Hadis


Dari Huzaifah bin Al-Yamani r.a. katanya : Biasanya orang banyak bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kebajikan. Tetapi aku bertanya kepada beliau tentang kejahatan kerana aku takut kejahatan itu menimpaku. Lalu aku bertanya " Ya Rasulullah, kami dahulu berada dalam kejahilan dan kejahatan. Kerana itu Allah Taala menurunkan kebaikan (agama) ini kepada kami. Mungkinkah sesudah ini timbul lagi kejahatan? Jawan Nabi SAW : Tentu! Tanyaku : Sesudah itu mungkin pulakah datang kebaikan? Jawab Nabi SAW : Ya, tetapi sudah cacat! Tanyaku : Apa cacatnya? Jawab Nabi SAW : "Suatu kaum (bangsa) membuat peraturan (perundang-undangan) di luar sunnahku dan memimpin tanpa hidayahku. Engkau mengerti tentang kebijaksanaan mereka dan tidak menyukainya". Tanyaku : Sesudah kebaikan itu, timbul lagikah kejahatan? Jawab beliau : Ada, iaitu orang-orang yang selalu memanggil-manggil di pintu neraka, lalu siapa yang memenuhi panggilannya dilemparkannya ke dalam itu" Tanyaku : Ya Rasulullah, tunjukkan kepada kami ciri-ciri mereka. Jawab Nabi SAW : Baik, iaitu orang-orang yang kulitnya sama dengan kita (mengaku beragama Islam)dan mereka berbicara memakai lidah (hadis) kami” Tanyaku : Bagaimana petunjuk anda seandainya aku menemui hal yang demikian? Jawab Nabi SAW : Tetaplah kamu bersama jemaah kaum muslimin dan Imam ( pemimpin atau pembesar) mereka? Tanyaku : Jika tidak ada jemaah dan Imam? Jawab beliau : “Tinggalkanlah parti-parti itu semuanya. Sekalipun engkau akan memakan akar-akar kayu, namun engkau tetaplah pada pendirianmu itu” Hadis riwayat Muslim : bil 1814
Salam... moga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera dan ceria2 selalu..
Hidup ibarat roda..kadang2 kita berada diatas dan kadang2kita berada dibawah...

aku baru je jaga abis exam..student dari JKM..teringat dulu2 masa aku amik final exam kat UIAM, masa memang kadang2 xcukup, so bile pengawas kata"Anda boleh mula jawab sekarang" aku terus capai pen nak jawab walaupun soalan belum baca, huhuhu..risau takut tak sempat jawab..tapi step 1 aku buat, aku highlight dulu kehendak soalan dan tulis poin2 jawapn kat kertas soalan(sebelum tu baca dlu suma soalan n pilih mane yg rasa leh jawb)..then bile dah siap tulis suma point, baru la stat mengarang..segala idea2 bernas mahupun xbernas digarap sebaik mungkin bagi menghasilkan satu jawapan yang ringkas, padt, unik dan sensasi lagi gemilang..hasilnya..lulus Alhamdulillah..

bile abis je exam, g makan ramai2ngan member, main badminton ptg2 hilangkan tension..buat persiapan untuk program masa cuti(aku cuti mmg jarang ada kat umah sampai mak aku pun bising)..

tau2 skrg aku dah menjadi pendidik, mengajar dan masih belajar..menjaga student exam..


dalam kehidupan, kita kena sentiasa berfikir..fikir akan Kebesaran Ilahi akan menjadikan kita rendah hati..tunduk pada ke-Esaan-Nya..jadi sentiasalah berfikir dalam kehidupan..lihatlah alam yang terbentang luas dan fikirkanlah kebesaran-Nya, terasa kerdilnya diri..

Musuh yang paling Dekat

Tipu daya iblis

Allah swt telah berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat ke 34 yang bermaksud 'dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.'

Iblis seperti yang telah kita semua ketahui adalah musuh yang nyata bagi setiap anak Adam. Kehebatannya merayu untuk menyesatkan datang dari setiap penjuru sehingga mengalir di dalam darah ,bersembunyi di dalam hati dan tinggal di akal manusia. Nabi Muhammad saw telah bersabda maksudnya 'Sesungguhnya syaitan berjalan pada manusia di setiap pembuluh darah.' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Apabila syaitan menetap dalam hati,manusia akan menjadi was-was dan benci kepada kebaikan serta gemar kepada keburukan. Jika bersarang di akal,manusia asyik memikirkan keuntungan diri tanpa memperdulikan kebajikan orang lain. Semua manusia termasuk para Rasul dan para Nabi didatangi dan dipujuk rayu oleh iblis. Tujuannya adalah supaya manusia mengikuti jejaknya yakni dengan tidak mentaati dan melanggar perintah Allah dan bersama-sama menemaninya ke dalam neraka; “Dan sesungguhnya neraka jahannam itu,tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka yang menurutmu.”(Surah al-Hijr:43)


Kelicikannya dapat mengaburi manusia jika iman manusia itu pudar,luntur dan tidak dibajai setiap masa dengan mengingati Allah SWT.Mereka yang terperdaya dengan iblis semestinya akan menyesal di kemudian hari walaupun dibuai keseronokan di permulaannya. Kesimpulannya,semua manusia tidak akan terlepas daripada pujuk rayu dan pengaruh iblis,kecuali bagi mereka yang sentiasa memperbaharui iman mereka supaya tetap teguh dan kuat untuk melepasi godaan itu.

