk saudara-saudara seagama kita di sana..
teringat beberapa tahun lepas, aku menyambut hari raya aidiladha di kampung orang asli bersama kawan-kawan seangkatan(comradeans), 2 ekor lembu dibawa dari gombak menuju ke sg. siput, perak..antara yang mencabar ialah nak menaikkan 2 ekor lembu tersebut ke atas lori, cabaran lain ketika ingin menaiki bukit dr kg kenang ke kg husin..berpeluh jugakla masa tu,masa pun dh petang..esok dah nak raya..semua bertungkus-lumus menyiapkan kerja masing-masing, yang didapur memang sibukla..yang lelaki menggali tempat untuk menyembelih dan menggali lubang...letih memang letih tapi menyeronokkan, malam tu ada sesi ceramah berkaitan sejarah korban..esoknya, majlis berjalan lancar seperti yang dijadualkan, daging diagih-agihkan kepada orang kampung, selebihnya, kami masak dan buat kenduri hari raya untuk orang kampung..
"Eidul Adha Mahabbah Project" itulah nama program yang aku sertai dan dinobatkan sebagai program terbaik tahun itu,ALHAMDULILLAH...
p/s: terasa nak menyambut hari raya kurban bersama-sama orang asli lagi, huhu..
Mihun Goreng
Baru-baru ini, (bermula 3 bulan lalu)..aku selalu bersarapan dengan mihun goreng yang berharga RM1..ditambah kuih aneka macam(ikut hari) juga RM1..sampaiakn kawan seopos perasan yang aku selalu bersarapan dengan mihun goreng.."Enta ni, istiqamah betul dengan mihun goreng" katanya sambil tersenyum.."Istiqamah la bagus,hehe" diri ini membalas juga dengan senyuman..
Bukanlah iosu pasal mihu goreng yang hendak diulas, tetapi lebih fokus tentang makan pagi@bersarapan@breakfast... rata-rata anak murid yang aku temui (pelajar IPT tempat aku mengajar) seringkali mengabaikan sarapan pagi, mereka memandang remeh akan sarapan pagi..tidak makan sehinggalah perut terasa lapar pada waktu petang..
ish..ish..bukan ke sarapan pagi itu penting untuk badan, mengambil sarapan pagi penting kerana badan kita memerlukan tenaga dan segala jenis khasiat bagi menjana tenaga badan, dan seterusnya membolehkan kita melakukan aktiviti harian dengan lancar..kalau tidak mengambil sarapan pagi, mungkin badan akan menjadi lesu dan tidak bermaya, bila badan lesu, masuk ke kelas pun jadi tidak bersemangat, tidak kurang juga yang tidur didalam kelas..
Info;
1) mengambil sarapan pagi yang berkhasiat penting untuk tubuh badan kita
2) mengambil sarapan pagi@makan tengahari@makan malam berlebihan juga tidak elok untuk kesihatan dan kadang-kadang boleh menyebabkan mengantuk
3)makan malam yang lewat juga tidak elok kerana kita tidak boleh baring@tidur sekurang-kurangnya dua jam selepas makan..kalau tidur selepas makan juga boleh menyebabkan perut membuncit(hu3, kenapa tiba diri ini terasa)..
p/s: pagi ni makan nasi lemak, berubah angin selera pagi, hee..
Tidur bertemankan malaikat
Salam..tidur merupakan satu fitrah manusia bagi merehatkan badan setelah penat membuat kerja seharian..tidur yang berkualiti adalah lebih utama dari tidur yang berkuantiti(over slept).."Kami sudah jadikan tidurmu itu untuk istirehat. Kami sudah jadikan malam sebagai pakaian. Kami sudah jadikan waktu siang untuk mencari rezeki" (surah An-Naba : 9-11)
adakah tidur kita tidur kualiti ataupun tidur kuantiti??
sebahagian daripada kita tidur berteman (sama ada suami/isteri sebagai teman), tetapi ada juga yang tidur bersendirian, bagi yang dah biasa tidur berteman, apabila hendak tidur bersendirian kerana pasangan kerja 'out-station' dan masih tidak mempunyai anak, sebahagiannya akan merasa sedikit takut untuk tidur bersendirian..
Jadi ,disini penulis ingin berkongsi sedikit tips bagaimana unutk mendapatkan tidur yang berkualiti berteman Malaikat...sebelum tidur, ambillah wuduk dan buat solat Sunat Taubat 2 rakaat, kemudian apabila dah baring diatas katil, baca surah al-ikhlas 3x, diikuti dengan ayat Qursi, hembuskan ditapak tangan dan sapukan ke seluruh badan, kemudian baca lagi surah al-ikhlas 3x, surah al-falaq, surah an-nas diikuti dengan doa " Ya Allah Ya Maha Berkuasa, ampunilah dosa-dosaku, dosa kedua ibubapaku dan musliman seluruhnya, Ya Allah ,aku memohon pertolongan-Mu, Engkau hadirkanlah 2 malaikat bagi menemaniku tidur agar mereka dapat menjagaku" amin, kemudian niatlah untuk bangun awal, insyAllah akan terbangun awal pada hari esoknya..
sekian untuk kali ini..
Rindu
Antara cabaran hidup di perantauan adalah sentiasa merindukan keluarga di tanah air..Rindukan nasihat dan teguran daripada abah dan emak..rindukan masakan enak-enak hasil tangan emak..merindui perjalanan ke kampung bersama abah..rindukan adik-beradik yang menjadi teman sepermainan sejak kecil..rindukan anak saudara yang comel..em..banyak lagi sebab-musabab aku merindui keluarga di sana..
Tetapi, pernahkah kita terfikir, adakah kita pernah merindui sesuatu / seseorang yang tidak pernah kita jumpa...contohnya seorang pelajar universiti tahun satu merindui bakal suami/bakal isteri sedangkan dia tidak pernah berpacaran ataupun punya keinginan untuk berpacaran..andai pelajar tadi mengungkapkan kerinduan pada seseorang yang tidak pernah dia temui, pasti kita akan mengatakan pelajar ini gila barangkali, mungkin disebabkan tekanan belajar...
Hakikatnya, Nabi junjungan mulia, Nabi SAW telah pun merindui kita sedangkan baginda tidak pernah bersua muka dengan kita...
"Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku" Sahabat-sahabat Nabi SAW merasa aneh lalu bertanya "Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah"
Nabi SAW menjawab "Kalian adalah sahabatku, adapun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada"
Kita tanya diri kita, adakah kita merindui Nabi SAW sebagaimana baginda merindui kita???
Rindu itu adalah satu perasaan..perasaan yang mengasyikkan...fitrah manusia merindui dan dirindui...tetapi INGAT..rindu itu hendaklah dipandu oleh akal yang taat pada perintah agama, bukan berpaksikan nafsu yang didorong oleh syaitan..
Rindu
Album : Rindu
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com
[02:27.71][00:43.30][00:22.69]Rindu itu adalah
[02:32.77][00:48.44][00:27.69]Anugerah dari Allah
[02:38.03][00:53.48][00:32.94]Insan yang berhati nurani
[02:43.36][00:58.67][00:38.13]Punyai rasa rindu
[03:51.31][02:48.63][01:04.32]Rindu pada kedamaian
[03:56.15][02:53.52][01:09.06]Rindu pada ketenangan
[04:01.46][02:58.94][01:14.23]Rindukan kesejahteraan
[04:06.67][03:04.02][01:19.34]Dan juga kebahgiaan
[01:24.87]Orang-orang bertaqwa
[01:29.89]Rindu akan kebenaran
[01:35.09]Kejujuran dan keikhlasan
[01:40.20]Keredhaan Tuhannya
[01:45.48]Orang mukmin merindukan
[01:50.69]Anak-anak yang soleh
[01:55.90]Isteri-isteri yang solehah
[02:01.11]Keluarga bahagia
[03:09.32]Para pencinta kebenaran
[03:14.64]Rindukan suasana
[03:19.61]Masyarakat yang terjalin
[03:24.72]Aman dan sejahtera
[03:29.96]Merindukan tertegaknya
[03:35.19]Kalimah allah di muka bumi
[03:40.40]Dan dalam merindukan
[03:45.54]Keampunan Tuhannya
[04:12.01]Dan seluruh umat itu
[04:17.03]Merindukan cahaya
[04:22.36]Yang menyinari kehidupan
[04:27.37]Rindu kepada Tuhan
Kemaafan
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Ironinya, kata 'kemaafan' sering dikaitkan dengan hari raya aidilfitri, hakikatnya kita melakukan kesilapan setiap hari, kesilapan semalam belum terampun,kita sudah melakukan kesilapan yang lain pada hari ni..Andai kesilapan itu hanya melibatkan diri kita dengan Al-Kholiq @ Yang Maha Pencipta, maka sesungguhnya Dia juga Maha Mengampuni dosa hamba-hambanya...dengan bertaubat nasuha, insyAllah akan terampun dosa-dosa yang kita lakukan
tetapi, kesilapan yang kita lakukan hari demi hari sering melibatkan kita dengan orang lain, sesama insan juga sesama makhluk..kata pepatah: rambut sama hitam ,hati lain-lain"..adakah kita yakin setiap kesilapan yang kita lakukan dengan orang lain itu akan berakhir dengan keampunan??muhasabahla diri kita..kita kena ingat, bukan semua orang itu bersikap pemaaf..mungkin dia nampak baik dihadapan kita, tapi jauh dilubuk hatinya, kita tidak tahu...justeru itu, kita hendaklah sentiasa berhati-hati sama ada dalam pertuturan mahupun perbuatan agar setiap yang kita lakukan dapat mengelakkan kesilapan..
Dan untuk mengucapkan kata " saya minta maaf' @ ' I'm sorry' @ 'asifni' tidak perlu tunggu hingga syawal menjelma..ucaplah tatkala kita menyedari kesilapan yang kita lakukan...doakanlah agar yang mereka sudi memaafkan kita ikhlas di dunia dan akhirat..Jadi, kepada kawan-kawan semua, saya meminta maaf atas setiap kesilapan yang saya lakukan sama ada sengaja atau tidak..sama ada yang telah berlalu ataupun yang akan berlaku..bersama kita meminta maaf dan memberi kemaafan
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
memori lalu..
mengimbas kembali ke zaman aku kanak-kanak dulu, ketika di awal persekolahan..masa tu hanya aku dan abang je yang baru bersekolah, adik-adik masih kecil..setiap kali selepas solat maghrib berjemaah dengan abah dan emak, kami akan mengaji Al-Quran, kadang-kadang abah yang ajar, kadang-kadang emak...selepas mengaji kami akan makan bersama, usai makan, kami akan menonton berita (jam 8 malam), kemudian akan solat isyak berjemaah dan makan malam..selepas makan malam,emak akan mengemas dapur sambil memerhatikan kami agar menyiapkn tugasan sekolah@kerja rumah yang diberi oleh cikgu..sebelum tidur, emak akan memastikan kami minum segelas milo@susu..em mungkin masa tu tak terfikir pun kenapa emak selalu paksa minum susu, tapi bila dah besar, baru aku tau, mak buat semua tu supaya kami menjadi pelajar yang cergas dan cerdas, pintar dan sihat tubuh badan..
lebih kurang jam 10 malam, abah akan suruh pergi masuk bilik untuk tidur..sebelum tido, aku dan abang akan salam dan cium tangan mak dan abah dan mengucapkan 'selamat malam'..walaupun nampak perkara ni cam remeh, tapi inilah antara ramuan untuk mengeratkan silaturahim sesama ahli kelurga disamping melatih anak-anak supaya sentiasa mentaati mak dan ayah..
