Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti. Namun tidak sedarkah hati itu adalah ujian darti Tuhan-Nya? Kepayahan itu sesungguhnya adalah bentuk tarbiyah kepada hati. Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya? Terlebih banayak mengaduh dari bertahmid rasanya. Aduhai hati..
Tak sedarkah hati segala yang diberi-Nya itu adlah nikmat, kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu lebih nikmat, jika hati ingin menerima. Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan diperolehi..
Tuhannya sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuh. Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah wahai hati, itulah lumrah. Tidah sedarkah hati bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap keringat yang mengalir semua nikmat yang Tuhannya beri...setiap butir bicara, setaip kali jantung berdegup, setap langkah kaki berjalan juga nikmat dari-Nya..Kenapa hati masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan??
wahai hati, jadilah ikhlas..jadilah hati yang nurani..jadilah hati yang sentiasa sabar dengan ujian dan dugaan..jadilah hati yang sentiasa berzikir dalam mengingati Tuhan Yang Esa..
moga hati terus tabah menjalani liku-liku hidup..
Salam kepada hati..
No comments:
Post a Comment