Keruntuhan akhlak di kalangan remaja dan belia masa kini semakin menjadi-jadi.
Memetik ucapan bekas PM.. "saya mahu setiap rakyat Malaysia mempunyai modal insan iaitu personaliti yang tinggi hemahnya, tinggi budinya, tinggi pengajiannya, tinggi kejayaannya dalam apa juga bidang yang diceburi, hatta menjadi seorang yang gemilang. Ini kerana, anak kunci kecemerlangan ialah displin dan jatidiri seseorang individu. Ini akan mendorong kecemerlangan diri, keluarga, masyarakat dan negara"
Namun begitu, setelah negara kita merdeka 50 tahun dulu, adakah jiwaraga, minda dan tingkah laku rakyat Malaysia benar-benar merdeka?
Sebagai renungan untuk menjawab persoalan diatas, sebanyak 1.13% remaja terlibat dengan kes buang bayi, 40% menonton bahan lucah, 16% berjudi, 70% merokok, 14% terlibat dalam penyalahgunaan dadah, 25% mengambil minuman keras dan 18% pernah melakukan seks bebas(sumber Majalah Siti, 2006)...Angka-angka ini menunjukkan bahawa ternyata telah ramai anak remaja yang rosak akhlaknya dan angka-angka ini akan bertambah dari tahun ke tahun...
Amar Makruf Nahi Munkar
Konsep amar makruf nahi munkar terbahagi kepada 2 bahagian,
Pertama amar makruf iaitu mengajak kebaikan. konsep ini perlu difahami oleh setiap insan yang bergelar muslim, tidak kira ustaz, ulama, guru, bapa, emak dan sebagainya. setiap yang bernama muslim hendaklah sentiasa berusaha mengajak orang lain membuat kebaikan. Kita tanya dalam hidup kita, Adakah hari ini aku telah mengajak orang lain membuat kebaikan???? kalau sudah, Alhamdulillah tapi kita gandakan usaha kita dalam mengajak orang lain membuat kebaikan, kalau belum, kita masih belum terlewat untuk mengajak orang lain membuat kebaikan...
Jangan jaga tepi kain orang...inilah masalah orang kita, sikap 'pedulisme' makin hari makin hilang dalam jiwa masyarakat kita, bukankah Islam mengamjur agar kita mengambil berat hal-hal saudara kita, mada kita perlu menjaga tepi kain orang terutama dalam hal-hal sosial dan kemasyarakatan.
Kedua nahi munkar yang membawa maksud mencegah kemungkaran dalam satu hadis Nabi SAW yang bermaksud " Barangsiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka hendaklah dia mencegah dengan lidahnya dan sekiranya dia tidak mampu juga, maka hendaklah dia mencegah dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman"
Hadis ini jelas bahawa mencegah kemungkaran itu perlu dilakukan oleh setiap muslim, tidak perlu kita menunggu pegawai penguatkuasa datang datang untuk mencegah kemungkaran, sebaliknya kita bertindaklah terlebih dahulu sekiranya ianya berlaku dihadapan kita..
Jadi, kita hendaklah memahami konsep amar makruf nahi mungkar dan melaksanakannya demi menyelamatkan maruah umat Islam...
No comments:
Post a Comment