( Aku tinggalkan kamu 2 perkara, apabila kamu berpegang kepada kedua-duanya pasti kamu tak akan sesat selama-lamanya, Al-Quran dan Sunnah Rasulullah : Bukhari wa Muslim)
Kisah Pelajarku
Salam, mengajar di Sarawak pasti banyak cabarannya, anataranya berhadapan dengan pelajar yang datang dari latarbelakang keluarga yang berbeza, ada yang senang, ada yang susah, ada anak askar, ada juga yang ayahnya nelayan..
Baru-baru ini, seorang bekas anak didikku menghantar mesej padaku bertanyakan khabar, aku mengajarnya semester lepas dalam kuliah Pend. Islam 1..dia telah berhenti dari poli..ada khabar angin mengatakan dia berhenti poli sebab berkahwin..
Tapi selepas aku berbalas mesej dengannya baru aku tahu yang khabar angin itu tidak benar..sayu juga mendengar cerita tentangnya..dia terpaksa berhenti poli kerana menghadapi masalah kewangan..ibunya terpaksa tinggal sementara dirumah kakakknya kerana menjaga anak kakaknya yang baru lahir, manakala dia terpaksa menjaga ayahnya yang sudah uzur di rumah, sambil menjaga ayahnya dia membuat kuih untuk dijual.Ya Allah sungguh aku terharu dengan pengorbanan dan usahanya kerana saat umurku sebaya dengannya, aku masih belajar dan hanya tahu meminta dari mak ayah jika duit poket sudah berkurangan..mesejnya lagi, dia selalu bangun awal pagi untuk siapkan bekalan buat abangnya yang akan pergi bekerja, jadi malamnya dia akan tido awal sebab letih dan kena bangun awal pagi...
Jauh disudut lubuk hatinya, aku dapat meneka yang dia sebenarnya dahagakan ilmu dan masih ingin belajar, buktinya dia selalu mesej kat aku tentang perkara2 yang tidak difahaminya..namun keadaan hidupnya memaksanya untuk tidak dapat sambung belajar di poli, aku menasihatinya..belajar tidak semesti mesti berada di IPT tapi belajar boleh dimana-mana, yang penting jangan hilangkan keazaman untuk terus memburu ilmu yang tidak pernah akan habis unutk kita timba..beli buku, baca dan memahami isi kandungannya itupun sebahagian dari belajar. Jangan pernah berhenti untuk belajar
Pemimpin
Salam..kalau kita hendak memilih pemimpin, biarlah kita pilih pemimpin yang elok, baik akhlaknya..yang baik sejarah hidupnya..kalau kita pilih pemimpin yang cakap tak serupa bikin, rosaklah masyarakat jawabnya..kalau kita dah tahu dia dulu pernah cakap seks bebas tak elok, tau2 dia sendiri buat seks bebas, siap ngaku lagi..dah terang2 orang camni xleh pakai..dah sah2la dia kaki menipu, jadi orang camni tak layak untuk duduk atas kerusi 'pemimpin'..kata orang..bila pemimpin tidak bermoral maka akan pincanglah masyarakat kelak..
Justeru, Islam telah melakarkan kepada kita beberapa ciri yang perlu ada pada umara-rabbani ini.:antaranya:
1 . Islam . Pemimpin itu mestilah seorang muslim yang benar-benar menghayati agamanya. Ini kerana islam tidak membenarkan adanya golongan kafir yang memerintah umat islam.
2 . Adil . Sifat ini perlu dimiliki oleh pemimpin umat islam, ekoran begitu pentingnya tampuk pemerintahan yang dipegangnya itu. Ia adalah ibarat penyaksian kepada terlaksananya hukum Allah atau tidak dimuka bumiNya ini. Sebagimana syarat penerimaaan syahadah dalam hukum jenayah memerlukan sifat adil ini, maka apatah lagi tugas besar memimpin umat islam.
3 . Ilmu. Golongan ulama dan umara perlu digabungkan untuk membentuk satu kesatuan bersepadu merencanakan arah geraknya masyarakat Islam didalam kehidupan seharian. Apatah lagi kalau sifat ini dimiliki pula oleh seorang pemimpin yang berwibawa dan berhemah tinggi.
4 . Melaksanakan hukum Allah.
5 . Bersikap sama rata dan tidak berlaku zalim.
Sepotong kata-kata jawapan yang telah dinyatakan oleh Al-imam Hasan al Basri kepada Amirul Mukminin –Umar bin Abd Aziz ketika ditanya tentang apakah kriteria sebenar seorang pemimpin umat islam dengan katanya,
" Sesungguhnya Allah telah menjadikan para imam yang adil itu adalah pembaiki kepada kerosakan, pembetul kepada penyelewengan, pemusnah kepada kezaliman dan pembela kepada yang lemah, pembantu kepada yang dizalimi. Dialah yang melaksanakan hak-hak Allah kepada hambanya, mendengar ayat-ayat Allah dan memperdengarkannya kepada rakyatnya, melihat tanda kekuasaaannya dan memperlihatkannya kepada mereka, berjalan diatas tali Allah dan mengajak manusia bersamanya, dia umpama seorang hamba kepada para rakyatnya –menjaga harta dan juga keluarga tuannya, tidak sekali-kali menghukum dengan cara jahiliah dan mengikut hawa nafsu mereka,tidak menyelusuri jalan orang-orang yang zalim, tidak bersifat dengan golongan pembesar mustakbirin dalam menindas golongan lemah mustad'afin, dialah penjaga anak yatim, pembantu kepada orang–orang miskin, mendidik anak-anak mereka dan menjaga kaum tua mereka."
kalau sekalipun pemimpin tu dari organisasi bukan islam, pilih la yang adil, orang yang cakap tak serupa bikin ni orang yang tak adil, bila dah pemimpin tak adil, akan berlakulah korupsi sana sini..maka berhati2lah kalian memilih pemimpin
wahai 'pemimpin2' yang mengaku diri mereka pemimpin,baik presiden atau pengerusi atau ape saja yang ada sangkut-paut dengan pemimpin. belajarlah kepimpinan dari Rasulullah SAW, bukan dia tokoh agung yang turut diiktiraf oleh orang barat..renung-renungkanlah

Berhati-hati taktik warga asing
2010/03/26
BARU-BARU ini, saya ke kaunter tukaran mata wang asing di pusat beli-belah di Wangsa Maju untuk menukar duit pembantu rumah saya yang ingin pulang ke Indonesia untuk perkahwinan anaknya.
Selepas urusan selesai, saya menuruni tangga bergerak apabila tiba-tiba sekumpulan warga asing dipercayai dari Indonesia meluru ke sebelah kanan dan depan saya. Salah seorang daripada mereka berpura-pura jatuh seolah-olah terkena sawan. Tanpa saya sedari, dalam keadaan kelam-kabut mereka cuba membantu rakan yang pengsan, duit yang berada dalam poket saya sudah tiada dipercayai diambil seorang daripada mereka yang melanggar saya. Wahai warga asing yang mencari rezeki di Malaysia, carilah rezeki cara sah dan halal. Anda menganiaya rakan senegara anda yang berhempas pulas mencari rezeki halal di Malaysia. Bayangkan sekiranya anda sendiri yang mengalami keadaan ini.
Untuk warga Malaysia, berhati-hati ketika menuruni tangga bergerak walau di mana anda berada kerana ini taktik warga asing untuk mencuri.
DEEBA,
Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
diambil dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Berhati-hatitaktikwargaasing/Article
p/s: kepada warga Indonesia yang mengaku beragama Silam, jadilah orang ISlam yang sebenar, jangan meMALUkan negara anda sendiri

Mari Membaca Al-Quran
Dari Abu Hurairah ra katanya, sabda Rasulullah SAW :" Perumpamaan bagi orang mukmin yang membaca Al-Quran seperti buah atrujah, baunya wangi dan rasanya sedap, perumpamaan bagi orang mukmin yang tidak membaca Al-Quran ialah seperti buah tamar(kurma), ianya tidak berbau dan rasanya manis, perumpamaan bagi orang munafik yang tidak membaca Al-Quran ialah seperti 'khanzalah', ianya tidak berbau dan rasanya masam, perumpamaan bagi orang munafik yang membaca Al-Quran ialah seperti 'raihanah', baunya sedap dan rasanya masam"
Entri Bergambar
Mati itu PASTI, Hidup InsyAllah..
Hati-hati menempuh perjalanan yang dinamakan kehidupan,agar tidak tersilap langkah
Sudah sunnah orangt berjuang, mengembara dan berkelana...
Berjuang menempah susah, menanggung derita menungkah fitnah, itulah gelombang hidup samudera duka, seorang mujahid memburu syahid..
......apa yang berlaku pada 29 April 2001....hanya dia yang tahu..
Menjadi hebat
Salam buat semua..moga semuanya sihat sejahtera dan berada dalam rahmat Allah SWT hendaknya..
Untuk menjadi orang yang hebat. kita kena bersikap dengan sikap orang-orang yang hebat..
orang yang hebat bukan orang yang banyak hartanya bahkan lebih dari itu..
orang yang hebat bukan orang yang tinggi pangkatnya tapi lebih dari itu..
