Penangan Hati

Penangan Hati

Batu yang keras
Air yang jernih
Dua kejadian amat berbeza
Tiada siapa dapat menyangka
Air yang mengalir
Dingin di kali
Berupaya melembutkan batu
Kesannya menjadi ilhamku

Umpama kejadian hati dan zikir
Hati bisa jadi sekeras batu
Zikir sesejuk air mengalir
Ia bisa melembutkan hati

Usah disangka selembut zikir seremeh perkara
Kalimah Lailahaillallah berupaya menggegar hati
Menyanung manusia kekaki kebenaran menggegar dunia

*lagu ni memang aku selalu nyanyi masa kecik2 dulu, abang aku yang ajar, best lagu ni tapi dulu jus nyanyi tuk suka2 je..lani nyanyi tuk peringatn pada diri yang selalu lupa ni..so banyakkan berzikir dalm kehidupan seharian anda=)

Kafarah dosa

Sabtu petang, aku bersama-sama kawan aku, Us Fuad berhajat nak mencari kek lapis sarawak. kami stat motor pas asar..preng2 motor bergerak menuju ke jalan raya..kami mengambil peluang ini untuk berjalan-jalan..tengok keindahan alam..Subhanallah begitu luas dan indahnya ciptaan Ilahi..sempat juga kami melihat sebuah tasik dan tempat tuk berjoging.. kata kawan aku:Husni, sok pagi jom kite joging??aku jawab: bereh,sik ada hal
perjalanan diteruskan..kami melaui roundabout di Wisma Bapa Malaysia..tiba2sebuah kereta membelok ke kiri tanpa memberi signal dan melaggar motor aku..aku tergolek dan terseret..kemudian, kereta tersebut berhenti, aku masa tu dah memang terbaring atas jalan raya tanpa bergerak, aku rasa belakang aku sakit giler2..dan memg xeh nak bergerak..dalam masa yang sama ada seorang pemandu kereta lain turut memberhentikan kereta dan cuba menolong aku,dia memperkenalkan diri sbg Dr. Morni dari UNITAR..dia cakap:you dont move, i call ambulance now..org makin rmai yg berhenti, xkurang juga ada yg mengambil gambar dan mengambil no plat motor aku..xlama kemudian ambulance dtg n aku diangkat ke dalam van tersebut..
sampai di hospital umum Srawak, aku di pindahkan ke wad kecemasan, aku diberi suntikan pembunuh kuman..kwan2rumah pun tiba ngan Us. Fakhrul..terharu jap aku melihat diorang sudi dtg ziarah aku..di sini, dioranglah keluarga aku..selepas stengah jam, aku dimasukkan ke bilik xray, nak xray kot2ada tulang yang patah..selepas xray Alhamdulillah xde tulang yang patah tapi sakitnyer..Ya Allah..mmg sakit..tb2teringat saudara seIslam di GAZA yang lebih menderita..aku kuatkan semangt..aku di berikan suntikan ke2 paint killer dibelakng..selepas itu aku diberikan suntikan ke3 antibiotik..Dr membenarkan aku untuk duduk(sebelum ni dia suruh baring je)..
xlama kemudian Us Din n Us Shahnan lak tiba nagn baju melayu..masa tu aku dah bleh berjalan kit2 tp azabla..hu3..aku dibenarkan kuar hospital..aku cakap aku lpar,so member2 ajak makn dlu b4 balik umah..masa kat kedai makan tu, perut rasa cam nak muntah tapi aku tahan gak.mata pun dah berpinar tapi aku gagahkan gak, aku cakp ngan mem aku nak pulg dlu..so mem aku hantar aku balik dlu n mem yg len masih kt kdi tgok bola, Arsenal vs pe tah..sampai je kat umah. aku terus tido..hari esoknya aku rasa blakag aku sakit sgt2 tapi aku bersyukur aku mash leh jalan..ari Isnin aku masih g poli mengenangkn ank murid menunggu di kelas walaupun aku sakit kat belakg + luka kat kaki tangn..tapi luka ni masih sedikit jika nak dibandingkan dengn luka Khalid Al-Walid..aku teringat kata2 Us aku masa kt UIAM dlu..sakit itu merupakan kafarah dosa, maka beruntunglah pada mereka yang bersyukur..dan rangcangn aku nak joging ahad pagi xjadi sb dah xcident..Sebaik2perancangan adalh rancangan Allah..Wallahu'alam
Ketam Melayu & ketam Cina ada benarnya....Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makanlauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yangmenjual ketam.Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?Cina: Ada...ada...lu mau ketam cina ka ketam melayu?Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup...ketam cina.......sana dalam bekas tak ada tutup...ketammelayu la....Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup...ketam melayu apek tak kasitutup?Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar...yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadisemua keluarMelayu: Ketam melayu tak itu macam ka?Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi...jangan kasikeluar. Dia mau dia sekor saja keluar...yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar. Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang cina berniaga....cina lain tak kacau...dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak. Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tujatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik,ketam lain tarik kaki dia,at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulala bergaduh sesama sendiri.Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju ....Nak maju kenalah ubah nasib kita ini supaya lebih competitive. Bukan semuanak kena 'spoon feed'. Mesti tunjuk usaha (EFFORT) yang betul.Otherwise , kita semua akan jadi bahan sejarah. Bak kata Karam Singh Walia ...'Ke langit tak cecah ke bumi tak sampaiJadilah umat Islam yang sejati yang mana saling menolong dalam membuat kebaikanteringat semalam kawan aku cerita kat aku pasal orang Islam zaman sekarang..zaman sekarang..kalau kita nampak perompak baru nak masuk rumah jiran kita, cepat2 kita tepon polis bagitau ada perompak, supaya jiran kita selamat dan perompak itu ditangkap, bagusla tu, prihatin terhadap ngan jiran..tapi kalau kita nampak housemate kita tak solat, tak terasa pun nak tegur, tak terasa pun nak selamatkan dia dari azab..kita tak terasa bersalah pun..padahal kita sebenarnya Wajib menegur sape2 pun yang tak solat, selamatkan mereka yang lalai..itu lebih utama dari selamatkan jiran yang nak kena rompak..selamatkan insan yang lalai lebih utama sebab kita dah selamatkan dia di dunia dan akhirat..sedangkan selamatkan jiran dari dirompak hanya sekadar didunia..ala kulli hal..sama2lah kita saling menyelamatkan..dengan memberi nasihat antara satu sama lain.. wassalam

