Salam..

Mangajar pelajar-pelajar yang rata-ratanya berumur penghujung belasan tahun dan awal 20-an menjadikan mereka suka bertanya tentang CINTA...kadang-kadang perkara yang tidak boleh cuba dibolehkan oleh mereka yang sedng bercouple...

Jadi, aku cuba memberi pemahaman kepada mereka bahawa CINTA itu memang seronok dan yang lagi seronok apabila kita berCINTA dengan Allah SWT dan Rasul-Nya, Nabi Muhammad SAW..untuk bercinta dengan Allah SWT dan rasul-Nya kita hendaklah sentiasa berusaha dan berusaha..meng'islah'kan ibadat-ibadat khusus, mermunajat dan bermujahadah setiap hari(sekira mampu), memperbaiki akhlak-akhlak dalam diri dengan menerapkan sifat-sifat mahmudah dalam diri..

" Kiranya tiada cinta insani untukmu, cukuplah cinta Allah penyuluh hidupmu, kelak akan ada cinta untukmu dari insan yang mencintai Allah SWT sebagaimana cintamu terhadap Allah SWT"

-Untukmu Ilahi-
Sekali kaki melangkah
Dijalan Allah
Jangan berundur
Biar masa berganti
Aqidah jangan mati
Biar zaman berubah
Keyakinan pada Allah jangan goyah
Biar hina dimata manusia
Jangan hina disisi Allah

Buat pejuang agama
Moga iman perisai kemuliaanmu
Moga taqwa pemebnteng dirimu
Moga syahid menjadi milikmu
Agar Jannatun naim memanggil dirimu

-Abu Najah-


p/s : baru-baru ni ada soalan dari pelajar tentang kes seorang guru Al-Quran merogol anak muridnya sendiri..terkejut gak aku bila ditanya begitu, tapi aku mengatakan bahawa title 'Ustaz/Ustazah' bukanlah satu jaminan bahawa orang itu akan masuk syurga dan bukan pula 'orang awam' itu susah untuk masuk ke syurga, Sesungguhnya Allah tidak melihat pada zahir kamu tetapi melihat pada amalan dan hati-hati kamu...

Sekian..

No comments:

Post a Comment