Antara ciri-ciri orang yang hebat(diambil dari blog Pn. Martinelli@Ibu)
1. Tidak teruja bila dipuji
2. Tidak memburukkan2 orang lain malah lebih banyak memuji
3. Tidak mrncari populariti
4. Tidak mudah kecil hati
5. Tidak suka mengusutkan fikiran dengan perkara remeh.
6. Tidak banyak bersungut
7. Sentiasa tenang dalam apa saja keadaan
Bukan mudah untuk menerapkan sifat2 itu dalam diri kita. Sedikit pujian orang sudah boleh merasa diri kita hebat. Lintasan2 riak itu amat susah untuk dihapuskan, Teringat saya kisah Imam Syafei yang dikatakan akan memberhentikan bacaan Qur’annya apabila melihat orang menangis terisak2 mendengar bacaannya yang syahdu, Beliau memang terkenal dengan bacaan Alqur’an yang sangat memukau. Beliau berhenti semata2 takut merasa riak.
Ziarah dari Miri
Sabtu baru-baru ini, aku didatangi oleh 2 orang sahabat dari miri, azlan dan firdaus, kenalan dari matrik uia hingga tamat belajar uiam, dan Alhamdulillah masih berkesempatan untuk bertemu walaupun dah bekerja..
Sebuah Pertemuan
UNIC
Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman
Sebuah Pertemuan
UNIC
Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman
Tabah
Salam, semalam diri ini berkesempetan bermesej dengan deorang sahabat lama, kawanku ketika dibangku sekolah suatu ketika dahulu..kini dah jadi pengajar di sebuah sekolah, Alhamdulillah, dia ni seorang yang hebat ilmunya, sesuai dengan dirinya sekarang sebagai pendidik anak bangsa..
halangan dan cabaran yang di hadapinya lebih kurang aku di sini..katanya dia pun pening sebab sorang2 ajar agama, budak2 pulak makin teruk..begitulah cabaran pendidik..mendidik bukan sekadar mengajar apa yang tertulis dalam buku teks tapi mendidik ialah bagaimana membangunkan jiwa insan agar menjadi seorang insan yang sahsiahnya, mantap akhlaknya, bicaranya selalu tentang tazkirah..
perlu diingat kembali..pejuang tidak dihampar dengan karpet merah tapi satu jalan yang penuh duri..
wahai mujahid dan mujahidah, jangan pernah mengalah
Saya Dah Tak Sanggup Hidup
“Pisau kat bawah bantal hari tu, untuk apa?” Saya mula memberi tekanan.
Ema terus tunduk. Tangisannya semakin kuat. Esak tangis itulah yang menjadi teman setianya sejak hubungan dengan kekasihnya mula menghadapi masalah. Esok kekasihnya akan bertunang dengan wanita lain.
“Nak buat apa dengan pisau tu?” Saya terus menekan. Ingatan saya kembali kepada peristiwa beberapa hari lalu. Jam 2.40 pagi saya dikejutkan dengan berita bahawa ada pelajar mahu mencederakan diri. Mujurlah ketika itu dia sudah terlalu lemah kerana tidak makan beberapa hari. Tindakan segera telah diambil. Namun, spot check di biliknya menemukan saya dengan sebilah pisau ‘tolak’ (pisau pemotong kertas) yang matanya sudah sedia untuk menjalankan tugasnya. Hairannya, pisau itu diletakkan betul-betul di sebelah surah Yasin!
“Saya dah tak sanggup hidup,” jelas Ema. Suaranya berselang-seli esak hiba.
“Kalau macam tu, kenapa tak teruskan je? Teruskan je lah niat ema tu!” Suara saya makin meninggi.
“Teruskan je niat Ema tu!” tekanan demi tekanan saya berikan.
Saya tak takut kerana pisau itu telah pun saya rampas! Saya rasa perlu untuk menasihat Ema dengan memberi tekanan sementelahan nasihat lembut berhemah tidak dapat mengubat kesedihannya.
Tangisan Ema semakin kuat. Akhirnya saya merendahkan suara. Saya sedarkan dia bahawa dia masih mampu untuk membuat pertimbangan yang wajar. Masih ingat pada mak. Masih ingat pada ayah. Masih ingat pada diri sendiri. Masih ingat pada Allah tuhan yang memiliki diri itu.
Ema hanya ditinggalkan kekasih. Sedangkan Ema masih setahun jagung di menara gading. Ada banyak perkara lain yang perlu menjadi keutamaan. Untuk apa ditangisi seorang lelaki yang tidak setia, yang sanggup meninggalkan Ema… Biarkan sahaja dia pergi. Pasti ada hikmahnya. Apa yang jelas, dia bukanlah lelaki terbaik untuk Ema.
“Ema, pandang mata saya,” pinta saya.
Ema terus tunduk. Tangisan sudah tidak kedengaran.
“Pandang mata saya, Ema.” Saya terus mengarah.
Saya angkat dagu Ema. Dia tetap enggan melihat mata saya.
“Pandang mata saya” Saya terus meminta.
Perlahan-lahan Ema membuka matanya. Merah dan sembab.
“Ema nampak tak anak-anak lima orang kat bawah tu. Kecil-kecil lagi. