Kg Husin, Sg Siput

nila kampung pertama yang aku pergi tatkala menjejakkan kaki ke tanah 'orang asli'..

usai usrah pada malam itu, tb2 abg amil panggil aku dan tanya :
Enta minat tak berdakwah?
Eh mestila minat, kenapa abg amil tanya camtu.
nak tak ikut g berdakwah kat kg orang asli?
bila tu?
cuti semester nnti..
menarik gak, tapi takut nanti orang asli tanya cam2 sampai ana x mampu nak jawab
eh xdela sampai camtu, enta ajar yang asas je cam bacaan dalam solat, Al-Fatihah. yang simple2 je..
hm menarik gak

...................

ptg tu kami berkumpul dihadapan bangunan econ, menunggu trak JHEOA dan bas UIAM..aku sedikit gelisah sambil menggu kawanku, zul...lalu aku taip msg
Zul,ko katne?aku dah sampai depan econ da ni.
Jap2 aku tgh kemas baju, 15 minit.
ok.
15minit kemudian, zul pun dtg, lega aku sb ada kawan yang aku kenal join sama..

lepas asar aku menaiki bas dan bertolak ke sg.siput, bermulanya sebuah kembara dakwah ke kg orang asli..

perjalanan diteruskan sampai kek kg. kenang, bas hanya mampu bergerak setakat ni je, tuk terus ke kg husin kena naik trak JHEOA. bergilir2..
aku naik trak trip ke2 bersama zul, badan masa tu memang dah letih dan mengantuk tapi aku tengok senior comrade(Bro zul, poklan, AF) cam xletih je, da 'bela' ke? he3..rupa2nya itulah semangat dakwah mereka, xkenal erti letih..siap nyanyi lagi ramai2 dalam trak tu bagi menghilangkan keletihan, hm..memang seronok

sampai kt kg husin lbh kurang kul 11 malam..masing diberi tugas, ada yang kene memasak dan ada yang kena siapkan tempat tdur..lepas makan dan solat, aku pun tidur...hari esok menanti dengan penuh debaran..bakal mendapat keluarga angkat..

(cukupla dulu setakat ni cite aku, da masa aku sambung cite ni, klu aku rajin la,hu3)

No comments:

Post a Comment