Alhamdulillah, pagi tadi aku berkesempatan pegi uiam walaupun badan tak berapa nak sihat, aku g bilil us nazrul affendi, kat situ aku jumpa ustaz alan, pas borak2 kami pegi makn kat kafe ali, tak lama kemudian syah pulak datang ngan adik dia..seronok aku dapat jumpa diorang, kalau leh nak duk lama2 kat bilik apen tapi masa terhad, bila alan nak balik, aku minta dia hantar aku ke tangga besar, aku nak g booth comrade..
sampai je kat booth aku nampak adik-adik junior, ada yg aku kenal cam irah n farah, yang board baru memang xkenal tapi akan kenal pasni insyAllah...
seronok sangat aku dapat jumpa diorang sume, hepi sesangat, menjadikn aku mengimbau kenangan belajar di sini..kenapa aku suka sgt jumpa diorang? sebab diorang member yang sporting dan tak suka cakap belakang, bila ada maslah kami akan bertemu muka dan bincang sampai masalah tu selesai..teringat kata-kata abg zul, klau ada masalah jangan mengata orang dari belakang, itu akan menambah dosa, jadi bertemu muka dan selesaikan masalah tersebut...
2malam lepas, mok ana arrange dinner tuk kami, so dlm kul 8 lebih, muncullah sebuah kancil yang dah lama aku tak nampak dihadapan umahku, dalam kancil tersebut ada mok ana, bro zul yg dah dapat lesen(tahniah) dan amajad yg tido ngan lena..maka bertolaklah kami menuju ke uia nak amik ja'a n tikah(member gaduh aku,he3), then akmi pun g lah tempat yang di tuju, samapai sana cuku n hairul dh sampai, then iqbal lak tiba, so malam tu kami makan la sampai kenyng. thanks to cuki sb sponsor mlm tu, pasni suruh irah lak sponsor, he3...
tahun depan tikah dah nak kawin, hu3 dah kurang sorang member gaduh sengal aku, tapi malam tu aku xdapat nak gaduh sengal dengan tikah sb tahun depan dia nak dimiliki oleh orang, so xnak kcau lebih2, hu3tahu depan gak cuki cam nak kawin, tapi harap2nyer dia masih leh handle pengembaraan kami orang ke sana sini especialy kembara raya..iqbal, jgn tgu lama2, ada yg menanti tu(irah cakap kat aku la)...
sharul..hang bila lg nak kawin, melibas dah la kuat, hasil xkan xdapat2, he3...
he3..seronok gak ada blog ni, kadang2 leh merepek yang bukan2, pasni mungkin aku akan cari gaduh sengal ngan kak engku lak, wahaha...kak engku, wait and see aaaaaa....
( Aku tinggalkan kamu 2 perkara, apabila kamu berpegang kepada kedua-duanya pasti kamu tak akan sesat selama-lamanya, Al-Quran dan Sunnah Rasulullah : Bukhari wa Muslim)
Ciptaan Allah SWT
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Firman Allah SWT yang bermaksud: " Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baij kejadian " (At-Tin :4). Maka dijadikan manusia itu pelbagai bangsa, rupa dan warna. Ada yang berambut kerinting, ada pula yang berambut lurus. Ada yang kulitnya cerah, sawo matang dan gelap. Ada yang dikurniakan hidung yang mancung dan ada sebaliknya. Namun sebagai manusia layakkah kita mengkritik kejadian manusia ini??
Hakikatnya TIDAK tapi realiti masyarakat, itulah yang berlaku. Terdapat sebahagian dari kita yang dengki dengan kelebihan pada oran lain. Mka dicacinya insan tersebut dan diberi gelaran yang tidak wajar. Antaranya menggelarkan orang yang berhidung mancung seperti 'buaya mancung' kerana kejadian buaya memiliki mulut yang panjang. Sepatutnya kita mensyukuri dengan apa yang kita ada. Jangan kita menghina kejadian seseorang. Jangan kita dengan kelebihan rupa yang ada pada mereka.
Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki. Bukankah Allah SWT telah berfriman yang bermaksud : "Sekiranya kamu bersyukur pada-Ku pasti Aku akan tambahkan nikmat-Ku kepada kamu, dan sekiranya kamu mengkufuri nikmat-Ku, sesungguhnya azab-Ku sangatlah pedih" . Akhir kata, renung-renungkanlah setiap ciptaan Allah SWT, mudah-mudahan hati akan lebih syahdu. Tiap satu yang terjadi, tidak mungkin tersendiri, cuba cari jawapannya andai meragui
p/s : InsyAllah esok diri ini akan pulang menemui ayahbonda, moga dapat jumpa rakan-rakan seperjuangan juga..

Mana ada 50% halal?
Dari Abu Abdullah bin Nu’man bin Basyir ra katanya: Aku mendengar Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya yang halal itu nyata(jelas) dan yang haram itu nyata(jelas)..” Hadis riwayat Bukhari dan muslim
1)Hukum makan babi adalah haram.Seperti yang diketahui bahawa ajaran Islam mengharamkan umatnya memakan babi kerana babi dikira sebagai najis. Demi memelihara kesucian diri dan agama, maka Islam mengharamkan umatnya memakan najis agar diri tidak tercemar...lagipun banyak penyakit-penyakit yang berbahaya yang berpunca dari babi seperti H1n1 dan JE..
2) setiap yang bercampur dengan babi haram dimakan.Bahkan dijelaskan lagi bahawa apa-apa yang bercampur dengan babi maka hukumnya haram dimakan, jadi tidak perlulah dinyatakan 50% halal kerana ini merupakan satu fitnah yang nyata kepada Islam..Sebagai contoh, jika seorang makcik memasak sup ayam dan dicampurkan sedikit bahan yang berunsurkan babi maka sup tadi telah jadi haram dimakan, walaupun bahan yang dimasukkan itu sesudu atau lebih sedikit lagi, sup itu telah menjadi haram secara keseluruhan...Adakah tulisan 50%halal nak memberitahu bahawa kita boleh makan separuh dan tinggalkan separuh? Saya ulang kembali setiap yang bercampur dengan babi haram dimakan, jadi tak kira berapa peratus yang dicampur hukumnya tetap haram.
3)Cubaan mengelirukan umat Islam. Dewasa ini, banyak perkara-perkaran yang jelas dan nyata haram tetapi cuba dikaburkan oleh sesetengah pihak..Apa sudah terjadi??? justeru itu, kita sebagai umat Islam hendaklah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar..pastikan setiap makanan yang masuk kedalam mulut kita bersumberkan dari yang halal sepenuhnya, agar diri kita terpelihara...al'aqlu salim min jismi salim (akal yang sihat berpunca dari badan yang sihat) maka jagalah diri agar sentiasa sihat(dari segala yang haram)
Khutbah Jumaat pada 11/12/2009
HIJRAH MELAKAR INSAN TERBILANG
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالْهُدَى وَدِيْنِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُوْنَ.
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَاِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN
Saya menyeru dan berpesan kepada diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekelian, agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga kita berjaya di dunia dan di akhirat.
MUSLIMIN YANG DIKASIHI SEKALIAN
Seminggu lagi, umat Islam di dunia ini akan menyambut awal tahun baru 1430H. Oleh itu, marilah kita sama-sama merenung Firman Allah dalam surah an-Nisa' ayat 100:
Yang bermaksud: “Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah nescaya mereka mendapati di bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian kematian menimpanya sebelum tiba ke tempat yang di tuju maka telah tetap pahala di sisi Allah dan adalah Allah SWT Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang”.
