Hadis



Dari Huzaifah bin Al-Yamani r.a. katanya : Biasanya orang banyak bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kebajikan. Tetapi aku bertanya kepada beliau tentang kejahatan kerana aku takut kejahatan itu menimpaku. Lalu aku bertanya " Ya Rasulullah, kami dahulu berada dalam kejahilan dan kejahatan. Kerana itu Allah Taala menurunkan kebaikan (agama) ini kepada kami. Mungkinkah sesudah ini timbul lagi kejahatan? Jawan Nabi SAW : Tentu! Tanyaku : Sesudah itu mungkin pulakah datang kebaikan? Jawab Nabi SAW : Ya, tetapi sudah cacat! Tanyaku : Apa cacatnya? Jawab Nabi SAW : "Suatu kaum (bangsa) membuat peraturan (perundang-undangan) di luar sunnahku dan memimpin tanpa hidayahku. Engkau mengerti tentang kebijaksanaan mereka dan tidak menyukainya". Tanyaku : Sesudah kebaikan itu, timbul lagikah kejahatan? Jawab beliau : Ada, iaitu orang-orang yang selalu memanggil-manggil di pintu neraka, lalu siapa yang memenuhi panggilannya dilemparkannya ke dalam itu" Tanyaku : Ya Rasulullah, tunjukkan kepada kami ciri-ciri mereka. Jawab Nabi SAW : Baik, iaitu orang-orang yang kulitnya sama dengan kita (mengaku beragama Islam)dan mereka berbicara memakai lidah (hadis) kami” Tanyaku : Bagaimana petunjuk anda seandainya aku menemui hal yang demikian? Jawab Nabi SAW : Tetaplah kamu bersama jemaah kaum muslimin dan Imam ( pemimpin atau pembesar) mereka? Tanyaku : Jika tidak ada jemaah dan Imam? Jawab beliau : “Tinggalkanlah parti-parti itu semuanya. Sekalipun engkau akan memakan akar-akar kayu, namun engkau tetaplah pada pendirianmu itu”

Jalan Mujahadah



Jalan Mujahadah
Album : Masih Ada Waktu
Munsyid : Anugerah
http://liriknasyid.com

Jalan mujahadah
Menuju mahmudah
Tangganya licin dan berlumut
Basah dan berselut

Langkahnya mesti diatur awal
Gerak dicatur tangkas
Musuhnya tak pernah alpa
Siap siaga menerpa

Sunyi bukannya janji tenang
Hidup tidak mengundang senang
Ujiannya bagai air mengalir
Tiada noktah pengakhir

Masalah datang berulang
Godaan mengimbau di setiap ruang
Dalangnya nafsu yang tak mundur
Syaitan yang tak pernah tidur

Tiada perhentian buat berehat
Bukan di sini melepas penat
Hiburannya tenang hati di dunia
Bahagia hakiki di syurga

Kerana berjuang ertinya berkorban
Berkorban ertinya terkorban
Terkorban ertinya menderita
Derita asam garam perjuangan

Lagu: Abu Bakar Md Yatim
Lirik: Pahrol Mohd Juoi


Salah satu lagu nasyid yang aku minat sejak dari awal persekolahan. penuh dengan mesej yang sepatutnya diamalkan oleh setiap muslim

Amar Makruf Nahi Mungkar

Keruntuhan akhlak di kalangan remaja dan belia masa kini semakin menjadi-jadi.

Memetik ucapan bekas PM.. "saya mahu setiap rakyat Malaysia mempunyai modal insan iaitu personaliti yang tinggi hemahnya, tinggi budinya, tinggi pengajiannya, tinggi kejayaannya dalam apa juga bidang yang diceburi, hatta menjadi seorang yang gemilang. Ini kerana, anak kunci kecemerlangan ialah displin dan jatidiri seseorang individu. Ini akan mendorong kecemerlangan diri, keluarga, masyarakat dan negara"

Namun begitu, setelah negara kita merdeka 50 tahun dulu, adakah jiwaraga, minda dan tingkah laku rakyat Malaysia benar-benar merdeka?

Sebagai renungan untuk menjawab persoalan diatas, sebanyak 1.13% remaja terlibat dengan kes buang bayi, 40% menonton bahan lucah, 16% berjudi, 70% merokok, 14% terlibat dalam penyalahgunaan dadah, 25% mengambil minuman keras dan 18% pernah melakukan seks bebas(sumber Majalah Siti, 2006)...Angka-angka ini menunjukkan bahawa ternyata telah ramai anak remaja yang rosak akhlaknya dan angka-angka ini akan bertambah dari tahun ke tahun...

