Travel Log - Miri

Salam...
12/2/2010 - aku bertolak ke stesen bas dengan menaiki kereta iswara yang dipandu oleh kawanku. sampai di stesen bas aku melihat tiket bas..PB Express..aku mencari-cari bas,dah jumpa,aku pun terus naik, baru je duduk sat tiba2 datang seorang pemuda bagitau yg aku duduk ditempat dia, aku pun pelik sb tiket aku dah memang tulis PB Express, aku pun pegi ke kaunter minta penjelasan, lalu penjaga kaunter tu tulis no bas kat tiket aku.aku cari bas tu..Eh..nape bas Suria,bukan PB...em baru aku perasan bahawa penjaga kaunter tu dah tipu aku..sebenarnya bas suria ni bas buruk..sedih aku ditipu oleh syarikat VTC(jangan naik bas ni lagi bila anda berada di sarawak kerana anda juga mungkin akan jadi mangsa tipuan oleh syarikat VTC)..tapi oleh sebab keinginan berjumpa kawan-kawan di Miri aku pun naik je la bas ni, bas ni ada 4 seat satu line, klau bas PB ada 3 seat..tapi beter bas MTC sebab 3 seat tapi seat'nya' lebar dan luas+selesa...bermulalah kembara aku dari jam 8malam..meredah Sibu, Bintulu dan ke Miri...aku sampai di Miri lebih kurang jam 10pagi...kiranya perjalanan 14jam la..jalan memang agak teruk, terumbang-ambing dibuatnya..

13/2/2010
Azlan-aku dijemput oleh seorang kawan karibku yang bernama Azlan dengan sebuah kereta Myvy Oren pada jam 10.30pg..dalam kereta kami bertukar khabar menuju terus ke rumah beliau yang terletak tidak berapa jauh dari stesen bas, sebelum melangkah masuk ke rumah, aku disambut dengan senyuman mesra Firdaus Zaini(roommate aku di UIAM dulu)..kemudian berjumpa pula dengan Saudara Umar dan Saudara Salleh, karakter mereka memang baik dan cepat mesra dengan orang, bagus mereka ni..selepas berehat seketika kami ramai2 keluar pergi makan tengahari...aku order air kelapa bagi menghilangkan dahaga..terasa nikmat makan dan minum, Alhamdulillah..

Selepas tu kami pulang ke rumah sebab Salleh dan Umar nak kemas barang nak pulang ke semenanjung..aku pulak main catur ngan Azlan, dia ni memang pakar catur tapi taknak masuk pertandingan, sambil main sambil bertukar cerita, ceria ketika itu..kemudian, kami pergi menghantar Salleh dan Umar..Umar siap pesan lagi suruh aku guna bilik dia..baik hatinya..

sebelah petang, Husni DPLI datang ke rumah Azlan untuk membincangkan tentang teknik-teknik syarahan peringkat pelajar. Husni seorang yang peramah dan suka bercerita, aku suka mendengar cerita dia tentang pengalamannya bersama dengan pelajar sekolah, pelbagai cerita yang keluar dan dapat dijadikan pengajaran bila mendengarnya..
kemudian aku, azlan dan husni bermain catur pula..selepas itu kami keluar bagi mencari mengisi perut yang telah berbunyi..
lebih kurang k12 malam kami dijamu dengan percikan bunga api sempena tahun baru cina

14/2/2010 - Usai solat subuh, aku berehat-rehat seketika,kemudian sambung bermain catur dengan pakar catur miri..aku buat air milo untuk alas perut pagi sambil makan roti..lebih kurang jam 11 pagi kami pergi makan tharai sambil berjalan2 di boulevard Miri, pastu azlan bawa aku ke tepi pantai untuk menikmati keindahan alam, Subhanallah, cantiknya pantai dan lebih selesa bila angin pantai menyapu lembut ke muka..lama jugakla kami lepak disini..

selepas maghrib, kami menjemput saudara Hadlisham di stesesn bas, beliau datang dari Kapit,Syam merupakan roommate aku semenjak dari matrikulasi UIAM di Petaling Jaya hinggalah menamatkan UIAM(Mahallah Bilal dulu)kiranya memang dia kawan baik aku la..
Selepas tu,kami pergi makan..selepas makan kami bermain bowling untuk mengisi ruang kerana aku akan pulang tak lama lagi..Ditempat bowling aku berkesempatan berkenalan dengan 2 org Cikgu dari sekolah Azlan..walaupun letih tapi kami bermain dengan gembira pada malam itu..

sampai di rumah, syam tidur dibilik aku(bilik Umar sebenarnya), kami bertukar2 cerita kerana dah lama tak berjumpa,hampir setahun rasanya..banyak yang dikongsikan..sempat jugakla kami bergambar siang tadi..tak banyak perubahan pada syam ni, tapi gaya dia bercakap memang melambangkan dia seorang pendidik pada anak bangsa..

15/2/2010 - aku akan pulang hari ni ke Kuching dengan menaiki 'belon'..flight k8.40 pagi tapi lepas subuh sempat lagi aku bermain catur dengan Azlan..pastu kelam kabut siapkan diri dan menuju ke aipot..mujurnya aku dah cek-in on-line dan tgal amik tiket je, pastu aku ajak diorang minum air kat kdi makan depan aipot..sedih gak rasa nak tgalkan diorang tapi aku 'cover' baik,he3..

selepas bersalam-salaman dengan kwan2baik aku ni, aku pun menuju ke ruang berlepas ditingkat dua..terus melangkah ke perut 'belon'...menuju ke Kuching

Tamat travel log Miri aku.sekian

No comments:

Post a Comment