iktibar kisah Khalid Al-Walid

Kepatuhan Khalid Al-Walid, panglima tentera terhebat sepanjang zaman.
Sebagaimana yang berlaku kepada Panglima Islam, Khalid al-Walid r,a, yang telah dilucutkan jawatannya oleh Khalifah Umar r,a, menjadi tentera biasa yang tiada berjawatan. Beliau tidak cepat melatah dengan tindakkan yang drastik itu, malah semangat beliau bertambah berkobar-kobar untuk terus berjuang.

Darah berlumuran..
Namun sehangat merahnya luka, semangat terus mmbara.. tiada padam walau air dingin menerpa..

''ALLAHHU AKBAR!!"

Pejuang2 suci terus mara merindui syurga..
menempuh peperangan yg tiada menzalimi sesiapa..

dari jauh, kelihatan seorang lelaki bergerak ke arah panglimanya..

"Labbaik ya rais, khalifah mgeluarkan arahan utk tuan meletak jawatan sbgai panglima serta merta!"
............... bening....... ianya terlalu drastik, tanpa alasan, titik noktah. jawatan agung seorang panglima telah dilucutkan.

"terima kasih ya akhi, kerana Allah n rasulnya aku berjuang!!"

dengan pecutan kuda, makhuk Allah yg dianugerahkan kekuatan n kelajuan.. mantan panglima yg baru digugurkan jawatn terus bergarak lebih maju mggempur segala tentera kekuatan di hadapan...

Subhanallah.. mantapnya.. kan?

ermm... seandainya skrang la kan.. tgh syok dilantik jadi ketua kelas.. tiba2 kena letak jawatan tibaa2 kan..
"kenapa saya kena letak jawatan?!!" hehe.. x gitu? astaghfirullah...

jap2, kenapa ya khalid al-walid.. panglima tentera yg mantap dgn kepimpinannya diletakkan jawatan? hurmm...

sebenarnya khalifah x nak kaum muslimin secara x sngaja beraqidah bahawa kemenangan2 yg dimiliki sebelum ni adalah disebabkan kerana khalid al-walid..

:') segalanya kerana Allah... Kerana kita berjuang bukan kerana hendak mencari nama atau jawatan atau kekayaan tetapi semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t.............. Selamat berjuang dalam menghadapi musuh yang nyata dan dalam selimut.
Kata seorang sahabat ana, seorang pejuang tidak dijanjikan hamparan merah sebagai jalannya tapi sentiasa dipenuhi dengan onak dan duri, halangan dan rintangan, maka beruntunglah buat pejuang – pejuang yang telah berjaya melaluinya

Ralat Proses Hari Akhirat

Teks Al-Quran yang disertakan bersama tidak dapat dibaca, tapi boleh rujuk pada terjemahannya

Proses Hari Akhirat

Salam..

Sepertimana yang di iamani dan di yakini bahawa sesungguhnya Hari akhirat itu pasti akan berlaku, apa pun jua nama yang diberikan seperti Yaumul Hisab, Hari Kiamat, End of Days, Hari Kebangkitan, Hari Penentuan dan sebagainya, ianya tetap akan berlaku sebagaimana yang dijanjikan Allah Taala.

Jadi dikesempatan ini, penulis ingin berkongsi sedikit pengetahuan tentang proses hari akhirat, moga dapat dijadikan iktibar bersama

1. Tahap kehancuran segala makhluk yang ada di muka bumi. Dalam proses kehancuran ini akan terjadilah gempa bumi, di mana gunung-gunung menjadi debu berterbangan, air laut mendidih meluap-luap, bintang-bintang berguguran, langit bergulungan, sedang manusia semua mabuk dan pitam. Kemudian musnahlah segala makhluk sama ada yang bernyawa mahupun tidak, hanya Allah tetap kekal.
Firman Allah SWT :




Maksudnya:
“Semua yang ada di alam ini binasa. Hanya Zat Tuhan yang memiliki kebesaran dan kemuliaan tetap kekal.”
(Ar-Rahman: 26-27)

2. Hari kebangkitan di mana manusia akan dibangkitkan dari kubur dan dikumpulkan di padang Mahsyar.

[37.16] Apakah apabila kami telah mati dan telah menjadi tanah serta menjadi tulang belulang, apakah benar-benar kami akan dibangkitkan (kembali)?

[37.17] Dan apakah bapa-bapa kami yang telah terdahulu (akan dibangkitkan pula)"?

[37.18] Katakanlah: "Ya, dan kamu akan terhina".

[37.19] Maka sesungguhnya kebangkitan itu hanya dengan satu teriakan saja; maka tiba-tiba mereka melihatnya.

[37.20] Dan mereka berkata: "Aduhai celakalah kita!" Inilah hari pembalasan.