Amar Makruf Nahi Munkar
Konsep amar makruf nahi munkar terbahagi kepada 2 bahagian,

Pertama amar makruf iaitu mengajak kebaikan. konsep ini perlu difahami oleh setiap insan yang bergelar muslim, tidak kira ustaz, ulama, guru, bapa, emak dan sebagainya. setiap yang bernama muslim hendaklah sentiasa berusaha mengajak orang lain membuat kebaikan. Kita tanya dalam hidup kita, Adakah hari ini aku telah mengajak orang lain membuat kebaikan???? kalau sudah, Alhamdulillah tapi kita gandakan usaha kita dalam mengajak orang lain membuat kebaikan, kalau belum, kita masih belum terlewat untuk mengajak orang lain membuat kebaikan...

Jangan jaga tepi kain orang...inilah masalah orang kita, sikap 'pedulisme' makin hari makin hilang dalam jiwa masyarakat kita, bukankah Islam mengamjur agar kita mengambil berat hal-hal saudara kita, mada kita perlu menjaga tepi kain orang terutama dalam hal-hal sosial dan kemasyarakatan.

Kedua nahi munkar yang membawa maksud mencegah kemungkaran dalam satu hadis Nabi SAW yang bermaksud " Barangsiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka hendaklah dia mencegah dengan lidahnya dan sekiranya dia tidak mampu juga, maka hendaklah dia mencegah dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman"

Hadis ini jelas bahawa mencegah kemungkaran itu perlu dilakukan oleh setiap muslim, tidak perlu kita menunggu pegawai penguatkuasa datang datang untuk mencegah kemungkaran, sebaliknya kita bertindaklah terlebih dahulu sekiranya ianya berlaku dihadapan kita..

Jadi, kita hendaklah memahami konsep amar makruf nahi mungkar dan melaksanakannya demi menyelamatkan maruah umat Islam...

Belajar



"When the students are ready, the teacher will appear,
But when the teacher has appear, the students have not ready"

(kata-kata yang aku adaptasi dari kata-kata En. Erfino Johari)

"Apabila pelajar sudah bersedia maka guru akan muncul,
Tetapi apabila guru sudah muncul pelajar masih belum bersedia"

Suasana belajar dan mengajar pada hari ini berbeza dengan suasana 10 tahun dulu..
Suasana pada hari ini perlukan guru yang berupaya membimbing jiwa-jiwa remaja ini akan tidak tersasar landasannya...
Justeru itu, andai mereka melakukan kesilapan, jangan terus menghukum,sebaliknya cubalah memahami masalah mereka, sekiranya perlu membuat teguran, buatlah teguran..tetapi janganlah samapai memaki hamun mereka kerana mereka juga manusia sama seperti kita, punya jiwa dan perasaan..
Buatlah teguran secara berhikmah, kadang-kadang teguran itu tidak perlu kepada kata-kata-kata, cukup sekadar berdiam diri selama 45 minit dihadapan kelas, agar mereka mengerti kesilapan mereka, mereka tahu kelemahan mereka...moga mereka tidak mengulanginya kembali dimasa akan datang..

p/s: pilihlah cara teguran yang sesuai dengan kesilapan...SELAMAT BELAJAR DAN SELAMAT MENGAJAR

Demam



Di kuching, hampir setiap hari hujan, baik dirumah mahupun dipejabat...

Semalam (10.01.11) terdapat 4 orang staf pejabat aku (termasuk aku) menngalami DEMAM..huhuhu..aku pulak, dapat 3 in 1 sekaligus(demam+selsema+batuk)..malam semalam berkesempatan g klinik 1 Malaysia, doktor tu pesan sekarang musim demam a.k.a musim hujan, jadi jagala kesihatan baik-baik, banyakkan minum air limau nipis suam( bagus bagi yang demam selsema)

Aku teringat ustaz aku dulu pernah bagitau bahawa setiap penyakit yang ditimpa keatas orang muslim itu adalah sebagai kaffarah dosa..jadi bersyukurlah dengan keadaan diri ini..selain itu, sakit juga dapat menjadikan diri kita semakin ingat kepada Yang Maha Esa..

p/s: dah lama DIA bagi kita sihat, sesekali diberinya kita sakit...terasa nikmatnya sihat...

Ciri-ciri muslim sejati

Assalamualaikum...ni adalah entri pertama aku pada tahun 2011 ni..huhuhu..

kali ni aku nak menyenaraikan 10 ciri-ciri yang patut ada pada seorang muslim, kalau kita mengaku kita orang Islam, kita cek balik, cukup tak 10 ciri-ciri ni dalam diri kita..

1. Aqidah yang sejahtera
2. Ibadah yang sahih
3. Akhlak yang mantap
4. Berpengetahuan luas
5. Memiliki tubuh badan yang sihat
6. Bermujahadah melawan hawa nafsu
7. Berdikari
8. Tersusun dalam pengurusan (menjaga pengurusan masa)
9. Menepati masa
10. Bermanfaat untuk orang lain..

sama-sama kita renung-renungkan..