Ketam Melayu dan Ketam Cina

Ketam Melayu & ketam Cina ada benarnya....Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makanlauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yangmenjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?Cina: Ada...ada...lu mau ketam cina ka ketam melayu?Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup...ketam cina.......sana dalam bekas tak ada tutup...ketammelayu la....Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup...ketam melayu apek tak kasitutup?Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar...yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadisemua keluarMelayu: Ketam melayu tak itu macam ka?Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi...jangan kasikeluar. Dia mau dia sekor saja keluar...yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar. Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang cina berniaga....cina lain tak kacau...dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak. Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tujatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik,ketam lain tarik kaki dia,at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulala bergaduh sesama sendiri.
Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju ....Nak maju kenalah ubah nasib kita ini supaya lebih competitive. Bukan semuanak kena 'spoon feed'. Mesti tunjuk usaha (EFFORT) yang betul.Otherwise , kita semua akan jadi bahan sejarah. Bak kata Karam Singh Walia ...'Ke langit tak cecah ke bumi tak sampai

Jadilah umat Islam yang sejati yang mana saling menolong dalam membuat kebaikan

teringat semalam kawan aku cerita kat aku pasal orang Islam zaman sekarang..zaman sekarang..kalau kita nampak perompak baru nak masuk rumah jiran kita, cepat2 kita tepon polis bagitau ada perompak, supaya jiran kita selamat dan perompak itu ditangkap, bagusla tu, prihatin terhadap ngan jiran..tapi kalau kita nampak housemate kita tak solat, tak terasa pun nak tegur, tak terasa pun nak selamatkan dia dari azab..kita tak terasa bersalah pun..padahal kita sebenarnya Wajib menegur sape2 pun yang tak solat, selamatkan mereka yang lalai..itu lebih utama dari selamatkan jiran yang nak kena rompak..selamatkan insan yang lalai lebih utama sebab kita dah dia di dunia dan akhirat..sedangkan selamatkan jiran dari dirompak hanya sekadar didunia..ala kulli hal..sama2lah kita saling menyelamatkan..dengan memberi nasihat antara satu sama lain.. wassalam

Menuntut ilmu

KEMBARA ILMU

Kembara ilmu selaut cahaya
Bumi Tuhan tiada bertepi
Selautan tinta sedasar
Ditimba tak luak setitis

Kembara misi kembang nurani
Titisan ilmu suluhan budi
Resapan dari akal yang murni
Untuk diuntai mutiara sufi
Menjadi azimat menuju firdausi

Lembah nurani fitrahnya suci
Jangan ditinggal gersang jangan dibiar hitam
Gersang nurani kerana tiada ilmu
Hitam nurani kerana dosa bertimbus

Kau dah di hati melemahkan minda
Kembara sufi terasa sukar
Sesatlah didalam pelayaran
Tiada pedoman akhirnya karam dalam kegagalan

Lembah nurani fitrahnya suci
Jangan ditinggal gersang jangan dibiar hitam
Gersang nurani kerana tiada ilmu
Hitam nurani kerana dosa bertimbus


* Tuntutlah ilmu selagi mampu
Kejarlah ilmu selagi upaya
Ingatlah..tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad
"Barangsiapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka sesungguhnya dia berada dijalan Allah"

Kelas Mengaji

perjalanan hidup penuh dengan suka dan duka..mengajar di PKS memberi satu ruang untuk aku 'hidup' kembali..selagi kaki mampu melangkah, selagi lidah mampu berkata-kata selagi itulah aku akan terus membantu insan-insan di sini..

5 hari lepas, seorang anak muridku meminta untuk diajarkan mengaji Al-Quran kepadanya. terharu aku melihat kesudiannya unutk belajar mengaji walaupun umur dah meningkat 20thn.. katanya dia seorang muallaf, jadi solat tak pernah cukup..bukan tak mahu tapi kesedaran diri yang masih kurang..namun kesanggupannya itu membuatkan aku terus 'hidup' dan terus hidup untuk berjuang di medan dakwah ilmu ini..mudah2an segala urusan diberkati-Nya

setelh berbincang dengan beberapa orang ustaz disni..ternyata bukan seorang yang mahu belajar mengaji tapi lebih dari 60 orng..ramaii..dengan keupayaan yang dipinjamkan Allah SWT kepada ku, insyAllah aku akn membantu mereka sekadar yang termampu..insyAllah kelas mengaji pertama akan bermula ari jumaat ini selepas solat jumaat..

kepada muslimat yang mahu belajar mengaji, bukan aku tak mahu mengajar mereka tapi fitnah itu lebih aku takutkan..teringat satu Hadis yang mafhumnya "tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih besar kepada umatku melainkn wanita" wallahua'lam..tiba2 teringat masa tahun 4 dulu pernah kena fitnah dari sorang muslimat lantaran aku menolak hajatnya untuk menjadi teman istimewanya..huhuhu..pengalaman yg x mungkin aku lupakan..moga hari2mendatang dijauhkan fitnah. Amin