Bagi yang telah sedar akan kesilapan diri, dipengaruhi serta digoda tipu daya iblis,segeralah bertaubat bagi kesalahan yang telah dilakukan sebagaimana nabi Adam yang segera bertaubat setelah termakan tipu daya iblis bersama Hawa sehingga dikeluarkan dari syurga. Kisah ini telah disebutkan dalam surah Al-baqarah ayat 36 yang bermaksud; 'Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".

Dunia ini bagaikan lautan yang dalam yang mana sudah ramai ditenggelaminya. Oleh itu,jadikanlah taqwa sebagai perahu,iman sebagai isinya dan tawakal sebagai layarnya.Ikan yang hidup di dalam laut yang masin tidak masin apabila dinaikkan ke darat. Tetapi apabila telah mati,secubit garam sudah cukup untuk memberi rasa masin kepadanya. Begitulah juga dengan hati,hati yang 'hidup' amat sukar ditembusi,tapi bila hati telah 'mati',amat mudah untuk dipengaruhi.

Mutiara kata & wasiat



Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak dapat meluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketentuan Allah tetapi tidak mahu tunduk kepada perintah-Nya. “Keredhaan manusia sukar untuk engkau capai dan bukanlah bermakna selamat daripada lidah manusia sudah boleh dianggap mencapai jalan kepada mendapat keredhaan mereka. Oleh itu hendaklah engkau melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu dan sentiasalah berbuat demikian”. (Wasiat Imam Syafi’e)

Sumber : http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1662

Bangunan

kali ni aku nak cita pasal bangunan2 tempat aku blajar

Dulu pas SPM aku blajar kat MCIIUM kat PJ, KL..ni antara gambar2yg sempat aku minta ngn Halis..

1) tempat aku menginap 2 tahun UKC(Umar Al-Khattab College), rumaet aku yang kekal dari awal belajar hingga akhir bis kat kampus Gombak bernama Hadlisham, lani dia ngajar kat SMK Kapit..



2) ni pulak gambar Al-Malik Faisal Hall@AMF..tempat selalu aku buat program..kira femes la tmp ni kat matrix PJ, kat sini gak 'dia' pernah terserempak ngan aku..kenangan beb..




pas bis 2 tahun aku kat PJ, aku sambg masuk IIUM Campus kat gombak..maka bermulalah kehidupan aku sbg seorg mahasiswa yg base2 je..relek2suda..

1) ni gambar monumen Iqra. menjadi lambang bagi bangunan IRK..terletak didepan library dan bangunan IRK, actually bangunan IRK and library bersambung...kat sini juga la berlakunya perasmian prog Bikers Convoy..



2)Ha ni pula gambar masjid SHAH@masjid UIAM, ni gambar kat dalm msjid..kat sinila tmp kmi merehatkan diri, tmp usrah, tmp iftar..dan cam2lg..byk jasa tmp ni,,nak2time exam, kat sinila tmpt diskusi n berkumpul sblm g exam..



hm..ckupla dulu stekat ni, da msa nt koi upload lg gambar2yg koi rasa koi nak upload..

Samudera buat guru

sebuah cerpen yang aku amik dari iluvislam.com...
cerpen ni mmg menarik..aku harap cerpen ni akan dibaca oleh suma guru-guru kat Malaysia..

Di sudut pintu utama kelas , terlihat kelibat seorang manusia mula memasuki kelas dengan perlahan , raut wajahnya agak tua namun semangatnya menampakkan dirinya tidak seperti usianya , dia tampak tegas dan garang. “Bangun..” Kalam pertama yang berbunyi kemudian disambung pula . “Selamat pagi cikgu..” serentak dengan satu nafas alunannya membuatkan kelas bergema di pagi itu. Dia mula melihat setiap seorang pelajarnya . “Kerja sekolah yang saya bagi kamu dah siap?” Reaksi yang pelbagai mula timbul wajah setiap pelajar , ada yang berpeluh, ada pula yang kelam kabut dan ada yang seperti biasa sahaja seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

“Samad , kamu sudah siap?” Samad orang pertama yang disapa. “Err..cikgu , semalam saya tertidur , tak sempat nak buat”. “Apa yang kamu buat dirumah?. Tdur saja kah?” Samad hanya diam tanpa jawapan . “Nah ambik buku kamu ni , buat latihan yang saya bagi di atas padang sana sambil berdiri” Denda buat samad yang tidak siap kerja sekolahnya.

