Berhati-hati taktik warga asing

2010/03/26
BARU-BARU ini, saya ke kaunter tukaran mata wang asing di pusat beli-belah di Wangsa Maju untuk menukar duit pembantu rumah saya yang ingin pulang ke Indonesia untuk perkahwinan anaknya.

Selepas urusan selesai, saya menuruni tangga bergerak apabila tiba-tiba sekumpulan warga asing dipercayai dari Indonesia meluru ke sebelah kanan dan depan saya. Salah seorang daripada mereka berpura-pura jatuh seolah-olah terkena sawan. Tanpa saya sedari, dalam keadaan kelam-kabut mereka cuba membantu rakan yang pengsan, duit yang berada dalam poket saya sudah tiada dipercayai diambil seorang daripada mereka yang melanggar saya. Wahai warga asing yang mencari rezeki di Malaysia, carilah rezeki cara sah dan halal. Anda menganiaya rakan senegara anda yang berhempas pulas mencari rezeki halal di Malaysia. Bayangkan sekiranya anda sendiri yang mengalami keadaan ini.

Untuk warga Malaysia, berhati-hati ketika menuruni tangga bergerak walau di mana anda berada kerana ini taktik warga asing untuk mencuri.

DEEBA,
Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

diambil dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Berhati-hatitaktikwargaasing/Article

p/s: kepada warga Indonesia yang mengaku beragama Silam, jadilah orang ISlam yang sebenar, jangan meMALUkan negara anda sendiri

No comments:

Post a Comment