Kalam dari Dr. MAZA

Ramai yang meminta saya mengulas tentang perkembangan politik tanahair yang gawat, khususnya di Perak. Saya fikir sudah cukup saya bercakap tentang soal prinsip politik dalam agama, memadailah. Bagi sesiapa yang berminat, sedikit persoalan tentang isu tersebut telah saya coretkan dalam laman web saya, bolehlah merujuk ke sana.
Politik tanpa prinsip dan politik taksub adalah dua bala besar dalam negara kita kini. Biarlah saya tinggalkan politik gawat itu, sambil tersenyum sinis melihat mereka bersendiwara di atas pentas dengan masing-masing mendabik dada berbangga dengan politik mereka. Bak kata al-Quran: (maksudnya)
“Dan sesungguhnya inilah umat kamu, umat yang satu, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu. Kemudian mereka itu berpecah-belah dalam urusan mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap puak berbangga dengan apa yang ada pada mereka. Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu hingga ke suatu masa”. (Surah al-Mukminun, ayat 52-54).
Kadang-kala dalam kejenuhan hidup di dunia ini kita perlu sering diingatkan agar balik semula kepada asas insani. Semoga dengannya, jiwa kotor kita dapat diredakan dari taufan kehidupan. Gagal mengingati asas menyebabkan kita hilang kompas dalam kembara hidup. Justeru, mari kita keluar seketika dari kegawatan isu, ketamakan dan kerakusan dunia dengan kembali merenung kepada hakikat hidup.
Walaupun bagi sesetengah orang, perbincangan tentang Hari Akhirat bagaikan kurang ‘standard’, namun mereka tetap tidak boleh menafikan bahawa hidup ini hanya sementara. Mereka tetap akan mati dan kehidupan dunia mereka akan berakhir tanpa tarikh yang dapat diberitahu oleh sesiapa pun.
Sementara, di sana ada kehidupan yang lebih abadi yang sering kita lupai. Justeru, Nabi s.a.w mengingatikan kita tentang kehidupan ini, sabda baginda:
“Aku di dunia ini hanyalah bagaikan seorang penunggang kenderaan yang berehat di bawah sebatang pokok, kemudian pergi meninggalkannya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
Demikian kita semua dan dunia ini. Malangnya, hakikat ini sering kita lupa. Kita lupa kita dalam dalam pemusafiran yang sedang menuju ke suatu destinasi. Hari dan waktu yang berlalu saban detik adalah perjalanan yang mengheret kita ke sana, samada kita mahu ataupun tidak. Tiada siapa yang menongkat langit di dunia ini. Tiada makhluk yang kekal. Kata ‘Abdullah bin ‘Umar r.a:
“Rasulullah s.a.w memegang bahuku lalu bersabda: “Jadilah engkau di dunia ini bagaikan orang asing, atau seorang musafir”. (Riwayat al-Bukhari).
Hidup ini menjadi gawat apabila kita terlupa, atau tidak tahu ke mana destinasi akhir yang hendak dituju? Sehingga ke manakah kita mahu perjalanan hidup ini sampai? Di mana kompas perjalanan hidup? Ramai yang tahu apabila ditanya, tetapi sering terlupa apabila diburu urusan dunia.
Lebih malang lagi, di Barat ini ramai yang memang tidak tahu atau tidak beriman dengan destinasi akhir kehidupan. Ramai yang menjadi atheis, dan ramai pula yang masih tertanya-tanya tentang agama. Lalu mereka bertindak dalam hidup ini, seakan dunia tiada Tuhan dan akhirat itu tiada wujud dalam kamus kehidupan.
Kita yang mengaku beriman pun sering terlupa tentang perjalanan ini. Allah mengingatkan kita dalam Surah al-Takathur yang sering kita baca: (maksudnya)
“Telah melalaikan kamu perbuatan berlumba-lumba untuk membanyak-banyakkan (harta benda, kuasa dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk)! Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk)! Demi sesungguhnya! kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin. Demi sesungguhnya! kamu akan melihat neraka yang marak menjulang. Selepas itu, demi sesungguhnya! - kamu akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin. Selain itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari tentang tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!”. (ayat 1-8).
Ya, kita sering dilalaikan oleh politik, kuasa, harta, anak-pinak, persatuan, masyarakat, teman rakan, kerja dan berbagai lagi sehingga kita lupa untuk apa kita lakukan itu semua? Sebagai bekalan perjalanan? Atau sekadar berlumba membanyak atau menguatkan kedudukan dan harta tanpa memperdulikan halal dan haram sehingga menjadi beban perjalanan?.
Maka persaingan hidup membawa kita terlupa pada destinasi akhir yang di sediakan untuk kita hanyalah dua; syurga ataupun neraka. Tiada yang ketiga buatnya. Firman Allah: (maksudnya)
“Adapun sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka dia berada dalam kehidupan yang senang lenang. Sebaliknya, orang yang ringan timbangan amal baiknya, maka tempat kembalinya adalah “Haawiyah”. Dan tahukah kamu apa itu “Haawiyah” itu?. (Ia adalah) api yang panas membakar. (Surah al-Qari’ah, ayat 6-11)
Kita lupa bapa kita Adam asalnya daripada syurga dan kita sepatutnya pulang ke sana. Kita bukan berasal daripada neraka. Al-Quran sering mengulangi kisah Adam, antara hikmahnya, agar kita sering mengingati hakikat ini. Tempat pulang kita adalah syurga yang dilimpahi dengan segala kenikmatan. Sehingga Nabi s.a.w jelaskan tentang keindahan syurga itu, sabda baginda:
“Allah berfirman: “Aku sediakan untuk hamba-hambaKu yang soleh itu apa yang mata tidak pernah melihatnya, telinga tidak pernah mendengarnya (kelunakan bunyiannya), dan tidak pernah terlintas (keindahan itu) dalam jantung hati manusia”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ya, kita patut pulang ke sana. Bukan tersalah jalan akhirnya kita ke neraka. Pohon perlindungan Allah dari itu semua!. Membaca kisah syurga dalam al-Quran dan al-Sunnah menjadikan jiwa kita rindu dan syahdu. Mendidik jiwa agar beriman dengan syurga dan neraka adalah ubat kepada kegawatan dan kerakusan hidup. Mengingati syurga menjadikan luka dan parah yang terkena dalam perjalanan ini amat kecil dan sedikit. Mengingati neraka menjadikan penderitaan atau susah payah hidup dalam mematuhi prinsip yang Allah dan rasulNya perintahkan itu, amat ringan.
Nabi s.a.w menceritakan kepada kita tentang kedahsyatan neraka dan kenikmatan syurga dalam sabdanya:
“Pada Hari Kiamat dibawa seorang penduduk dunia paling nikmat kehidupannya yang menjadi orang ahli neraka. Dia dicelup ke dalam neraka satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya: “Wahai anak Adam, pernah engkau melihat kesenangan? Pernah engkau mendapat kenikmatan? Jawabnya: “Tidak! Demi Allah, wahai Tuhanku!”. Lalu dibawa seorang penduduk dunia yang paling derita kehidupannya yang menjadi ahli syurga. Dia dicelup ke dalam syurga dengan satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya: “Wahai anak Adam, pernahkah engkau melihat penderitaan? Pernahkah engkau mengalami kesusahan? Jawabnya: “Tidak! Demi Allah, wahai Tuhanku!. Aku tidak pernah melihat penderitaan. Aku tidak pernah mengalami kesusahan”. (Riwayat Muslim).
Ya, syurga melupakan kita kepada segala derita dunia, sementara neraka melupakan kita kepada segala kenikmatan dunia.
Jika kita ada kompas ini dalam kehidupan, tentu kita tidak akan terlajak terlalu jauh dalam kesalahan atau penyelewengan. Jiwa dan perasaan kita sentiasa rasa dikawal sehingga kita melihat dunia dengan segala kekerdilannya dan akhirat itu adalah kehidupan sebenar. Maka reda ombak duka, atau kerakusan jiwa.
Saya cuba bertanya diri dan rakan-rakan apabila membahaskan sesuatu perkara ilmu; apakah perbahasan ini membawa ke syurga atau ke neraka? Jika saya boleh bertanya kepada orang-orang politik; pergelutan kalian, cara kalian, bahasa kalian, gelagat kalian, loyar buruk kalian itu semua membawa ke syurga atau neraka?
Ya, mungkin soalan itu dianggap tidak standard lagi oleh kelompok politik era moden ini, termasuk yang dahulunya bercakap Islam, tetapi itulah hakikat perjalanan kehidupan.

