Cinta

"Isteriku, aku mencintaimu kerana agamamu,
Jika hilang agamamu, hilanglah cintaku padamu" (adaptasi dari kata2 Imam An-Nawawi)

Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya
Kita cinta kepada Allah
Nescaya CINTA Allah tiada penghujungnya

Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang
Mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
Kita cinta kepada Allah
Kita akan turut mencintai orang yang
Melabuhkan cintanya kepada Allah juga

(Sajak Aminah Qutb)

Dalam kehidupan ini, memang banyak dugaan dan cabaran cinta yang mesti dihadapi, bukan sekadar cintakan manusia tetapi cintakan harta dang pangkat,cintakan SKT..lebih parah lagi cintakan dunia(al-Wahan)...

Itulah yang perlu kita perbaiki, muhasabah diri sentiasa supaya dapat mengislahkan diri..tanya diri untuk apa kita bekerja?untuk dapat SKT yang tinggi atau untuk mendapat keredhaan Allah SWT...kalau betul untuk mendapat keredhaan Allah kenapa mesti malas dan semua kerja kita nak bagi pada orang..muhasabahlah diri...

Muda-mudi sekarang, banyak sangat yang bercinta sebelum kahwin, itulah masalahnya bila fikiran dah tertanam dengan pemikiran tak ape@tak jadi masalah bercinta sebelum berkahwin..hakikatnya Islam tidak mengajar begitu...kalau dah susah sangat, akadla nikah dulu, kenduri kemudian2 tak pe..yang penting bila dah akad nikah..nak keluar berdua pun dah tak jadi masalah(he3...)

Dulu Us. Mazlee pernah menulis satu artikel tentang cinta..menceritakan tentang pelajar2 UIAM yang banyak akad nikah dulu dan bila dah cukup duit baru buat majlis, ha macam tu kan bagus..ini bila fikir pasal kahwin mesti nak fikir pasal kenduri yang melibatkan jumlah yang besar...hm..masalah umat yang kena diper’islah’kan...nikah je dulu,kenduri kemudian2..

Valentine Day, satu lagi budaya barat yang telah berjaya meracuni pemikiran muda mudi sekarang...bukankah Nabi pernah berpesan bahawa Yahudi takkan senang dengan orang Islam sehinggalah orang Islam akan mengikut telunjuk mereka sedikit demi sedikit..itulah yang mesti kita perjuangkan...meng’islah’kan kembali pemikiran muda-mudi sekarang, perlu kepada tajdid..pembaharuan dalam mengakkan amar ma’ruf dan nahi munkar..jumhur ulama mengatakan bahawa haram menyambut Valentine Day..

Keputusan muzakarah JK Fatwa kebangsaan malaysia ada menyebut bahawa amaln merayakan Valentine ’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam...

Jelas dan nyata perayaan itu TIDAK BOLEH disambut oleh orang Islam keseluruhannya...jadi kita hendaklah kembali kepad Islam yang menganjurkan kepada CINTAKAN ALLAH DAN RASULNYA...

Hadis : ”Tidak sempurna iman seseorang melainkan aku lebih dicintai dari anak-anaknya, ibubapanya dan manusia keseluruhannya” jadi sebagai muslim, kita WAJIB cintakan ALLAH dan RASULNYA sebelum kita mencintai orang lain..

Akhir kata, sama2lah kita memupuk perasaan Cinta Ilahi, Cintakan Rasul-Nya, Cintakan Ilam, Cintakan uhkwah, cintakan ilmu....

No comments:

Post a Comment