"Dengan adanya aku, maka bahagialah orang lain" kata Dr. Megat, seorang Dr Motivasi ketika aku mengikuti Kursus Eksekutif Produk Halal batch 8 pada september 2008.
"Kita memang tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang, tapi kita mestilah berusaha sedaya upaya agar mahoriti di sekeliling kita puas hati dengan setiap tindakan yang kita lakukan" kata Mukhtar Suhaili, bekas Presiden SRC IIUM ketika beliau menjadi naqib pada halaqah aku.
Dalam kehidupan, kita kena sentiasa merendah diri, jangan ego, tawaduk pada Ilahi, jangan suka marah dan jangan pula suka membenci pada perkara yang tidak sepatutnya. Kita mestilah sentiasa berusaha bahawa setiap yang disekeliling kita merasa bahagia dengan wujudnya kita disisi mereka.
namun, kita kena akur bahawa sehebat mana pun kita berusaha kita mesti tidak mampu untuk memberi kepuasan pada setiap orang. kita kena sedar bahawa manusia itu tiada yang sempurna, namun tiada juga yang tidak berguna keseluruhannya. setiap orang ada kelabihan dan kelemahan, gunakanlah kelebihan orang di sekeliling kita utuk membahagiakan mereka...
work hard and be nice to people
No comments:
Post a Comment