Tamadun Islam

konichiwa..
ari ni aku ajar subjek Pen. moral 1dan pend. islam 2..subjek pend. islam aku sonokla mengajar tapi subjek pend. moral..pun ok gak tapi student 30 org, nasib baik suma student aku baik2.. sok kena ajar Tamadun islam lak.. subjek ni campur muslim + non muslim..mudah2an dapt tarbiyah non musim to convert to islam..

ni la mende yg aku kena ajar esok..

Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Ilmuan serta cendekiawan Islam seperti Ibn Sina atau Avicenna, Ibn Rushd atau Averroes dan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah diakui sebagai mangkin kepada Zaman Pembaharuan (bahasa Inggeris: Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.
Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan lain-lain wilayah di Timur Tengah. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia, dan algebra. Lahir Universiti-universiti Naples, Bologna, Universiti Paris, Oxford, dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi Zaman Kelam meluncur menuju Zaman Pembaharuan. Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.

dan cam-cam lagi,

ceramah

Alhamdulillah pagi ni di taklifkan untuk bagi ceramah berkenaan tentang kewajipan solat dan bahana meniggalkan solat.. mas adiberikan sejam, Alhamdulillah mas ayang diberikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya tadi.. tapi timbul satu persoalan berkenaan hadis-hadis yang diragui kesahihannya dan masih digunakan sebagai Fadhail A'mal.. sebagai contoh bahana meniggalkan solat asar adalah sama seperti membunuh 1000 orang muslim. hakikatnya adkah benar2 begitu? memang diketahui bahawa meninggalkan solat merupakan dosa besar tapi adakah dosanya betul2 sama ngan membunuh 1000 orang muslim..sama-sama kita renungkan

SIAPA AKU DIDEPAN TUHANKU

SUBUHNYA
dimana aku berada masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku didepan tuhanku

ZUHURNYA
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besarnya kerugian
jika aku menggadaikan sebuah ketaatan
siapa aku didepan tuhanku

ASARNYA
aku lupa warna masa cepat berlalu
berubah bagaikan dotolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak dihujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan Si Jebat yang derhaka
walaupun akulah derhaka sebenarnya
siapa aku didepan tuhanku

MAGHRIBNYA
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berligar disebalik tabirnya
mencari-cari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku didepan tuhanku

ISYAKNYA
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan menggangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktu yang semakin singkat
siapa aku didepan tuhanku

Kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkemandang lagi
aku tidak akan membiarkan masjid menjadi sepi
kerana dihujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini
jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang-bintang

sudut renungan

1. salam.Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy
prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite leh brkenalan..
ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…
2. Trima kasih krn mnerima sy.
Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan
mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt,
tp demi Allah, sy cuba wat yg trbaik utk awk…
3. Ingat tau, jaga aurat leklok..
jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau..
jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..
4. Wak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, Wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk
jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq..
i love u too..
5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer..
awk sayang sape ek? Sapa saya dlm hati awk?
6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..
mcm x special plk diri sy utk
awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni.
Pggl ayang.. bole ke? Awk pggl sy bi
ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan..
just panggilan je..thanks ayang..
love u... ..
7. Yang. kekdang bi tgk ayang ni
mcm x prcaya bi je. Yela, bi just
tanya ayang pkai apa je kan ..
tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat ayang ni... .
hihihi..
8. Yang bi nak ayang tau, ayanglah segalanya utk bi,
ayang la pmberi semangat utk bi...
yang... ..bi harap bi ngan ayang xde rahsia lagi ek..
jgn risau..inikan
membuktikan bi caring..
so jgn risau..k..yeye. .
bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..
9. Ayang..da lama kite msg,
leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq
ayang... ..
10. Tq pggl bi ngan pgglan abg..
abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm
hubungan..la iqra hafiddin..hehe. .
sikit sikit je..kih3..
11. Hi ayang, watpe 2? Nk ckp sket..
nape ayang bwk satu battalion nak jumpa abg?...
ayang x caye kat abg eh.. huhu..
12. Ayang..kite jumpe k?..abg suka ayang pakai
tudung yg abg beli tu..cam
wardina lak..bkn ayang x cntk..
just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je..
nnt jumpa nnt ayang bwk sorg dah la k..
13. Ayang..abg sory ngan apa jd td..
abg trsentuh jari ayang td.. Tol gak ckp
ayang eh, trsentuh xpe..ter..
hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat ayang..
14. Tq jumpa td, ayang cntk la..
Ololo..abg romantik sket pun salah ke?
Ske abg romantik ek? Hehe..
Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho..
tgk td kwn ayang cam ske kat kwn abg je..
senang la kita jumpa pasni..
tgk..Allah memberkati hubungan kite..
ayang solat dah ke? Doakan abg
skali ek..miss u..
15. Ayang..just nk tanya..
ayang cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh?
50% je... huhu..yang. .
just nk tanya..rambut ayang panjang x?
just thinking of u at the moment…
16. Td terbeli tudung pendek..
yg abg bg kat ayang tu.. Ayang..bg la gmbr
ayang special untuk abg yg pakai tudung td 2..
Cntk nye ayang..gambar ni nak wat
wallpaper hp ngan kompter abg la..
17. Yang.. ayang cintakan abg berapa percent?
Sepenuh hati Thanks ayang..love u too..
18. Ayang..da lame kita couple kan..
xkan abg pegang tgn pun nak
marah.. ayang kan milik abg..
Thank 4 being understanding. .
19. Ayang kata ayang cintakan abg sepenuh hati..
kalu gitu..apa buktinya
ayang cintakan abg..?
SELEPAS ITU BARU BERMULA MAKSIAT SEBENAR...

Salam Taaruf

"Khoirukum man a'llamal Quran, wa a'llamahu"