[37.21] Inilah hari keputusan yang kamu selalu mendustakannya.

3. Diperlihatkan seluruh amal perbuatan di dunia dahulu. Tidak ada yang tersembunyi sama ada yang jahat mahupun yang baik, sekalipun sebesar zarah (atom).

Firman Allah SWT :






Maksudnya:
“Pada hari itu, manusia keluar dari kuburnya dalam bermacam-macam keadaan, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barang siapa yang mengerjakan seberat timbangan zarah kebaikan, tentu akan dilihatnya. Dan barang siapa yang mengerjakan seberat timbangan zarah kejahatan nescaya akan dilihatnya pula.”
(Al-Zalzalah: 6-8)

4. Hari menghisab di depan mahkamah keadilan Allah, di mana manusia akan memperolehi keputusan yang paling adil tanpa ada penganiyaan.

Dan jika Kami perlihatkan kepadamu sebahagian (siksa) yang Kami ancamkan kepada mereka atau Kami wafatkan kamu (hal itu tidak penting bagimu) karena sesungguhnya tugasmu hanya menyampaikan saja, sedang Kami-lah yang menghisab amalan mereka. (13:40)

5. Hari keputusan di mana manusia akan menerima ganjaran yang setimpal dengan amalannya. Di sini saat yang dijanjikan akan dipenuhi sebagai tujuan penciptaan manusia. Mereka yang banyak amal kebajikan akan ditempatkan di syurga dan yang banyak amalan kejahatan akan ditempatkan di neraka yang penuh azab sengsara.

[10.26] Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (surga) dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni surga, mereka kekal di dalamnya.

[10.27] Dan orang-orang yang mengerjakan kejahatan (mendapat) balasan yang setimpal dan mereka ditutupi kehinaan. Tidak ada bagi mereka seorang pelindung pun dari (azab) Allah, seakan-akan muka mereka ditutupi dengan kepingan-kepingan malam yang gelap gulita. Mereka itulah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.

Travel Log - Miri

Salam...
12/2/2010 - aku bertolak ke stesen bas dengan menaiki kereta iswara yang dipandu oleh kawanku. sampai di stesen bas aku melihat tiket bas..PB Express..aku mencari-cari bas,dah jumpa,aku pun terus naik, baru je duduk sat tiba2 datang seorang pemuda bagitau yg aku duduk ditempat dia, aku pun pelik sb tiket aku dah memang tulis PB Express, aku pun pegi ke kaunter minta penjelasan, lalu penjaga kaunter tu tulis no bas kat tiket aku.aku cari bas tu..Eh..nape bas Suria,bukan PB...em baru aku perasan bahawa penjaga kaunter tu dah tipu aku..sebenarnya bas suria ni bas buruk..sedih aku ditipu oleh syarikat VTC(jangan naik bas ni lagi bila anda berada di sarawak kerana anda juga mungkin akan jadi mangsa tipuan oleh syarikat VTC)..tapi oleh sebab keinginan berjumpa kawan-kawan di Miri aku pun naik je la bas ni, bas ni ada 4 seat satu line, klau bas PB ada 3 seat..tapi beter bas MTC sebab 3 seat tapi seat'nya' lebar dan luas+selesa...bermulalah kembara aku dari jam 8malam..meredah Sibu, Bintulu dan ke Miri...aku sampai di Miri lebih kurang jam 10pagi...kiranya perjalanan 14jam la..jalan memang agak teruk, terumbang-ambing dibuatnya..

13/2/2010
Azlan-aku dijemput oleh seorang kawan karibku yang bernama Azlan dengan sebuah kereta Myvy Oren pada jam 10.30pg..dalam kereta kami bertukar khabar menuju terus ke rumah beliau yang terletak tidak berapa jauh dari stesen bas, sebelum melangkah masuk ke rumah, aku disambut dengan senyuman mesra Firdaus Zaini(roommate aku di UIAM dulu)..kemudian berjumpa pula dengan Saudara Umar dan Saudara Salleh, karakter mereka memang baik dan cepat mesra dengan orang, bagus mereka ni..selepas berehat seketika kami ramai2 keluar pergi makan tengahari...aku order air kelapa bagi menghilangkan dahaga..terasa nikmat makan dan minum, Alhamdulillah..