Sedar ataupun tidak, kita sekarang ini berada di penghujung bulan Zulhijah bagi menyambut tahun baru 1430H. Pelbagai usaha dan cara dilakukan oleh umat Islam dalam menyambut kedatangan tahun baru Hijrah, di antaranya ialah dengan meningkatkan lagi kesedaran dan penghayatan umat Islam terhadap taqwim Hijrah yang sangat tinggi nilainya. Sudah sekian lama, umat Islam lebih terbiasa dengan kalendar Masihi dalam kehidupan seharian. Tanyalah diri kita masing-masing tentang sejauh manakah penggunaan taqwim Hijrah untuk mengatur urusan hidup kita seharian? bagaimanakah mungkin kita dapat menentukan waktu solat, puasa Ramadan, hari raya dan beberapa lagi hari penting dalam Islam tanpa kita merujuk kepada taqwim Hijrah?. Menjadi tanggungjawab kita semua sebagai umat Islam, memartabatkan penggunaan taqwim Hijrah, agar identiti umat Islam lebih terserlah.
Sambutan tahun baru Hijrah juga bertujuan mengajak umat Islam agar menghayati konsep Hijrah yang pernah dilalui oleh Nabi Muhammad SAW. Sekiranya pada awal bulan Zulhijjah yang lalu, kita didedahkan tentang pengorbanan suci yang pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan anak kesayangannya Nabi Ismail AS serta beberapa pengorbanan yang lain, maka pada bulan Muharram pula, kita perlu memfokuskan peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawwarah sehingga berjaya mendirikan Negara Islam. Perintah Hijrah ini bukan sahaja dilalui oleh Nabi Muhammad SAW, tetapi turut dilalui oleh beberapa nabi-nabi dan rasul-rasul sebelum ini. Sesungguhnya Hijrah adalah suatu kewajipan yang mesti ditempohi sebelum datangnya pertolongan dan kejayaan yang lebih besar daripada Allah SWT. Jelas sekali hubungan rapat antara korban dan Hijrah tidak dapat dipisahkan sama sekali. Hanya orang yang sanggup berkorban kerana Allah SWT dan Rasul-Nya sahajalah yang mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat serta diberi pertolongan oleh Allah SWT.
SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA
Hijrah menuntut kepada pengorbanan yang besar, demi melaksanakan segala perintah Allah SWT kerana makna Hijrah itu sendiri ialah suatu pengorbanan untuk membawa perubahan. Tiada perubahan ke arah yang lebih baik dan cemerlang yang tidak memerlukan pengorbanan. Perubahan adalah tuntutan hidup daripada sesuatu yang buruk kepada yang baik, dan daripada yang baik kepada yang lebih baik, daripada sifat Mazmumah kepada sifat Mahmudah. Oleh itu, mengingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW bukan sekadar menyebut dan mengingati peristiwa bersejarah itu sahaja, tetapi yang lebih penting ialah menghidupkan “Budaya Hijrah” dalam kehidupan kita seharian, sebagaimana yang disarankan melalui sebuah hadis Nabi Muhammad SAW:
"عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: "الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ، وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ."
(Hadis riwayat al-Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i)
Yang bermaksud: “Seorang Muslim itu ialah orang yang menyelamatkan saudara Muslim yang lain daripada (kejahatan) lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah.”
SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA
Antara pengajaran penting yang dapat kita ambil daripada Hijrah Rasulullah SAW ialah:
1. Hijrah adalah persaudaraan. Semangat ukhuwwah Islamiah yang ditanam dalam diri umat Islam daripada peristiwa Hijrah tersebut sehingga perpecahan dan perbalahan sesama sendiri antara penduduk asal Madinah (Aus) dan (Khazraj) dapat diselesaikan. Begitu juga berlakunya persaudaraan yang luar biasa antara golongan Ansar dan Muhajirin dapat disatukan atas dasar Islam, seperti Sa'ad bin Rabi’ dengan Abdul Rahman bin Auf.
