KAS Januari 2010

Salam...

Esok akan diadakan satu Kursus Asas Solat untuk semester 1, aku ditaklifkan sebagai pengerusi program kali ini dan banyak kerja2 yang dilakukan...bukan aku tidak bersyukur tapi kadang2 terasa penat bila banyak kerja yang terpaksa dilakukan, bukan aku tidak suruh mereka buat kerja tapi mereka jawab lelaki la yg buat, kami kan perempuan(tidak semua tapi sebahagian)..bila terkenangkan COMRADE, pasti hati terasa sayu kerana dalam comrade muslimat pun boleh buat kerja2 musliman..teringat Sariyah pernah mengangkat tong gas walaupun ketika itu muslimin ada bersama, melihat dari peristiwa itu, muslimin menjadi olebih rajin,he3 motivasi xlangsung dari sariyah telah berkesan...

teringat pula raihan, seorang pembantu yang cukup tangkas dalam melakukan kerja2..memang target aku pun nak melatih dia tapi menariknya dalam masa yang singkat dia dapat menerima pe ajaran yg aku bagi dan menjadi orang hebat comrade xlama pastu..dan dalam masa yang singkat juga dia dapat membuat keputusan sendir (keputsan yg tepat) apabila berurusan dengan pihak stad..baguih beliau ni, kiranya xmenghampakan aku la..

tak tau lagi ape yg nak aku merepek tapi yang pastinya aku berdoa pada Allah Yang Maha Esa agar program aku esok berjalan dengan lancar...Amin

Bersatu kita teguh
bercerai kita roboh
yang berat sama dipikul
yang ringan dijinjing sama
sepakat membawa berkat
asas hidup bermasyarakat
amalkan hidup yg sihat
selamat dunia akhirat

lirik lagu nasyid yg pernah dinyanyikan oleh aku,cuki n abg zul di kg Boh...penuh dengan makna...

No comments:

Post a Comment