Mana ada 50% halal?



Dari Abu Abdullah bin Nu’man bin Basyir ra katanya: Aku mendengar Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya yang halal itu nyata(jelas) dan yang haram itu nyata(jelas)..” Hadis riwayat Bukhari dan muslim

1)Hukum makan babi adalah haram.Seperti yang diketahui bahawa ajaran Islam mengharamkan umatnya memakan babi kerana babi dikira sebagai najis. Demi memelihara kesucian diri dan agama, maka Islam mengharamkan umatnya memakan najis agar diri tidak tercemar...lagipun banyak penyakit-penyakit yang berbahaya yang berpunca dari babi seperti H1n1 dan JE..

2) setiap yang bercampur dengan babi haram dimakan.Bahkan dijelaskan lagi bahawa apa-apa yang bercampur dengan babi maka hukumnya haram dimakan, jadi tidak perlulah dinyatakan 50% halal kerana ini merupakan satu fitnah yang nyata kepada Islam..Sebagai contoh, jika seorang makcik memasak sup ayam dan dicampurkan sedikit bahan yang berunsurkan babi maka sup tadi telah jadi haram dimakan, walaupun bahan yang dimasukkan itu sesudu atau lebih sedikit lagi, sup itu telah menjadi haram secara keseluruhan...Adakah tulisan 50%halal nak memberitahu bahawa kita boleh makan separuh dan tinggalkan separuh? Saya ulang kembali setiap yang bercampur dengan babi haram dimakan, jadi tak kira berapa peratus yang dicampur hukumnya tetap haram.

3)Cubaan mengelirukan umat Islam. Dewasa ini, banyak perkara-perkaran yang jelas dan nyata haram tetapi cuba dikaburkan oleh sesetengah pihak..Apa sudah terjadi??? justeru itu, kita sebagai umat Islam hendaklah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar..pastikan setiap makanan yang masuk kedalam mulut kita bersumberkan dari yang halal sepenuhnya, agar diri kita terpelihara...al'aqlu salim min jismi salim (akal yang sihat berpunca dari badan yang sihat) maka jagalah diri agar sentiasa sihat(dari segala yang haram)

No comments:

Post a Comment