Kehadirannya membuatkan semua pelajar bagaikan di medan pertempuran. Segala bekalan makanan disiapkan. Senjata-senjata mula dikeluarkan. Pelbagai strategi disusun bagi menghadapinya. Corak kehidupan mula berubah. Semuanya diatur dan dicatur sebaik mungkin. Pelbagai andaian terhadap yang bakal datang itu dilatih bertubi-tubi. Bilik-bilik sarjan, komander dan ketua-ketua perang dipenuhi prebet yang masih merintih peluru berbaki. Begitulah suasuana diambang peperiksaan akhir semester.

Aku kongsikan di sini sedutan kisah “sebelum dan selepas” bagi seorang pelajar….
SEBELUM…………..

Indahnya saat mata terpejam dibelai bayu kipas dalam cengkaman selimut baldu buatan Thailand…..
SELEPAS………..
Bila musim exam…selimut baldu pon dah x nampak nikmat..huhu
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
SEBELUM………
Meja study menjadi penonton setia perlawanan bola sepak (PES 2009)
SELEPAS……………
Tiada lagi sorak kemenangan perlawanan……
Tiada lagi ruang untuk bermain permainan kesukaan.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
SEBELUM……………
Kartun menjadi penghibur dikala kelapangan
Begitu asyiknya saat itu
SELEPAS………….
Berehat sebentar
Tiada lagi masa untuknya
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
AMALKAN………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Begitulah sedikit cebisan kisah “sebelum dan selepas”……. Sempena menyambut minggu-minggu peperiksaan ni aku memohon ribuan kemaafan dan kepada semua yang mengenali MohdShazni doakan lah aku supaya dapat tunang ketenangan untuk jawab soalan. Akhir kata selamat menghadapi peperiksaan buat semua pelajar UIAM. Senyumlah jika anda tidak dapat menjawab pada kertas soalan hari ini kerana anda masih diberi peluang untuk bersedia pada soalan yang bakal ditanya oleh Malaikat suatu hari nanti……..
SELAMAT….SELAMAT….SELAMAT….

No comments:

Post a Comment