2. Hijrah itu ialah kejayaan. Hijrah itu membentuk suatu pegangan yang kuat, segala masalah dapat diselesaikan berpaksikan akidah Islamiah. Kita dapat saksikan melalui catatan sejarah di mana bangsa Arab Madinah yang terdiri daripada Aus dan Khazraj bersengketa sesama sendiri. Golongan Yahudi yang merupakan penduduk minoriti Madinah pada masa itu, dapat hidup senang dan menguasai ekonomi Madinah. Yahudi mengambil kesempatan atas perbalahan itu di mana satu golongan Yahudi memberi bantuan kepada Aus dan satu golongan yang lain memberi bantuan kepada Khazraj. Yahudi telah menjual senjata kepada golongan yang berbalah ini yang menyebabkan mereka dapat mengaut keuntungan di atas perpecahan orang lain. Oleh itu, menjadi satu yang tidak pelik, apabila Zionis Yahudi pada hari ini menggunakan kuasa besar terutama Amerika dalam menjajah bumi umat Islam di mana musuh Islam ini tidak berjaya melakukan penjajahan baru melainkan dengan mewujudkan perpecahan di kalangan umat Islam dengan meniupkan kembali semangat (‘Asabiah). Bumi Afghanistan diranapkan selepas umat Islam berpecah dari dalam dan luar negara. Begitu juga Iraq dimusnahkan, setelah hancurnya kesatuan umat Islam. Malah hukuman gantung terhadap Saddam Hussein bekas Presiden Iraq merupakan antara usaha dalam menambahkan lagi permusuhan antara umat Islam yang sedia bertelagah sesama sendiri. Musuh Islam bersorak riang atas perpecahan umat Islam, menjajah setelah kita berpecah, mengaut keuntungan atas perbalahan sesama sendiri yang tidak berkesudahan.
SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI SEKALIAN
Jika Rasulullah SAW berjaya membuang semangat ‘asabiah dan menangani masalah perpecahan sesama sendiri dengan menjadikan Islam sebagai asas perpaduan, maka umat Islam hari ini pun wajib kembali kepada ajaran Islam yang sebenar agar kesatuan kita semakin rapat dan kuat sehingga musuh tidak lagi berani memperkotakkatikkan kita sesuka hati mereka. Melalui ikatan persaudaraan yang dijalinkan atas asas iman yang dilakukan oleh Rasulullah SAW telah membolehkan sebuah Daulah Islamiah ditegakkan sehingga bukan sahaja sistem pemerintahan, perundangan, ekonomi dan sosial berasaskan Islam dapat dilaksanakan, malah sistem jahiliah yang menindas seperti amalan riba dapat dihapuskan.
SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI SEKALIAN
Hijrah berjaya menukarkan insan yang tertindas kepada yang bebas, insan yang dihina kepada yang mulia, insan yang lemah bertukar menjadi kuat. Daripada kekufuran kepada terangnya iman, daripada kezaliman nafsu kepada keadilan wahyu. Oleh itu marilah kita berhijrah dengan menyuburkan semula pengetahuan Agama dan memperkasakan iman serta membasmi kejahilan dan memerangi kesesatan. Firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 74:
أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ،
Yang bermaksud: “Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh keampunan dan kurniaan yang mulia”.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَات فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.
Khutbah Kedua
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيْرًا كَمَا أَمَرَ ، وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، إِقْرَارًا بِرُبُوْبِيَّتِهِ وَإِرْغَامًا لِمَنْ جَحَدَ بِهِ وَكَفَرَ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، سَيِّدُ الْخَلاَئِقِ وَالْبَشَرِ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
قال الله تعالى : إِذَا جَآءَ نَصْرُ اللهِ وَالفَتْحُ وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُوْنَ فِى دِيْنِ اللهِ أَفْوَاجًا فَسَبِّحْ ِبحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا
إِنَّ اللهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيِّ يَاأَيُّهَااَّلذِيْنَ آمَنُوْ ا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وعلى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِي العَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنََعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ, اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ يَاقَهَّارُ يَاجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ, اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ,
اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ رَبَّنَا لاتُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّاب رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
عِبَادَ اللهِ ! إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإ حْسَانِ وَاِيْتَآءِ ذِيْ القُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنْكَرِ وَالبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ فَاذْكُرُوْا اللهَ العَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْا عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكَمْ وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ

Subscribe to:
Posts (Atom)