Di hari yang lain

“Murid-murid hari ini saya nak lihat kerja sekolah yang saya bagi , haa , Samad kerja sekolah kamu bagaimana??” Samad tunduk dan berdiam diri. “Samad , kamu dengar tak apa yang saya cakap ni ?!!”. Gema suara itu menjadikan kelas sunyi sepi. “Saya tertidur cikgu..” “aduhh!” libasan rotan membuatkan samad kesakitan . “Apa nak jadi dengan kamu ni? Datang sekolah lambat , dalam kelas kamu tidur , sekarang kamu keluar , berdiri di padang sana”.

Kampung Sebiru

Anak-anak kampung girang berlari berkaki ayam bermain sesama mereka . Suasana awal pagi kampung tepian pantai itu agak tenang dengan udara samudera yang nyaman dan selesa. Para nelayan mula melabuhkan kapal-kapal kecil mereka di jeti setelah semalaman di laut, sibuk suasana di Jeti . Hasil tangkapan mereka dinanti-nanti oleh pemborong yang awal-awal lagi sudah tiba di jeti. Samad sibuk menjemur ikan kering di ampaian khas yang dibuat oleh ayahnya dihadapan rumah. “Kau tak pergi sekolah hari ni samad?”, tanya ayahnya yang baru sahaja pulang dari laut. “Pergi ayah , lepas saya jemur ikan kering , saya terus ke sekolah”. Samad menyambung kerjanya. “Oh ya , adik-adik saya dah hantar ke rumah makcik Jamilah , lepas sekolah saya akan ambil mereka”, tambah Samad.

Samad merupakan anak yatim , semenjak ibunya meninggal dunia akibat penyakit kanser payudara tahun lalu , Samad banyak belajar untuk berdikari , tambahan pula kesempitan hidup keluarganya membuatkan Samad tidak seperti kanak-kanak lain . Walaupun baru berusia 12 tahun , Samad punya tanggungjawab yang besar , jika ayahnya ke laut , Samad yang akan menjaga adik-adiknya seramai tiga orang . “Kamu lambat datang lagi?” ,tanya Majid . Sahabat baik Samad yang juga merupakan kawan sekampungnya. “Nasib baik cikgu Hamidah tak masuk kelas lagi , kalau tidak habis kamu berdiri di tengah padang lagi”, bebel si Majid . “Kau bukan tak tahu , aku macam mana..” Samad menutup perbualan.

“Bangun , selamat pagi cikgu..” Kelas 6 Sentosa bergema di pagi itu. “Murid-murid , pihak sekolah akan mengadakan Sambutan Hari Guru , pada bulan hadapan , saya mahukan wakil daripada kelas ini untuk membuat persembahan nanti , kamu ada cadangkan sesiapa?”, tanya cikgu Hamidah pada anak-anak muridnya. “Majid , cikgu” , Sofi mencadangkan . “Dia pandai menyanyi , hari-hari saya lihat dia menyanyi, kalau cikgu tiada dalam kelas mesti dia menyanyi, macam Akademi Fantasia pulak kelas kita ni”, gurau Sofi . Sofi merupakan ketua kelas 6 Sentosa berseloroh membuatkan satu kelas tergelak. Muka Majid merah , malu. “Kalau macam tu , kamu lah yang akan buat persembahan ya..”, cadang cikgu Hamidah . Majid hanya tersenyum.

“Baiklah kelas,sekarang ni saya nak lihat kerja sekolah yang saya berikan semalam”. Seperti biasa cikgu Hamidah pasti akan mencari Samad , di hujung kelas Samad tertidur , penat agaknya. “Samad!!”. Cikgu Hamidah sudah berubah raut wajahnya yang sememangnya garang , Samad terkejut dan terus terbangun. “Pashh!!” Agak kuat juga tamparan yang cikgu Hamidah berikan kepada Samad. “Kenapa kamu ni teruk sangat? , Saya menyesal dapat anak murid macam kamu, kurang ajar dan tidak tahu menghormati guru, saya nak kamu keluar daripada kelas saya sekarang dan saya tak nak lihat muka kamu lagi!!”, bentak cikgu Hamidah yang benar-benar marah. Cikgu Hamidah memang tegas dan garang orangnya.

“Majid, aku memang budak tak berguna”. Samad memulakan perbualan memecah ketenangan bunyi ombak di pantai Kampung Sebiru . “Kau jangan cakap macam tu Samad , cikgu mungkin tak faham bagaimana keadaan kau sekarang ini , hanya aku sahaja yang tahu kau bagaimana” . Majid cuba mententeramkan keadaan. Samad menangis , dihatinya timbul rasa hiba dan sayu mengenang dirinya yang sering malang. Masing-masing senyap , melihat kumpulan ombak yang tidak henti-henti memukul sang pantai sebiru. Sudah hampir seminggu Samad sudah tidak hadir ke sekolah , cikgu-cikgu yang lain sudah bertanya-tanya ke mana perginya Samad , namun bagi cikgu Hamidah dia seolah-olah tidak ambil peduli ketiadaan Samad di dalam kelas.

