Kisah Pelajarku



Salam, mengajar di Sarawak pasti banyak cabarannya, anataranya berhadapan dengan pelajar yang datang dari latarbelakang keluarga yang berbeza, ada yang senang, ada yang susah, ada anak askar, ada juga yang ayahnya nelayan..

Baru-baru ini, seorang bekas anak didikku menghantar mesej padaku bertanyakan khabar, aku mengajarnya semester lepas dalam kuliah Pend. Islam 1..dia telah berhenti dari poli..ada khabar angin mengatakan dia berhenti poli sebab berkahwin..

Tapi selepas aku berbalas mesej dengannya baru aku tahu yang khabar angin itu tidak benar..sayu juga mendengar cerita tentangnya..dia terpaksa berhenti poli kerana menghadapi masalah kewangan..ibunya terpaksa tinggal sementara dirumah kakakknya kerana menjaga anak kakaknya yang baru lahir, manakala dia terpaksa menjaga ayahnya yang sudah uzur di rumah, sambil menjaga ayahnya dia membuat kuih untuk dijual.Ya Allah sungguh aku terharu dengan pengorbanan dan usahanya kerana saat umurku sebaya dengannya, aku masih belajar dan hanya tahu meminta dari mak ayah jika duit poket sudah berkurangan..mesejnya lagi, dia selalu bangun awal pagi untuk siapkan bekalan buat abangnya yang akan pergi bekerja, jadi malamnya dia akan tido awal sebab letih dan kena bangun awal pagi...

Jauh disudut lubuk hatinya, aku dapat meneka yang dia sebenarnya dahagakan ilmu dan masih ingin belajar, buktinya dia selalu mesej kat aku tentang perkara2 yang tidak difahaminya..namun keadaan hidupnya memaksanya untuk tidak dapat sambung belajar di poli, aku menasihatinya..belajar tidak semesti mesti berada di IPT tapi belajar boleh dimana-mana, yang penting jangan hilangkan keazaman untuk terus memburu ilmu yang tidak pernah akan habis unutk kita timba..beli buku, baca dan memahami isi kandungannya itupun sebahagian dari belajar. Jangan pernah berhenti untuk belajar

No comments:

Post a Comment