Salam..
Alhamdulillah, hari jumaat minggu lepas, aku berkesempatan untuk meneruskan perlawanan bowling yang diadakan antara jabatan bertempat di Riverside bersebelahan dengan hotel riverside..
hari sebelumnya, seorang sahabat aku yang berasal dari perak telah datang ke kuching atas urusan kerja dan menginap di hotel riverside..
jadi, sampai je aku kat tempat main bowling, aku terus menghantar mesej kepadanya menyatakan tujuan untuk berjumpa dengannya..Alhamdulillah kami dipertemukan kembali setelah agak lama tidak bersua muka..kami bertukar-tukar cerita dalam masa yang singkat..kalau diikutkan hati rasanya banyak lagi cerita yang hendak dikongsikan tetapi masa adalah terhad..izu juga sempat menghulurkan sekeping kad perkahwinan sempena perkahwinannya tidak lama lagi, dalam kad itu disertakan satu risalah berkaitan perkahwinan yang menarik untuk dibaca..
(Rumahtangga atau perkahwinan bukanlah penjara seksaan untuk seorang lelaki atau wanita. Ia sepatutnya dibina atas cinta dan kebahagiaan, bukan kebencian dan permusuhan. Jika kebencian dan permusuhan mengambil tempat, maka tiada ertinya lagi untuk sesuatu perkahwinan itu diteruskan. Ia akan lebih mengundang dosa daripada pahala. Ia akan merosakkan jiwa dan ketenteraman perasaan.
Hidup ini bukan sekadar untuk bertarung dengan masalah sebuah rumahtangga semata sehingga melupai tujuan kehidupan yang sebenar. Untuk itu, Islam mensyariatkan talak dan beberapa pintu lain seperti khulu’ dan fasakh untuk memboleh seseorang keluar dari neraka kehidupan dan mencari ketenteraman yang baru. Islam tidak seperti sesetengah agama yang menganggap perkahwinan itu semestinya abadi dan tiada jalan keluar lagi sekalipun terpaksa hidup memamah derita.)
hari sabtu dan ahad aku cuba meluangkan masa untuk berjumpa semula dengan izu tetapi memandangkan keadaannya yang agak sibuk, kami tidak berkesempatan untuk berjumpa,moga-moga aku dapat berjumpanya kembali..terasa damainya hati bila dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat yang ukhwahnya disandarkan kepada Allah SWT..ukhwah fillah lestari selamanya..
No comments:
Post a Comment