Ada satu ibarat : jadilah seperti lebah, hinggap di pohon tidak merosakkan rantingnya malah meninggalkan madu menjadi ubat yang manisrasanya. Si comel ini hidup berpindah randah dalam satu koloni danmempunyai semangat kerjasama antara satu dengan yang lain.Sememangnya Allah sudah memerintahkan lebah untuk hidup di kawasan habitatnya yang tersendiri sebagaimana yang disebutkan dalam Surah an Nahl (Lebah) yangbererti :
"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah:"Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-gunung dan pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhan mu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungipenawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya padayang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan ALLah) bagiorang-orang yang mahu berfikir" (Surah an Nahl : Ayat 68-69)
Jasa lebah kepada manusia
Peranan besarnya antaranya adalah sebagai penghisap madu bunga yang memberikan penawar kepada pelbagai penyakit dan yang lebih penting dari itu adalah sebagai agen pendebungaan tanaman. Tahukah anda ?, kehilanganlebah akan menyebabkan kita kehilangan sumber madu dan juga boleh menyebabkan manusia menghadapi krisis makanan. Kerana jika tiada proses pendebungaan maka tumbuh-tumbuhan tidak dapat mengeluarkan buah dan juga hasilnya. Terdapat 40,000 spesis lebah yang dikenal pasti sebagai agen pendebungaan yang berjaya dan hampir 60 peratus tanaman buah- buahan dan sayuran bergantung kepada agen pendebungaan ini.
Hebatnya Kuasa Allah
Allah menjadikan lebah untuk menghasilkan madu 454 gram yang memerlukan sang lebah ini terbang sejauh 880,000 kilometer dan menghisap madu hampir 2juta pelbagai bunga.
Kematian lebah yang menjadi misteri kepada para saintis boleh menimbulkan kesan besar kepada krisis makanan dan harga makanan. Inilah antara hikmah yang besar kepada manusia dari penciptaan lebah. Semoga kita selalu bersyukur dan jauh dari kekufuran.
Sumber Rujukan : Wan Azlina binti Wan Ahmad, Milenia Muslim, 'Dunia Tanpa Lebah Mengancam Manusia', m/s 24-25, April 2009.
No comments:
Post a Comment