Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Firman Allah SWT yang bermaksud: " Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baij kejadian " (At-Tin :4). Maka dijadikan manusia itu pelbagai bangsa, rupa dan warna. Ada yang berambut kerinting, ada pula yang berambut lurus. Ada yang kulitnya cerah, sawo matang dan gelap. Ada yang dikurniakan hidung yang mancung dan ada sebaliknya. Namun sebagai manusia layakkah kita mengkritik kejadian manusia ini??
Hakikatnya TIDAK tapi realiti masyarakat, itulah yang berlaku. Terdapat sebahagian dari kita yang dengki dengan kelebihan pada oran lain. Mka dicacinya insan tersebut dan diberi gelaran yang tidak wajar. Antaranya menggelarkan orang yang berhidung mancung seperti 'buaya mancung' kerana kejadian buaya memiliki mulut yang panjang. Sepatutnya kita mensyukuri dengan apa yang kita ada. Jangan kita menghina kejadian seseorang. Jangan kita dengan kelebihan rupa yang ada pada mereka.
Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki. Bukankah Allah SWT telah berfriman yang bermaksud : "Sekiranya kamu bersyukur pada-Ku pasti Aku akan tambahkan nikmat-Ku kepada kamu, dan sekiranya kamu mengkufuri nikmat-Ku, sesungguhnya azab-Ku sangatlah pedih" . Akhir kata, renung-renungkanlah setiap ciptaan Allah SWT, mudah-mudahan hati akan lebih syahdu. Tiap satu yang terjadi, tidak mungkin tersendiri, cuba cari jawapannya andai meragui
p/s : InsyAllah esok diri ini akan pulang menemui ayahbonda, moga dapat jumpa rakan-rakan seperjuangan juga..
No comments:
Post a Comment