“Puan hamidah , kamu guru kelas 6 sentosa kan? Tahu ke mana perginya pelajar bernama Samad? Sudah hampir semiggu dia tidak hadir ke kelas saya”, tanya cikgu Radzi pada cikgu Hamidah. “Budak tu memang pemalas , selalu saja datang lewat dan tidur di dalam kelas”, rungut cikgu Hamidah. Marahnya mungkin masih belum hilang. Suasana di dalam kelas agak bising , kelas belum bermula . Dihujung tempat duduk Majid berlaku sebuah perbincangan diantara Majid , Sofi dan Ah Leong , mereka Nampak serius seolah-olah membincangkan sesuatu yang penting. “Majid , kau tahu tak kemana perginya si Samad?”, soal si Sofi kerisauan. “Aku pun dah seminggu tak nampak dia, rumahnya juga macam tiada orang , selalu bila waktu petang dia rajin ke tepi pantai dekat rumah aku untuk mengambil angin,tapi sejak seminggu ni tak ada pula aku nampak”, balas Majid. “Tapi semalam dia datang kedai ayah saya , beli peralatan nelayan, ayahnya suruh barangkali . Tapi aku tak sempat bersembang dengannya” beritahu si Ah leong. “Hairan juga..” tambah Majid. Timbul riak wajah yang penuh tanda tanya di sesama mereka bertiga.

“Majid , lusa ni dah Sambutan Hari Guru , kamu dah bersedia nak buat persembahan?”, tanya Sofi mengubah topik perbualan. “Insyallah , eh , Ah Leong kau pandai main gitar kan? Nanti kau mainkan utuk aku ya” pinta Majid. “Ok , kawan-kawan tak ada hal punya” .Ah Leong bersetuju. “Habis tu aku nak jadi apa?”. Sofi juga mahu turut serta. “Haa..Sofi kau jadi pengurus kami lah , kau kan pengurus artis”, gurau Ah leong. Mereka bertiga ketawa sesama sendiri. Selepas asar , Majid mahu mengambil angin di pantai berhadapan rumahnya , tiba-tiba dia ternampak Samad, dengan segera dia mendapati Samad. “Samad , mana kau pergi ? dah seminggu aku cari” , Majid beriya-iya menanyakan soalan pada Samad. “Majid , aku dah berhenti sekolah” jawab Samad . Mukanya tenang tetapi riaknya sedih. “Kenapa ?” Majid semakin hairan. “Ayahku , dia tidak mampu lagi nak menanggung perbelanjaan persekolahan aku dan aku memutuskan untuk mengikut ayah ke laut”, jawab Samad. Majid hanya diam , wajahnya mula kesedihan dan simpati. “Memang aku nak jumpa dengan kau Majid , aku tahu esok kan hari guru , aku nak kau berikan surat ini untuk cikgu Hamidah , aku tak ada hadiah nak diberi” Samad mengeluarkan sebuah kertas lusuh daripada kocek seluarnya. “Apa ni Samad?” tanya si Majid. “Sekadar luahan hati aku pada cikgu Hamidah , aku tuliskan sajak untuknya”, balas Samad tenang dan berterus-terang. Majid memeluk Samad , kali ini dia benar-benar sedih dengan keluhuran hati Samad.Mereka menangis. Pantai Sebiru jadi saksi.



Hari persembahan untuk sambutan hari guru sudah tiba. Majid akan membuat persembahan. “Kau dah bersedia”, tanya Ah Leong dan Sofi. “Hari ni aku tak menyanyi , aku bersajak , tapi Ah Leong , kau main gitar juga ya untuk aku”, balas Majid. “Kenapa tukar plan?”, Sofi kehairanan. Majid menunjukkan kertas lusuh yang diberikan Samad padanya. “Hadiah untuk cikgu Hamidah daripada Samad”. Majid senyum , namun senyumannya nampak sedih. “Samad dah tak sekolah lagi dah , dia ke laut dengan bapanya”, Majid menambah. Suasana sepi. Masing diam tidak bersuara. “Baiklah , mari kita bersiap” Majid menutup suasana itu . Persembahan tinggal lagi setengah jam.

