Sakit itu kaffarah dosa
sejak 3 hari lepas aku di landa demam, selsema n sakit mata. Alhamdulillah sakit mata dah berkurangan tapi demam dan selsema masih tak sembuh lagi. mungkin sebab cuaca yg terlalu panas..ape2 pun kita kena baik sangka dengan Yang Maha Mencipta bahawa sesungguhny sakit itu kaffarah dosa, Alhamdulillah kita sakit, kerana bila kita sakit, kita sebenarnya semakin hampir dengan Pencipta, kita akan selalu doa moga cepat sembuh..itulah hikmahnya sakit, jadi janganlah mengeluh apabila sakit sebaliknya kena bersyukur. Firman Allah SWT yg maksudnya
"sekiranya kamu bersyukur kepada-Ku pasti aku akan tambahkan nikmat-Ku"
jadi bersyukurlah setiap masa, setiap ketika dan setiap tempat..
Jumaat malam baru2ni, aku mengikuti usrah yang dijalankan seperti biasa. Antara yang menarik dibincangkan pada malam itu ialah perihal hukum-hukum Islam, ceritanya begini, ada seorang ustaz sekolah menengah mengeluh kerana pada suatu hari dia melihat seorang guru lelaki bersalam dengan seorang murid perempuan, lalu ustaz tu pun tegurla perbuatan salah tu, tapi guru tu cakap saya xpe sb saya bukan ustaz..Astagfirullah..bukan ke hukum Allah itu mesti diamalkan oleh setiap muslim..teruskan berdakwah dalm memberi kefahaman Islam yang sebenar..
Sama-sama tingkatkan ilmu dari masa ke semasa..teruskan mengembara dalm usaha menambah ilmu..
No comments:
Post a Comment