Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak..

Assalamualaikum. Untuk di munafaatkan bersama.


Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak

Maksud Hadith Rasulullah S.A.W. : "Mereka yang tidak memikirkan masalah umatku BUKAN daripada kalangan umat".

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini.

Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja.. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.

Bencana umat Islam

Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian.. Dia memohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan daripada MyKad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah daripada Mahkamah Syariah... Lan taran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion).

Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:
i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai..
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya.

Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu.. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan Sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati daripada Islam tiada. Ini berbeza daripada kalangan bukan Islam. Hatta , peguam/pemerhati daripada Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang.

Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini..

Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.

Gerakan Kristian dan Hinduisme

Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar.. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur.. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.

Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000.. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.

Majlis Raja-Raja Bangkitkan:

1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang. .. .

Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.

Di Uzbekistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.

Serangan aqidah di Malaysia

Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat.

Serangan pemikiran.

1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti Mereka.

2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang daripada sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi.. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadikan Kristian berpecah kepada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian daripada mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam.

Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia .. Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universi ti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan Hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia ... Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual.

Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.

Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memakai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.

Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang.. . Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan.. . Kini, Filem-filem Bollywood juga digunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia.

Harap kepada siapa?

Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu Muslim.

Allah S.W.T berfirman:
"Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."

Peringatan-peringat an Daripada Allah S.W.T.
Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh ? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain.. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.

Demikian, sedikit ringkasan... Wallahu a'lam

Dato' Harussani Bin Zakaria
Mufti DiRaja Negeri Perak

Izu

Salam..

Alhamdulillah, hari jumaat minggu lepas, aku berkesempatan untuk meneruskan perlawanan bowling yang diadakan antara jabatan bertempat di Riverside bersebelahan dengan hotel riverside..

hari sebelumnya, seorang sahabat aku yang berasal dari perak telah datang ke kuching atas urusan kerja dan menginap di hotel riverside..

jadi, sampai je aku kat tempat main bowling, aku terus menghantar mesej kepadanya menyatakan tujuan untuk berjumpa dengannya..Alhamdulillah kami dipertemukan kembali setelah agak lama tidak bersua muka..kami bertukar-tukar cerita dalam masa yang singkat..kalau diikutkan hati rasanya banyak lagi cerita yang hendak dikongsikan tetapi masa adalah terhad..izu juga sempat menghulurkan sekeping kad perkahwinan sempena perkahwinannya tidak lama lagi, dalam kad itu disertakan satu risalah berkaitan perkahwinan yang menarik untuk dibaca..

(Rumahtangga atau perkahwinan bukanlah penjara seksaan untuk seorang lelaki atau wanita. Ia sepatutnya dibina atas cinta dan kebahagiaan, bukan kebencian dan permusuhan. Jika kebencian dan permusuhan mengambil tempat, maka tiada ertinya lagi untuk sesuatu perkahwinan itu diteruskan. Ia akan lebih mengundang dosa daripada pahala. Ia akan merosakkan jiwa dan ketenteraman perasaan.

Hidup ini bukan sekadar untuk bertarung dengan masalah sebuah rumahtangga semata sehingga melupai tujuan kehidupan yang sebenar. Untuk itu, Islam mensyariatkan talak dan beberapa pintu lain seperti khulu’ dan fasakh untuk memboleh seseorang keluar dari neraka kehidupan dan mencari ketenteraman yang baru. Islam tidak seperti sesetengah agama yang menganggap perkahwinan itu semestinya abadi dan tiada jalan keluar lagi sekalipun terpaksa hidup memamah derita.)

hari sabtu dan ahad aku cuba meluangkan masa untuk berjumpa semula dengan izu tetapi memandangkan keadaannya yang agak sibuk, kami tidak berkesempatan untuk berjumpa,moga-moga aku dapat berjumpanya kembali..terasa damainya hati bila dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat yang ukhwahnya disandarkan kepada Allah SWT..ukhwah fillah lestari selamanya..

Nasi Lemak



Pagi ni aku sarapan pagi dengan nasi lemak yang di beli dari seorang kawan ofisku, kak dzatiah..bile aku tengok je nasi lemak ni..tetibe aku rasa cam rindu nak makan nasi lemak buatan tangan emakku..

jom makan nasi lemak, sedap dan penuh khasiat..

Tak Cukup Bagus

Salam..

maksud hadis Nabi SAW " Barangsiapa dikalangan kamu yang melihat orang membuat kemungkaran, maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, jika tidak mampu, hendak dia mencegahnya dengan lidahnya, jika tidak mampu, hendaklah dia mencegah dengan hatinya, itulah selemah-lemah iman"

Suatu hari, aku melihat seorang rakanku membuat kemungkaran didepan mata, lalu aku mengumpulkan kekuatan untuk mencegahnya, pilihan aku ialah mencegahnya dengan lidah, lalu aku mengatakan perbuatannya itu tidak elok..