Di atas pentas
“Assalamualaikum , saya Majid dan di sebelah saya Ah Leong , hari ini kami akan menyampaikan sebuah sajak yan bertajuk , “Samudera Buat Guru” , sajak ini di tulis khas oleh sahabat kami , Samad”. Majid memulakan biacara. “Sajak ini untuk guru-guru Sekolah Kebangsaan Seroja terutamanya cikgu Hamidah..” Ah Leong menambah. Seluruh dewan memberikan tepukan gemuruh. Timbul rasa hairan di wajah cikgu Hamidah . Terdiam dan ingin tahu. Ah Leong mula memetik gitarnya dengan perlahan , sayu rentaknya. “Sajak ini kutujukan buat guru-guruku yang tersayang , ampunan maaf juga buat kalian kerana saya pelajar yang malas dan tidak menghormati kalian. Kalian juga tidak perlu risau lagi dengan anak muridmu yang tidak berguna ini , saya hanya akan ke laut sahaja selepas ini , namun saya juga teringin seperti anak-anak murid yang memberi hadiah buat guru yang disayangi sempena hari yang berbahagia ini , tidak mampu saya berikan hadiah yang mahal-mahal , cumanya sebuah sajak …khas untuk guru-guruku terutamanya cikgu Hamidah” isi surat tersebut..




SAMUDERA BUAT GURU

Pantai hari ini nampak tenang Tiada gelora,
Tiada ombak yang garang,
Melihat laut yang jauh itu,
Umpama melihat ibu yang tersayang,
Pada pantai aku melepas rindu,
Pada pantai juga aku menangis,
Pada ombak ku kirimkan cinta,
Pada dunia lautan itu Guruku ,
Sayangnya aku pada kamu,
Umpama lautan yang luas itu,
Jasamu umpama samudera,
Memberi sebuah kisah cinta pada manusia
Guruku, Aku anak laut Laut dan pantai duniaku
Ia juga masa depanku,
Ia warna dalam hidupku,
Guruku, Kasihmu ku anggap ombak,
Ombak tenang di bibir pantai,
Jasamu juga ku anggap ombak,
Ombak yang garang dan banyak memukul pantai,
Guruku, Budimu ku anggap air di laut,
Tak pernah kering dan mati,
Walau kita nampak jauh,
Namun kita dekat pada hati,
Guruku, Jika dosa telah aku lakukan,
Restu dan maafmu aku dambakan,
Jika hatimu luka Selautan ampun ku pohonkan,
Hari ini dan esok… Aku akan terus melihat samudera luas ini..
Dan sampai bila-bila..
Samudera ini hadiahku buat guru-guru…

Ada air mata jernih mengalir dipipi para hadirin yang mendengar , Majid teresak-esak mengungkap bait-bait sajak , Ah leong semakin sedih rentak gitarnya. Cikgu Hamidah tidak dapat menahan sebaknya , air mata deras , terlalu deras. Dia teringatkan Samad. Anak muridnya. Hatinya Terusik , sesuatu perlu diubah dan berubah.

p/s: Buat Ibu bapaku selaku guruku yang utama.. Untuk Guru-guru yang pernah mendidikku… Buat Insan-insan yang mengenalkan aku erti Ilmu.. “SELAMAT HARI GURU” Mohd lutfi Hafifi. Mutah , Jordan



gambar aku masa pegang Head-Com Biro Modul..kami kena gantikan guru-guru tuk mengajar di salah sebuah sekolah di Kg. Orang Asli di Kg. Aring 5...cam2 xtiviti yg dilakukan..paling di ingati buat Slot Motivasi sabtu pagi, huh mencabar dan menyeronokkan..syukran jazilan ila ukhtie Atikah kerana menjayakan program motivasi tersebut..xlupa gak tuk raihan,yusra, muhyidin dan suma yg terlibat sbg guru seminggu di kg tersebut..Salam Kenangan..

Aku dan Comrade

gambar2 masa aku join camrade

1) appreciation nite masa aku tahun 2 - Landasan Memori




2)appreciation nite aku tahun 4



3) aku ngan shahrul mas buat Annual Tracking di Janda Baik, Pahang..terima kasih pada Pn. Ainon (PTS) sekeluarga kerana memberi kerjasama..beri kami tempat untuk berprogram

kisah aku

em minggu peperiksaan akhir baru bermula, minggu nila syudent berubah jadi baik, mane yang suke lapek2 dah jadi malas nak lepak, mane yang suka tido cuba lawan mengantuk dan bersengkang mata, mana yang suka beraktiviti, masa2 camni segala aktiviti atau program yang dirancang akan ditunda dulu...

Suatu ketika aku dikampus gombak..

minggu ni minggu exam ,jadi aku kena baca buku, so setiap masa yang ada aku manfaatkan sebaik mungkin..nasib baik paper work tuk IPTA(islamic practical teaching for aborigines) dan siap dan dah submit kat STAD (Student Affairs Dept)..so minggu ni tumpu study je..tido punh dalam kul 2 atau 3 pagi, bangun tetap kul enam pagi,hehe..pas solat,mandi n makn roti, aku siap-siap nak g library..nila tempat aku selalu study

kalau study kat bilik, aku memang nampak bantal n katil je..tak jadi study tapi jadi stado(study+tido)..

bila abis exam, terasa hilang beban..tapi hamabtan program menjadikan aku li9ncah kembali..segala persiapan hendak dilakukan..apa yang dirancang mesti dijalankan..meeting malam2 kat bangunan HS..

em pe yang aku merepek ni, hu3..korang baca jela ek..