Selepas tu kami pulang ke rumah sebab Salleh dan Umar nak kemas barang nak pulang ke semenanjung..aku pulak main catur ngan Azlan, dia ni memang pakar catur tapi taknak masuk pertandingan, sambil main sambil bertukar cerita, ceria ketika itu..kemudian, kami pergi menghantar Salleh dan Umar..Umar siap pesan lagi suruh aku guna bilik dia..baik hatinya..

sebelah petang, Husni DPLI datang ke rumah Azlan untuk membincangkan tentang teknik-teknik syarahan peringkat pelajar. Husni seorang yang peramah dan suka bercerita, aku suka mendengar cerita dia tentang pengalamannya bersama dengan pelajar sekolah, pelbagai cerita yang keluar dan dapat dijadikan pengajaran bila mendengarnya..
kemudian aku, azlan dan husni bermain catur pula..selepas itu kami keluar bagi mencari mengisi perut yang telah berbunyi..
lebih kurang k12 malam kami dijamu dengan percikan bunga api sempena tahun baru cina

14/2/2010 - Usai solat subuh, aku berehat-rehat seketika,kemudian sambung bermain catur dengan pakar catur miri..aku buat air milo untuk alas perut pagi sambil makan roti..lebih kurang jam 11 pagi kami pergi makan tharai sambil berjalan2 di boulevard Miri, pastu azlan bawa aku ke tepi pantai untuk menikmati keindahan alam, Subhanallah, cantiknya pantai dan lebih selesa bila angin pantai menyapu lembut ke muka..lama jugakla kami lepak disini..

selepas maghrib, kami menjemput saudara Hadlisham di stesesn bas, beliau datang dari Kapit,Syam merupakan roommate aku semenjak dari matrikulasi UIAM di Petaling Jaya hinggalah menamatkan UIAM(Mahallah Bilal dulu)kiranya memang dia kawan baik aku la..
Selepas tu,kami pergi makan..selepas makan kami bermain bowling untuk mengisi ruang kerana aku akan pulang tak lama lagi..Ditempat bowling aku berkesempatan berkenalan dengan 2 org Cikgu dari sekolah Azlan..walaupun letih tapi kami bermain dengan gembira pada malam itu..

sampai di rumah, syam tidur dibilik aku(bilik Umar sebenarnya), kami bertukar2 cerita kerana dah lama tak berjumpa,hampir setahun rasanya..banyak yang dikongsikan..sempat jugakla kami bergambar siang tadi..tak banyak perubahan pada syam ni, tapi gaya dia bercakap memang melambangkan dia seorang pendidik pada anak bangsa..

15/2/2010 - aku akan pulang hari ni ke Kuching dengan menaiki 'belon'..flight k8.40 pagi tapi lepas subuh sempat lagi aku bermain catur dengan Azlan..pastu kelam kabut siapkan diri dan menuju ke aipot..mujurnya aku dah cek-in on-line dan tgal amik tiket je, pastu aku ajak diorang minum air kat kdi makan depan aipot..sedih gak rasa nak tgalkan diorang tapi aku 'cover' baik,he3..

selepas bersalam-salaman dengan kwan2baik aku ni, aku pun menuju ke ruang berlepas ditingkat dua..terus melangkah ke perut 'belon'...menuju ke Kuching

Tamat travel log Miri aku.sekian

Keajaiban dunia 2

Semalam aku berkesempatan bertanyakan soalan pada anak-anak didikku tentang apakah perkara yang kamu rasakan bahawa ianya layak donobatkan sebagai keajaiban dunia?sila tulis atas kertas dan serahkan pada saya..

Lalu seorang anak murid bertanya"Encik, tak semestinya nama tempatkan?" jawabku "Ya,kamu boleh tulis apa sahaja yang kamu rasa itu adalah ajaib bagi kamu"

Antara jawapan2 yang ana kira menarik untuk dikongsi bersama ialah..

Kebolehan unutk merasa dan mendengar
Keindahan alam semula jadi
Soal hati dan perasaan
Kejadian siang dan malam
Kejadian manusia dari tanah menjadi jasad, dari setitis air menjadi makhluk yang sempurna
Ajaibnya usia dunia sungguh tua dan masih kukuh
Bermuda triangle
Orang buta yang dapat melihat dengan mata hati
Malam lailatulqadar
Penemuan kalimah 'Allah' pada objek, barang dan makhluk
Masa
Terjadinya pasangan kembar yang seiras
Berfikir
Kejadian alam semulajadi yang pelbagai bentuk dan jenis
Pelangi
Batu terapung
Tornado
Jodoh
Masjid yang tidak rosak walaupun dilanda tsunami

Em..begitulah jawapan yang diterima dari anak didik, memang banyak lagi perkara2 yang boleh dinobatkan sebagai ajaib selain dari 7 tempat ajaib didunia...

Berfikirlah selagi mampu, berusahalah selagi berdaya..

Keajaiban dunia 1

Apakah perkara yang anda rasa ianya layak dinobatkan sebagai keajaiban dunia???


