Nikmat makan daging yang haram

Maksud firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat 49:12 :

"Wahai orang yang beriman!Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?(jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik padanya (Oleh sebab itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani"

Maksud firman Allah dalam surah Al-Humazah 104:1 :

"Celakalah bagi tiap-tiap pencaci, pengeji"


Umat Islam di Malaysia khususnya cukup marah andai ada makanan yang dijual di pasaraya yang mengandungi unsur-unsur babi sabagai ramuannya..contoh seperti jeli kulit babi dan sosej bersalutkan babi...Tapi dalam sedar atau tidak, kita sebenarnya dah makan makanan yang lagi teruk dari babi iaitu daging saudara kita sendiri..hal ini dinyatakan dalam Al-Quran yang memberi perumpamaan bahawa orang yang mengumpat @ ghibah seperti makan daging saudaranya sendiri..

Kita andaikan kita telah tersesat di dalam hutan bersama dengan seorang saudara kita, kita dah x makan selama beberapa hari dan perut pastinya lapar sangat2, ketika itu tiba2 lintaslah seekor babi hutan..maka kita dan saudara pun tangkap babi hutan tersebut dan makan sedikit kerana keadaan darurat yang dialami..dalam situasi ini kita lebih rela makan daging babi tersebut daripada makan daging saudara kita tu..kenapa tak kita bunuh je saudara tadi tu dan makan dagingnya..ini kerana kita tidak ada selera@merasa jijik untuk makan daging saudara kita dan kita lebih rela makan daging babi tersebut dari makan daging saudara kita itu..

Tapi, dalam kehidupan kita, orang agama mahupun orang awam seringkali makan daging saudara kita..bahkan penulis pernah jumpa beberapa orang ustaz dan ustazah yang suka mencari-cari kesalahan orang lain dan menceritakannya kepada orang lain..hampir setiap diulang-ulang perbuatan tersebut sehingga menjadi tabiatnya untuk mencari kesalahan orang dan menceritakannya pada yang lain..hinggakan tidak lagi rasa bersalah makan dading saudara kita itu bahakn terasa nikmat pula dengan perbuatan mengumpat yang dilakukan..

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menyoal sahabat pada suatu hari: "Tahukah kamu apa itu ghibah? Para sahabat menjawab : Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui. Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Ghibah adalah apbila engkau menceritakan tentang saudaramu sesuatu yang ia benci"

Dunia hari ini, teknik mengumpat tidak lagi hanya dari mulut ke mulut bahkan lebih hebat lagi, mengumpat atau ghibah kini boleh melalui tulisan, SMS, e-mel, online forum, facebook, sistem outlook dan banyak lagi..begitulah yang berlaku apabila teknologi salah digunakan..lebih mengundang dosa tanpa disedari..

Justeru itu, marilah kita sentiasa muhasabah diri kita, janganlah suka berburuk sangka, belajarlah untuk berbaik sangka setiap masa dan ketika..kata ayahanda saya "carilah yang positif dalam negatif, pasti ada hikmahnya"..tinggalkanlah perbuatan suka mengeji dan mengumpat kerana itu adalah sebahagian sifat mazmumah yang patut kita hindari..bukankah dengan menutup aib orang lain, Allah akan menutup aib kita di akhirat kelak..maka janganlah menceritakan keburukan orang lain, sebaliknya latihla diri supaya sentiasa menceritakan kebaikan orang dengan kawan-kawan kita..

p/s: tegurlah diri ini andai diri ini ada menceritakan keburukan orang,sama-sama kita bermuhasabah setiap masa...Allahua'lam..

No comments:

Post a Comment