Berhati-hati sentiasa

Dear friends,

Kepada kita yang suka melancong ke luar negara ............ ... satu peringatan.

I would like to relate to you all an incidence... ......... ...... quite recent, i.e. about two weeks ago......... ..

After my daughter's wedding in early February, I had gone to Shanghai (saja nak enjoy lepas penat menguruskan perkahwinan) and my cousin went to Bangkok with his wife and brother in-law.. Dia orang ni pun penat juga menolong buat hantaran dsb.

Nak dijadikan cerita, waktu nak pulang ke KL menaiki Air Asia, my cousin dan isterinya berbelanja di Duty Free Shop di airport. Mereka membeli chocolates untuk cucu-cucu dan rokok untuk dirinya sendiri. Mereka telah diberitahu bahawa pembelian chocolate mereka ada free gifts berupa chocolate juga. Semuanya ini mereka letak di counter bayaran.

Waktu hendak membuat bayaran, mereka ternampak ada sebungkus rokok diletak di atas 1 karton rokok yang diletak di casher, berupa rokok dari brand yang sama. My cousin telah membayar kesemua chocolates dan 1 karton rokok tersebut dan meletakkan ke dalam beg untuk di bawa keluar, tanpa memperdulikan sebungkus rokok yang terletak di atas karton rokok beliau.

Nak dijadikan cerita, isterinya menunjukkan kepada rokok yang sebungkus itu yang sangkanya diberi percuma. My cousin terus mengambil sebungkus rokok tersebut dan berlalu untuk ke dewan berlepas (departure hall).

Sewaktu di Dewan Berlepas, beliau telah didatangi oleh seorang sekuriti dan bertanya kepadanya sama ada my cousin ada membeli rokok. Dengan ikhlas my cousin telah menunjukkan chocolate dan rokok yang dibelinya di Duty Free Shop tadi..... bersama dengan rokok sebungkus yang disangkanya diberi percuma.

Sekuriti menuduhnya mencuri rokok tersebut dan mahu membawanya ke balai polis untuk didakwa. My cousin offered to pay for the cigarettes kerana salah faham beliau.. Tetapi pihak sekuriti nenolak dan masih berkeras untuk membawanya ke balai polis. Manakala isteri my cousin disuruh pergi menaiki kapal terbang. Isteri my cousin tidak mahu meninggalkan suaminya di sana dan berkeras untuk ikut sama ke balai polis.

Di Balai Polis (yang terletak di kawasan lapangan terbang itu juga) my cousin telah diminta membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 jika mahu dilepaskan. Kalau tidak beliau akan ditahan sehingga wang tersebut dibayar. Oleh kerana mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu, my cousin telah dimasukkan ke lock-up di situ disamping ramai lagi tourists yang mendapat nasib yang sama. Manakala isterinya menumpang di rumah salah seorang kenalan mereka di Bangkok. Bersama beliau di lock up itu ada seorang tourist dari India telah berada di lock up itu lebih sebulan lamanya kerana keluarganya belum dapat mengumpul wang sebanyak US$70,000 kerana beliau dituduh mencuri pen (padahal tourist tersebut mengambil pen tersebut untuk membuat pembayaran di kaunter. Waktu mencari kaunter pembayaran, beliau terkeluar sedikit dari kawasan kedai tersebut, terus ditangkap dan didakwa mencuri!)

Sewaktu my cousin ditahan di balai polis tersebut, adik iparnya yang menaiki MAS tidak mengetahui kisah yang berlaku kepada abang iparnya. My cousin's wife menghantar SMS kepada adiknya menyatakan kisah yang terjadi kepada mereka. Tetapi oleh kerana adik ipar ini telah memasuki pesawat, beliau tidak boleh keluar lagi. Setiba beliau di KL, beliau berpatah balik ke Bangkok dengan menaiki pesawat MAS juga. Disamping itu keluarga my cousin di KL telah cuba menghubungi Kedutaan Malaysia di Bangkok dan beberapa kenamaan yang lain. Pihak polis Bangkok tidak memperdulikan semua rayuan yang dibuat baik oleh Menteri-Menteri di Malaysia maupun pihak Kedutaan kita di Bangkok.

Keesokkan harinya setibanya adik ipar my cousin ini dengan pesawat MAS dari Kuala Lumpur, beliau terus saja ke lock up untuk melepaskan abang iparnya. Dari RM30,000 telah diturunkan ke RM20,000.... . tapi adik ipar my cousin ini tidak punya wang sebanyak itu. Beliau hanya ada RM11,000. Maka setelah beberapa lama berbincang, akhirnya pihak polis bersetuju dengan pembayaran sebanyak RM11,000. Belum pun sempat my cousin keluar dari balai tersebut, polis-polis ini telah membahagi-bahagikan wang tersebut sesama mereka dengan bangganya. Mereka juga menunjukkan wang-wang yang diperolehi yang terdiri dari matawang asing....... .. dan mereka sedikit pun tidak menunjukkan rasa bersalah dengan rasuah yang diperolehi itu.

