( Aku tinggalkan kamu 2 perkara, apabila kamu berpegang kepada kedua-duanya pasti kamu tak akan sesat selama-lamanya, Al-Quran dan Sunnah Rasulullah : Bukhari wa Muslim)
minggu ini
Assalamuaikum dan moga semuanya berada dalam rahmat Allah hendaknya...
Aku agak sibuk minggu ni sebab menghadiri beberapa kursus, antaranya Kursus Asas Tajwid, kursus ni sangat menarik kerana pada mulanya aku sangka bacaan aku dah ok, tapi bila dah masuk kursus ni, baru aku sedar masih banyak yang perlu aku perbaiki terutama dari sudut dengung.. membaca Al-Quran hendaklah dibaca dengan baik(mengikut tajwid), Sebutan makhraj biar betul, bacaan yang jelas(cth izhar halqi) hendaklah dijelaskan, bacaan dengung hendaklah didengungkan, wajibul ghunnah hendaklah dibaca 2 harakat dan banyak lagi yang dipelajarri..selepas kursus tajwid beberapa hari, aku diminta menghadiri kursus kualiti pula..begitulah kehidupanku minggu ini..
Ohye, malam semalam selepas magrib, aku diminta menjadi ahli panel pada satu forum yang bertajuk 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam?', so aku pun berkongsi la ilmu dengan pelajar-pelajar baru tentang betapa bertuahnya kita beragama Islam, bukankah Islam itu merupakan salah satu nikmat yang utama dalam hidup kita?..dihujung forum aku meninggalkan satu soalan kepada pelajar-pelajar...Dalam hidup kita,kita boleh menghafal 10 nama pemain bola sepak, kita ingat lebih dari 10 nama penyanyi, tapi kita ingatkah 10 nama sahabat yang dijanjikan Nabi SAW yang akan masuk syurga? kalau kita nak menjadi muslim yg sejati, kita kena tiru cara hidup 10 sahabat tadi..
minggu akan mula minggu pertama P&P sesi Jan 2010, moga segalanya berjalan lancar..
Ayuh semua, kita teruskan mujahadah dalam hidup ini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment