Alhamdulillah pagi ni di taklifkan untuk bagi ceramah berkenaan tentang kewajipan solat dan bahana meniggalkan solat.. mas adiberikan sejam, Alhamdulillah mas ayang diberikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya tadi.. tapi timbul satu persoalan berkenaan hadis-hadis yang diragui kesahihannya dan masih digunakan sebagai Fadhail A'mal.. sebagai contoh bahana meniggalkan solat asar adalah sama seperti membunuh 1000 orang muslim. hakikatnya adkah benar2 begitu? memang diketahui bahawa meninggalkan solat merupakan dosa besar tapi adakah dosanya betul2 sama ngan membunuh 1000 orang muslim..sama-sama kita renungkan
SIAPA AKU DIDEPAN TUHANKU
SUBUHNYA
dimana aku berada masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku didepan tuhanku
ZUHURNYA
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besarnya kerugian
jika aku menggadaikan sebuah ketaatan
siapa aku didepan tuhanku
ASARNYA
aku lupa warna masa cepat berlalu
berubah bagaikan dotolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak dihujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan Si Jebat yang derhaka
walaupun akulah derhaka sebenarnya
siapa aku didepan tuhanku
MAGHRIBNYA
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berligar disebalik tabirnya
mencari-cari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku didepan tuhanku
ISYAKNYA
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan menggangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktu yang semakin singkat
siapa aku didepan tuhanku
Kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkemandang lagi
aku tidak akan membiarkan masjid menjadi sepi
kerana dihujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini
jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang-bintang
No comments:
Post a Comment