Keesokkan harinya my cousin telah dibawa ke mahkamah (pesalah hanya berjumpa majestret melalui tingkap saja). My cousin telah disuruh mengaku salah dan didenda sebanyak 2000 baht (what happened to the RM11,000? Tak disebut pun......... .....). Nasib baik my cousin teringat kisah tourist yang didakwa bersama beliau yang keluar tanpa meminta surat dari pihak berwajib tentang penahanan beliau, lalu ditahan kedua kalinya sewaktu mahu pulang di airport Bangkok. My cousin meminta mereka mengeluarkan surat menyatakan kes beliau telah selesai dan beliau dibenarkan pulang.

Sewaktu mahu membeli tiket kapal terbang pulang (tiket ini diuruskan oleh pihak imigresyen Bangkok) beliau telah diberitahu bahawa semua tiket Air Asia telah habis terjual. Yang ada cuma tiket MAS yang ternyata lebih mahal. Oleh kerana my cousin tidak punyai wang yang banyak, beliau mau menggunakan kad kredit untuk membeli tiket MAS. Yang peliknya bila my cousin kata nak bayar tunai tiket air asia, tiba-tiba saja pegawai ni kata ada tiket lagi dengan air asia........ ........ (nampaknya semua peringkat yang mengambil kesempatan)

Pihak imigresyen Bangkok telah mengecop Pasport my cousin dan isteri beliau sebagai 'Thief'! Bukan itu saja, my cousin telah digari untuk di bawa ke pesawat. Setiba di pesawat pasport beliau telah diserahkan kepada pihak Air Asia dan apabila sampai di KL pihak imigresyen KL diminta mengiring my cousin ke pejabat imigresyen di Lapangan LCCT. Waktu di pejabat tersebut my cousin telah diberitahu bahawa kejadian ini setiap harinya terjadi kepada rakyat kita........ .... tapi yang peliknya kenapa perkara ini masih dirahsiakan dari kita semua? Pihak kedutaan kita pun menyatakan perkara yang sama...... dan menasihatkan my cousin supaya memberitahu keluarga dan sahabat handai untuk tidak ke Thailand dalam waktu yang terdekat ini sehingga keadaan politik di negara tersebut kembali stabil.

Sekiranya ini tidak terjadi kepada keluarga saya sendiri, saya pasti tidak mempercayainya. ..... macam cerita wayang saja....... tapi percayalah.. ... memang ini kisah benar.

Dear Omar, remember our phone call recently?

Please be careful, ok?

Sahabat

Sahabat..masih ada waktu..untuk kau dan aku menghitung..dosa-dosa lalu..

nak mencari kawan sejati memang susah..
kawan bukan macam bola..tak dapat kita kejar..dah dapat kita sepak jauh-jauh..
kawan bukan macam badminton, tak dapat kita tunggu pihak lawan bagi..dah dapat kita bagi semula pihak lawan..
kawan bukan macam..argh macam2 la lagi..
kawan macam ragbi sepatutnya..tak dapat kita kejar,kita tolak orang untuk dapatkan bola..dah dapat kita jaga baik-baik, tak bagi orang lain rampas..
Dalam Islam, sahabat yang baik ialah sahabat yang sentiasa bersama ketika senang dan susah, yang menegur kesilapan kita dengan berhikmah, yang mampu menasihati kita dikala kita memerlukan nasihat, yang mampu mendoakan kesejahteraan kita didunia dan akhirat..





Kita tak perlu mencari member yang kaki bodek, itu akan menyusahkan kita kelak
Kita tak perlu mencari member yang suka amik kesempatan atas diri kita, itu akan merumitkan keadaan
Carilah member yang soleh solehah, mudah-mudahan dengan berkawan dengan mereka, sedikit sebanyak kita dapat menjaga diri kita dari melakukan maksia, Nauzubillah min zaalik..

Mafhum Hadis : “Tidak sempurna iman seseorang itu melainkan dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi diri sendiri”

Salam persaudaraan

Kaffarah

Sakit itu kaffarah dosa

sejak 3 hari lepas aku di landa demam, selsema n sakit mata. Alhamdulillah sakit mata dah berkurangan tapi demam dan selsema masih tak sembuh lagi. mungkin sebab cuaca yg terlalu panas..ape2 pun kita kena baik sangka dengan Yang Maha Mencipta bahawa sesungguhny sakit itu kaffarah dosa, Alhamdulillah kita sakit, kerana bila kita sakit, kita sebenarnya semakin hampir dengan Pencipta, kita akan selalu doa moga cepat sembuh..itulah hikmahnya sakit, jadi janganlah mengeluh apabila sakit sebaliknya kena bersyukur. Firman Allah SWT yg maksudnya

"sekiranya kamu bersyukur kepada-Ku pasti aku akan tambahkan nikmat-Ku"

jadi bersyukurlah setiap masa, setiap ketika dan setiap tempat..

