Keajaiban dunia 2

Semalam aku berkesempatan bertanyakan soalan pada anak-anak didikku tentang apakah perkara yang kamu rasakan bahawa ianya layak donobatkan sebagai keajaiban dunia?sila tulis atas kertas dan serahkan pada saya..

Lalu seorang anak murid bertanya"Encik, tak semestinya nama tempatkan?" jawabku "Ya,kamu boleh tulis apa sahaja yang kamu rasa itu adalah ajaib bagi kamu"

Antara jawapan2 yang ana kira menarik untuk dikongsi bersama ialah..

Kebolehan unutk merasa dan mendengar
Keindahan alam semula jadi
Soal hati dan perasaan
Kejadian siang dan malam
Kejadian manusia dari tanah menjadi jasad, dari setitis air menjadi makhluk yang sempurna
Ajaibnya usia dunia sungguh tua dan masih kukuh
Bermuda triangle
Orang buta yang dapat melihat dengan mata hati
Malam lailatulqadar
Penemuan kalimah 'Allah' pada objek, barang dan makhluk
Masa
Terjadinya pasangan kembar yang seiras
Berfikir
Kejadian alam semulajadi yang pelbagai bentuk dan jenis
Pelangi
Batu terapung
Tornado
Jodoh
Masjid yang tidak rosak walaupun dilanda tsunami

Em..begitulah jawapan yang diterima dari anak didik, memang banyak lagi perkara2 yang boleh dinobatkan sebagai ajaib selain dari 7 tempat ajaib didunia...

Berfikirlah selagi mampu, berusahalah selagi berdaya..

No comments:

Post a Comment