Menjadi seorang ustaz yang berkualiti bukanlah satu perkara yang mudah. Bahkan tidak ramai ustaz berkualiti sebenarnya...
Ketika menuntut di universiti dulu, aku dan beberapa sahabatku pernah mencadangkan supaya di buat 'selection' pada pelajar-pelajar yang ingin mengambil jurusan agama. Tetapi idea ini mendapat bantahan dari peringkat pengurusan atasan. Dikatakan tidak 'relevan'.Apakah??
Cerita tentang ustaz yang terlibat dengan salah laku jenayah bukanlah perkara yang asing. Baru sebentar tadi aku mendengar tentang cerita seorang 'ustaz' (kononnya, kerana berkelulusan dari maahad)yang sering berzina dengan wanita..Berdegup jantung aku ketika mendengar cerita ini(walaupun ini bukan kali pertama mendengar cerita sebegini)..dikhabarkan "beliau" mula berzina ketika diperingkat sekolah menengah(agama) lagi..kemudian dia masuk ke sekolah maahad dan buat 'hal' lagi..sambung belajar di sebuah IPTA dalam jurusan agama tapi masih tidak berj=henti dari melakukan perkara 'keji' tersebut..selepas tamat belajar, dia mengajar di sebuah kolej dengan 'gelaran ustaz'..di sana dia masih aktif melakukan perbuatan keji itu..dan kini masih mengajar dan masih 'aktif'...
teringat masa di universiti dulu, beberapa kawan yang mengambil jurusan agama pada mulanya, kemudian mereka menukar ke jurusan yang lain dengan alasan kami tidak layak untuk menjadi 'ustaz'. bila aku tanya 'kenapa enta tukar jurusan? enta orang yang hebat, bahkan lagi hebat dari ana'. di jawab 'ana sebenarnya merokok, ana taknak rosakkan title ustaz kerana disebabkan ana'...begitulah kawan-kawan aku, kerana sanggup ingin menjaga kualiti ustaz-ustaz, di mengundur diri hanya kerana dia merokok...
persoalannya..apakah ciri-ciri ustaz yang berkualiti? moga suatu hari nanti, rakyat Malaysia mampu melahirkan ramai ustaz yang berkualiti...insyAllah..sama-sama kita doakan..
No comments:
Post a Comment