Jumaat malam baru2ni, aku mengikuti usrah yang dijalankan seperti biasa. Antara yang menarik dibincangkan pada malam itu ialah perihal hukum-hukum Islam, ceritanya begini, ada seorang ustaz sekolah menengah mengeluh kerana pada suatu hari dia melihat seorang guru lelaki bersalam dengan seorang murid perempuan, lalu ustaz tu pun tegurla perbuatan salah tu, tapi guru tu cakap saya xpe sb saya bukan ustaz..Astagfirullah..bukan ke hukum Allah itu mesti diamalkan oleh setiap muslim..teruskan berdakwah dalm memberi kefahaman Islam yang sebenar..

Sama-sama tingkatkan ilmu dari masa ke semasa..teruskan mengembara dalm usaha menambah ilmu..

DOA




JANGAN LUPA DOA UNTUK IBUBAPA KITA

Sempena Hari Ibu

Selamat Menyambut Hari Ibu…


Pengorbananmu Ibu tiada terhingga dan tak dapat dibalas jasanya





Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ...mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .....mak
Bila nak bermanja, aku dekati.....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....




Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2..00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

sayangilah ibu anda...

p/s : diambil dari seorang rakan

Rehatkan Minda

Terdapat pelbagai cara untuk menguji
keunikan tubuh badan kita,diantara
keunikan itu sudah tentulah otak
manusia.. dibawah ini ada ujian yang
menarik untuk dicuba bersama.....



Sila lakukan dan jangan cuba menipu
diri anda sendiri


Kira jumlah huruf F's dalam perenggan
dibawah dalam masa 10 saat (JANGAN TIPU):

FINISHED FILES ARE THE

RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC

STUDY COMBINED WITH THE

EXPERIENCE OF YEARS

dah selesai?



Scroll kebawah hanya apabila anda telah
selesai mengira!


























OK?

berapa banyak?

tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)

baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE

RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC

STUDY COMBINED WITH THE

EXPERIENCE OF YEARS


















Salah, sebenarnya terdapat 6, kira
semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut
diterangkan dibawah ini...







otak LELAKI tidak memproses
perkataan "OF".

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's
pada permulaan ujian memiliki

otak PEREMPUAN

Cuba la dengan kawan2 anda untuk meguji
setakat mana kebenaran perkara

ini.."

Sebuyau

sempena hari bekerja, aku, yut, najmi bertolak dari kuching menuju ke Sebuyau jam 9.30 pagi ..ampai di Semarahan, kami menaiki feri, kami masih duduk dalam kete dan bawa kete naik atas feri.. perjalanan diteruskanmenuju ke asajaya, masuk ke sadong jaya, kami sekali lagi kena naik feri kat Sg. Buloh..memang menyeronokkan

aku sampai sebuyau dalm kul12 lebih, sampai je terus g solat jumat, usai solat, kami memasak secara gotong-royong, lauk ikan keli masak lemak, sayur campur dan lauk ayam..pas makan suma terbaring pasal perut dah penuh..

pas asar Halis bawa kami g jalan2 tepi pantai dan jalan2 sekeliling kg..org2 kg Sebuyau memg peramah..bile malam kami masih memasak secara gotong-royong, masak nasi ngan padi huma warna ala2perang, sedap n berkanji penuh gizi..tengah memask baru persan cili xde, so aku n Halis naik motor g kedai nak beli cili..Malang kat kedai ti kehabisan cili tapi tuan kedai tu suruh kami tggu kejap, dia nak petik cili kat laman umah dia(umah dia sebelah kedai), pastu di bungkus cili tu dan bagi free je(walaupun kami nak bayar)..camtula kehidupan org kg, xberkira sgt..ukhwah lebih diutamakn padahal mereka bukan org senang tetapi saling membantu antara satu sama lain..pas makan suma layan citer wolverine:x-men..

esoknya selepas subuh, kami g pasar beli apa yng patut, balik tu terus memasak ramai2..terasa ukhwah sesama kami,hehehe..pas masak makan ramai2 kami pakat kemas barang nak balik ke kuching semula..lebih kurang kul 11 pg enjin kereta dihidupkan..selepas ucap salam ngan Halis, kami pun bertolak ke Kuching, aku terlelap jap dalam kete sb letih tapi gembira..samapi ke Kuching lebih kurang k1 tghari..Tamatlah sebuah travelog aku ke Sebuyau

p/s: da masa insyAllah aku akn ke Sebuyau lagi..thanks Halis@Tuan Umah,Yut@Ketua Chef n Najmi@Pakar siang ikan..