Cinta

"Isteriku, aku mencintaimu kerana agamamu,
Jika hilang agamamu, hilanglah cintaku padamu" (adaptasi dari kata2 Imam An-Nawawi)

Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya
Kita cinta kepada Allah
Nescaya CINTA Allah tiada penghujungnya

Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang
Mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
Kita cinta kepada Allah
Kita akan turut mencintai orang yang
Melabuhkan cintanya kepada Allah juga

(Sajak Aminah Qutb)

Dalam kehidupan ini, memang banyak dugaan dan cabaran cinta yang mesti dihadapi, bukan sekadar cintakan manusia tetapi cintakan harta dang pangkat,cintakan SKT..lebih parah lagi cintakan dunia(al-Wahan)...

Itulah yang perlu kita perbaiki, muhasabah diri sentiasa supaya dapat mengislahkan diri..tanya diri untuk apa kita bekerja?untuk dapat SKT yang tinggi atau untuk mendapat keredhaan Allah SWT...kalau betul untuk mendapat keredhaan Allah kenapa mesti malas dan semua kerja kita nak bagi pada orang..muhasabahlah diri...

Muda-mudi sekarang, banyak sangat yang bercinta sebelum kahwin, itulah masalahnya bila fikiran dah tertanam dengan pemikiran tak ape@tak jadi masalah bercinta sebelum berkahwin..hakikatnya Islam tidak mengajar begitu...kalau dah susah sangat, akadla nikah dulu, kenduri kemudian2 tak pe..yang penting bila dah akad nikah..nak keluar berdua pun dah tak jadi masalah(he3...)

Dulu Us. Mazlee pernah menulis satu artikel tentang cinta..menceritakan tentang pelajar2 UIAM yang banyak akad nikah dulu dan bila dah cukup duit baru buat majlis, ha macam tu kan bagus..ini bila fikir pasal kahwin mesti nak fikir pasal kenduri yang melibatkan jumlah yang besar...hm..masalah umat yang kena diper’islah’kan...nikah je dulu,kenduri kemudian2..

Valentine Day, satu lagi budaya barat yang telah berjaya meracuni pemikiran muda mudi sekarang...bukankah Nabi pernah berpesan bahawa Yahudi takkan senang dengan orang Islam sehinggalah orang Islam akan mengikut telunjuk mereka sedikit demi sedikit..itulah yang mesti kita perjuangkan...meng’islah’kan kembali pemikiran muda-mudi sekarang, perlu kepada tajdid..pembaharuan dalam mengakkan amar ma’ruf dan nahi munkar..jumhur ulama mengatakan bahawa haram menyambut Valentine Day..

Keputusan muzakarah JK Fatwa kebangsaan malaysia ada menyebut bahawa amaln merayakan Valentine ’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam...

Jelas dan nyata perayaan itu TIDAK BOLEH disambut oleh orang Islam keseluruhannya...jadi kita hendaklah kembali kepad Islam yang menganjurkan kepada CINTAKAN ALLAH DAN RASULNYA...

Hadis : ”Tidak sempurna iman seseorang melainkan aku lebih dicintai dari anak-anaknya, ibubapanya dan manusia keseluruhannya” jadi sebagai muslim, kita WAJIB cintakan ALLAH dan RASULNYA sebelum kita mencintai orang lain..

Akhir kata, sama2lah kita memupuk perasaan Cinta Ilahi, Cintakan Rasul-Nya, Cintakan Ilam, Cintakan uhkwah, cintakan ilmu....

Tak Nak

Kadang-kadang kita kena belajar untuk katakan tak nak pada perkara yang kita tak mampu untuk memikulnya....

Perjuangan akan berjaya jika disertakan dengan usaha yang bersungguh-sungguh..

Ukhwah fillah lestari selamanya,jika ada kesempatan insyAllah diri ini akan ke Miri...

Man jadda wajada wa man zor'a hasada...Usaha tangga kejayaan...

Jangan kita melatakkan diri sebagai punca orang membenci kita sebaliknya berusahalah bersungguh-sungguh

Marah


Salam..
Marah ni satu sifat yg ridak elok zahirnya..ianya ibarat melahirkan rasa tidak puas hati kepada seseorang berpunca dari suatu sebab dengan cara yang kurang berhikmah..sebab itu Rasulullah SAW pernah bersabda : Jangan kamu marah!! diulang 3 kali...menunjukkan bahawa sifat marah ini satu sifat yang tidak elok..sekiranya kita menghadapi maslah,mengadulah pada Allah kerana Dia Maha Mendengar..

dan ingatlah bahawa seseungguhnya Allah tidak akan membebankan dengan apa yang tidak kita berdaya melakukannya..La yukallifullahu nafsan illa wus'aha..jadi yakinlah dalam diri bahawa kita adalah insan hebat yang berdaya melakukan sesuatu perkara biarpun tanpa pertolongan dari manusia kerana apa yang didambakan hanyalah pertolongan dari-NYA...