bila kenang-kenang kembali peristiwa lampau, mesti akan tersenyum sendirian, banyak sebenarnya perkara yang dapat kita jadikan pengajaran, teringat satu peristiwa, dimana suatu petang aku dan adik-adik bermain lawan-lawan dalam rumah(maklumlah baru lepas menonton power rangers), tiba-tiba aku secara tidak sengaja telah tersepak pasu bunga kesayangan emak, em apalagi, aku terus dipersalahakn oleh adik-beradik, masa tu emak tengah bersolat, jadi dia tak tahu lagi, aku yang rasa bersalah masa tu, duduk bersimpuh dibelakang emak, tunggu emak habis solat, usai emak bagi salam, dia tengok aku..dia tanya apa yang kecoh-kecoh tadi tu, aku pun bagitau perkara yang sebenarnya(dalam hati takut kene marah dan rotan)..lepas bercerita mak suruh amik pasu tu, dia nak tengok, aku pun amik dan tunjukkan kat emak, pas tu aku tengok muka mak senyum(walaupun sedih dalam hati) dan dia tak marah, dia cakap lain kali berhati-hati kalau nak main dalam rumah, aku pelik sebab mak tak marah sebab selalunya dia akan marah..aku pun tanya kenapa mak tak marah? dia jawab dia tak marah sebab aku jujur hari tu...hadiah kejujuran=mak tak marah, tapi sampai la bekerja, aku masih membawa perasaan bersalah kerana memecahkan pasu bunga tu, selepas dapat gaji hasil aku bekerja, aku belikan pasu bunga sarawak khas untuk emak tersayang, dan dia manghargainya...ingatlah, kita mungkin boleh mencari 4 orang isteri tapi emak kandung kita hanya ada satu je dalam dunia ni, oleh itu, marilah kita sama-sama menghargai emak kita andai mereka masih hidup, pada yang sudah tidak ada emak, jangan lupa doakan kesejahteraan emak kita setiap kali lepas solat..

Perpisahan
Semester hampir sampai ke penghujungnya...bagi mereka yang berada di semester akhir, pasti sedih dengan perpisahan yang akan terjadi..perpisahan..lumrah alam..perpisahan hanya akan terjadi apabila adanya pertemuan..bermula dengan pertemuan, pertemuan menjadi sesi taaruf@berkenalan..bila dah kenal, maka jadilah 'bestfriend'...bestfirend@kawan baik tidak semestinya orang yang lain jantina dengan kita..bahkan yang sama jantina dengan kita adalah lebih baik..carilah kawan baik yang mampu menegur kita andai kita buat salam(apelah yang aku mengarut ni,tajuk perpisahan..bukan bestfriend)
bercakap pasal perpisahan, ramai yang sedih tapi ada juga yang gembira..yang gembira tu, hanya dia yang tahu kenapa dia gembira.huhu...perpisahan sinonim dengan sedih, bila sedih ada yang mengalir airmata(especially yang lahir bulan 8 dan 12)..biarpun perpisahan terjadi, janganlah kita berpisah terus..rajin2kanlah tangan untuk menghubungi kawan2 dan bertanya khabar...
ramai pelajar2 ingat bila mereka berpisah dengan pensyarah@dah abis belajar, mereka ingat pensyarah dah tak ingat kat mereka lagi, ha ni mereka silap, sebenarnya pensyarah ingat kat mereka, walaupun aku xingat nama, tapi muka memang aku cam la...ada je aku jumpa beberapa orang pelajar yang dh abis belajar yang dah tak nak tegur aku, mungkin mereka fikir aku dah tak ingat mereka kot(husnuzon)
masa sekolah menengah dulu, hampir setiap tahun pelajar2 form 5 akan menyanyikan lagu 'doa perpisahan' sebagai persembahan terakhir di hujung tahun..aku pun tak melepaskan peluang untuk bernyanyi bersama-sama di atas pentas mas form 5 dlu, ada jugakla member2 yang menangis masa tu..bila turun pentas je, ada la adik2 junior menghulurkan surat bagitau sedih sb dah nak berpisah,hu..semua tu tinggal kenangan..
Doa Perpisahan
"Pertemuan kita disuatu hari
menitikan ukhwah yang sejati
bersyukur ku ke hadrat Ilahi
diatas jalinan yang suci
namun kini perpisahan yang terjadi
dugaan yang menimpa diri ini
bersabarlah dia atas suratan
kutetap pergi jua
kanku utus kan salam ingatanku
dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu
mencari hidayah daripada-Mu
dalam mendidikkan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hamba-Mu
diatas perpisahan ini
senyuman yang tersirat dibibirmu
menjadi ingatan setiap waktu
tanda kemesraan bersimpul padu
kenangku didalam doamu
semoga tuhan berkatimu..

Subscribe to:
Posts (Atom)