Menuntut ilmu

KEMBARA ILMU

Kembara ilmu selaut cahaya
Bumi Tuhan tiada bertepi
Selautan tinta sedasar
Ditimba tak luak setitis

Kembara misi kembang nurani
Titisan ilmu suluhan budi
Resapan dari akal yang murni
Untuk diuntai mutiara sufi
Menjadi azimat menuju firdausi

Lembah nurani fitrahnya suci
Jangan ditinggal gersang jangan dibiar hitam
Gersang nurani kerana tiada ilmu
Hitam nurani kerana dosa bertimbus

Kau dah di hati melemahkan minda
Kembara sufi terasa sukar
Sesatlah didalam pelayaran
Tiada pedoman akhirnya karam dalam kegagalan

Lembah nurani fitrahnya suci
Jangan ditinggal gersang jangan dibiar hitam
Gersang nurani kerana tiada ilmu
Hitam nurani kerana dosa bertimbus


* Tuntutlah ilmu selagi mampu
Kejarlah ilmu selagi upaya
Ingatlah..tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad
"Barangsiapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka sesungguhnya dia berada dijalan Allah"

No comments:

Post a Comment