Assalamualaikum dan salam ceria semua,
baru2 ni 4-5 hb Julai 2009 telah diadakan satu program Hari Keluarga anjuran pihak BPI bertempat di Santubong Beach Resort. seramai lebih kurang 35 orang(dewasa) dan beberapa anak kecil comel telah menyertai program ini.
program bermula ari sabtu tengahari, dalam kul 1 tengahari kami berkumpul di tempat kejadian untuk sesi registration, pastu xtiviti bebas, aku memilih untuk bermain ping-pong bersama fuad dan faisal..lebih kurang k430ptg kami berkumpul ditepi pantai untuk menjalankan aktiviti sukaneka seperti yg telah dirancang...
macam2 aktiviti yg dilakukan, acara permulaan bagi kaum bapa iaitu bermain bola tampar pantai, huh memang best..kemudian..main bola sepak pantai..walaupun namany hari keluarga tapi kami mengasingkan antara muslimin dan muslimat kerana ada peserta teruna dan dara(minoriti)..so beter diasingkan..manakala kaum ibu menguruskan aktiviti bagi kanak2..tiup belon, cari gula2 dalam tepung dan macam2lagi..
acara makan malam bermula jam 730, memang byk makanan yg disediakan tapi yg sedapnya ialah daging kambing panggang dengan sos pudina(bagi aku memg sedap)..dalam acara makan malam terselit program music chair untuk kanak2 dan pertandingan bayi comel, em comel sungguh bayi2 tu suma..
pas makan aku main polo(ala2 snoker) bersama ngan sahabat2 disini, sekadar mencuba dan 'test power'. Alhamdulillah ada menang dan ada kalah..
pagi ahad, usai solat subuh, akau membersihkan diri dan terus ke kaunter AJK bagi menyiapkan beberapa perkaran yang perlu disiapakan..sebelum sarapan k730am aku sempat lagi bermain polo ditemani Fakhrul..selepas makan..kami semua menuju ke tepi pantai untuk meneruskan acara kemuncak iaitu tarik tali bagi kaum bapa..hu3..semangat sungguh mereka tarik tali..
selapas abis xtiviti tepi pantai, masing2 mem'basah'kan diri dikolam renang sambil bermain bola tampar dalam kolam,he3...lebih kurang 2 jam berendam dalam kolam, aku naik ke bilik untuk bersiap2.. lebih kurang k1 tghari, dah ramai yg mula pulang ke rumah...tamatla cerita aku pasal ari keluarga ni..
p/s: teringat aku akan HARI KELUARGA COMRADE, lebih meriah dan menceriakan..kenangan yg xkan aku lupakan..
: gambar hari keluarga BPI-JPA akan menyusul kemudian..
No comments:
Post a Comment