Tiba-tiba, dengan suara yang tinggi dia membalas : "macam la kau ni bagus sangat nak tegur-tegur aku, kau ni pun bukan bagus sangat"pastu ada lagi la kata-katanya tapi aku tak ingat sangat..api jangan dibalas dengan api,hendaklah dibalas dengan air..aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri selepas dia cakat kat aku camtu..marah dia ibarat api dan diam diri aku ibarat air(agaknye la)aku pun berlalu meninggalkan dia dengan kemarahannya..

persoalannya...
1) adakah kita perlu menjadi seorang yang 'sempurna' untuk menegur kesilapan orang?

2) orang sekarang ni hebat-hebat belaka, sampaikan salah yang dilakukan pun terasa bangga dan tidak perlu orang lain untuk menegurnya..hu3..

p/s: suatu ketika dahulu..kalau aku buat silap, shahrul akan tegur dan kalau dia buat silap,aku lak yang tegur dia..sama-sama membina generasi yang mampu memperingati antara satu sama lain.."dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran"

Hadis

Sabda Nabi Muhammad SAW : " Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan" hadis riwayat olah Bukhari dan Muslim

Akhir-akhir ini, terlalu banyak masalah yang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia khususnya, ada yang bunuh isteri, buang anak dan sebagainya, puncanya? takkanla tak tahu puncanya...berdasarkan hadis di atas, dapat kita simpulkan puncanya kerana tiada perasaan untuk mati syahid dan keimanan yang kurang..jadi sama-sama kita sentiasa meng'islah'kan diri kita dan orang lain..

Rindu

Salam..

em..rindunya aku ingin berjumpa dengan dia, dah lama sangat rasanya tak jumpa dia, kerinduan dalam hati ini semakin menebal rasanya..

rindunya aku untuk peluk dia
rindunya aku untuk cium pipinya yang gebu itu
rindunya aku untuk bermain dengannya
rindunya aku untuk mendukungnya dan berjalan-jalan dengannya
rindunya aku untuk bercakap dengannya

semalam aku berkesempatan menjawab panggilan 3g darinya, terubat sedikit rasa rindu dihati ini, tapi rindu lagi untuk aku menatap wajahnya secara realiti..



Hijjaz - Rindu

Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu

Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahgiaan

Orang-orang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya

Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri yang solehah
Keluarga bahagia

Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera

Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukan
Keampunan Tuhannya

Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu kepada Tuhan

Ummah dan Semangat

TEGAK RUMAH KERANA SENDI
ROSAK SENDI RUMAH BINASA
TEGAK UMMAH KERANA BUDI
ROSAK BUDI UMMAH BINASA

Alhamdulillah..'pelajar' sekarang dah semakin bijak, semakin bijak untuk menilai siapa yang baik dan sebaliknya, cumanya kadang-kadang apabila berhadapan dengan mereka yang gilakan kuasa dan pangkat, lalu dicantasnya penilaian 'pelajar' tadi, maka jadilah 'pelajar' tersebut ibarat boneka yang hanya digerakkan dengan tali oleh tuannya..
alangkah malangnya nasib 'pelajar' tadi kerana dihadapan mereka ada seorang diktator yang angkuh sifatnya, sombong kata-katanya...namun semangat 'pelajar' tadi tidak hilang begitu sahaja, kerana mereka tahu siapa yang hak dan siapa pula yang batil, semangat itu akan terus meresapi jiwa 'pelajar-pelajar yang lain', agar 'pelajar-pelajar yang lain' tahu membuat penilaian sepertinya.. agar 'pelajar-pelajar yang lain' tidak mengulangi kesilapannya kembali..

p/s : suatu ketika dulu, aku menganjurkan satu perjumpaan untuk anak-anak pahang, ketika ceramah sedang disampaikan oleh Us. Shamil, tiba-tiba seorang pak guard singgah ditempat kita dan menyatakan ketidakpuasan hatinya, maka perjumpaan itu tersekat buat seketika, perjumpaan tersebut dipercepatkan perjalanannya, selepas jamuan dan sedikit nasihat, maka bersurailah kami...walaupun ada sekatan, tetapi ingatlah, sesungguhnya semangat dakwah tidak pernah padam..

PUJI DAN KEJI

PUJI DAN KEJI

MANUSIA,
APABILA NAMPAK SALAH ORANG
LALU DILONTARNYA KATA-KATA KEJI
APABILA MELIHAT KEBENARAN ORANG
TIDAK PULA DIA MAHU MEMUJI

AH, BAGUS JUGA TIDAK MEMUJI
TAPI JANGANLAH PELA MENGEJI
KELAK DOSA TERPALIT PADA DIRI
APAKAH BEKALAN SUDAH CUKUP UNTUK KEMUDIAN HARI??
APAKAH SUDAH BERSEDIA UNTUK MATI??

MANUSIA
KALAU TIDAK MAMPU UNTUK MEMUJI
JANGAN BIASAKAN DIRI UNTUK MENGEJI
KELAK DIRI YANG RUGI