Ajaran sesat

Kali ni aku nak berkongsi sedkit tentang jaran sesat

Ajaran sesat yang aku maksudkan kali ini benar-benar berlaku di Malaysia dan tidak terkecuali ditempat aku bekerja, baru-baru adalah seorang hamba-Nya mengirimkan email kepada staf-staf muslim ditempat aku bekerja, dalam email itu disertakan satu artikel yang aku kira terpesong kenyataanya

antara initpati artikel tersebut:
Ya, sekarang pun kau dah tahu Muhammad kedua yang kau cuba bunuh 85 tahun yang lalu itu telah kembali ke bumi atas arahan Muhammad satu. Bersamanya Muhammad ketiga juga yang dia pun aku ghaibkan juga dihari kamu arahkan orang-orang kamu membunuhnya, yakni dihari dia berkata tangkaplah saya, tangkaplah saya, tangkaplah saya, kerana sayalah orangnya yang kamu cari-cari itu. Sayalah Putra Bani Tamim untuk Malaysia dan sayalah Satria Piningit untuk Indonesia.
Marahnya kamu dengan hero ku itu, kau pun kejarlah dia. Maka disaat kau begitu hampir untuk dapatkannya, keluarlah di television kamu semua bahawa Abuya sudah mati.


Astagfirullah...mana mungkin orang yang telah mati akan dihidupkan semula diatas muka bumi ini...golongan ini percaya bahawa abuya @ ketua kumpulan ini tidak mati..walhal dalam Al-Quran jelas dinyatakan "setiap jiwa pasti akan merasai kematian"..maka setiap yang hidup akan merasai mati. dan yang mati tidak akan dibangkitkan semula dia atas muka bumi ini, yang mati hanya akan dibangkitkan apabila tiba hari perhitungan di padang mahsyar kelak..

dahsyat sungguh penangan ajaran sesat ini, rosak akidah dibuatnya..ini baru satu kes ajaran sesat..kat malaysia ni memang ajaran sesat..Al-Qadiani, Hj Kahar, kumpulan Tal Tujuh, golongan anti-hadis, Al-Arqam dan sebagainya...

justeru itu, kita mestilah menguatkan akidah kita dari masa ke semasa, belajarlah ilmu-ilmu Islam dari guru-guru@ustaz-ustaz atau ustazah-ustazah yang bertauliah..berhati-hatilah ketika belajar agar tidak tersesat, ingatlah sesungguhnya syaitan akan sentiasa berusaha memesongkan akidah kita...

Ya Allah Yang Maha Kuasa , Robbana la tuziq qulubana ba'da izhadaitana (Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami ) Amin..

No comments:

Post a Comment