Bola dan ukhwah



Salam,

Hari Ahad malam aku berkesempatan menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Indonesia, Alhamdulillah Malaysia menang 3-0..sehari selepas itu, perang siber berlaku antara penyokong Malaysia dan Indonesia, penyokong Indonesia mengatakan Malaysia menang kerana bantuan laser yang dipancarkan dari kerusi penonton,media Indonesi juga mengatakan penjaga golnya gatal-gatal semasa latihan(kena 'manderem' katanya)
Penyokong Malaysia pula kata laser itu dipancarkan dari kerusi penyokong Indonesia sebagaimana yang pernah dilakukan oleh penyokong Indonesia di pusingan awal dulu(Malaysia tewas 1-5), Media malaysia juga kata kita tak perlu guna bantuan 'manderem' untuk mendapatkan johan, johan kerana memang johan..
perang siber terus berlaku baik di twitter, facebook dan laman2 yang lain..

Persoalannya, bukankah kedua-dua negara ini majoriti penduduknya beragama Islam, yang mana sepatutnya terkenal ukhwah yang hebat lagi mantap..UKHWAH ISLAMIYYAH yang dijana oleh nabi SAW dan para sahabat suatu ketika dahulu nampaknya tidak dapat diterapkan dalam jiwa muslim hari ni..Siapakah dalang disebalik perang siber ini??

"Sesungguhnya orang muslim itu bersaudara, maka damaikanlah diantara saudaramu"Al-Hujurat : 11

Jelas dan nyata ayat tersebut adalah perintah Allah SWT yang menyuruh kita berdamai atas nama agama ISLAM, maka kenapakah kita harus bertelagah @ berperang siber disebabkan hal kecil, BOLA??? wahai umat Islam, sedarlah kalian dari mimpi, sesungguhnya musuh-musuh Islam hari ini bertepuk tangan kerana perang siber berlaku dikalangan umat Islam, bahkan mereka hanya menunggu hari, andai terjadi peperangan antara 2 negara ini, siapa yang rugi?pastilah kita sendiri yang rugi, siapa yang untung?pastilah musuh-musuh Islam yang untung kerana mereka akan mengambil kesempatan diatas kelemahan kita ini..

apa yang sepatutnya kita lakukan??Mantapkan ukhwah Islamiyyah dikalangan kita sendiri,muhasabah diri dan bertindak rasional selaras dengan kehendak Al-Quran dan Sunnah, janganlah kita berbalah kerana bola, bukankah sukan itu memupuk semangat berkawan, bekerjasama dan pelbagai nilai positif yang lain, jadi jangan kita merosakkan nilai positif tersebut dengan berbalah sesama kita..

ingat!!!UKHWAH ISLAMIYYAH adalah kewajipan yang mesti kita jaga dan pertahankan..

Wassalam

No comments:

Post a Comment