Assalamualaikum
Minggu lepas, aku berkursus btn...dalam kursus tersebut, aku berkesempatan berbincang dengan kawan-kawan berkaitan ekonomi negara, antara yang menjadi isu ialah penggunaan wang kertas pada masa kini(maklumat diberikan oleh kawan aku)
Harga barang makin naik????sebenarnya harga barang tidak pernah naik tapi NILAI duit yang kita gunakan hari ini semakin jatuh, nilai wang kertas yang berada di tangan kita hari ini semakin hari semakin susut...
dulu, bekas PM pernah mencadang pada negara2 OIC untuk menggunakan dinar emas sebagai mata wang tetapi masa tu, Arab Saudi tidak bersetuju...kerana apa?kerana di Arab Saudi ada banyak kertas-kertas yang bercetak nombor(wang kertas USD) tersimpan dalam banknyer...Arab Saudi jual minyak kat US dan US bagi wang kertas, sebenarnya wang kertas tu tak bernilai apa-apa sebab ianya hanya helaian2 kertas yang bercetak nombor diatasnya...bayangkan kalau Arab Saudi jual minyak kat US dan Us bayar pakai emas..mesti kaya Arab Saudi...ini disebabkan emas mempunyai nilai yang tinggi dan akan semakin naik nilainya(jarang sekali susut nilainya dan kalau ada pun,sekejap je susut,pastu akan naik balik)
CETAK DUIT
US cetak duit 100USD di atas sehelai kertas, berapa kos kertas tu?xsampai pun 100USD, bahkan jauh lagi rendah,sebab tu kertas yang dicetak tu tak bernilai sebenarnya...oleh sebab US yang kawal ekonomi dunia, maka semua negara terpaksa ikut cakap US supaya guna duit@wang yang dihasilkan dari kertas...
MASA DEPAN???
terfikirkah tuan-tuan, dimasa akan datng mungkin kita tidak akan menggunakan wang kertas lagi, kita mengkin akan berbelanja dengan menggunakan sekeping kad, tidak lagi menggunakan wang kertas, kita pergi ke pasaraya dengan membawa sekeping kad dan dalam kad tu ada maklumat tentang duit simpanan kita, bila sampai di kaunter bayaran,kita menghulurkan kad...
p/s: aku xpandai sangat nak menghuraikan supaya pembaca paham ape yang aku paham,tapi harapnyer begitulah...bersama kita berusaha mengembalikan kegemilangan penggunaan duit dari emas...sebab nilainye tidak mudah susut..
No comments:
Post a Comment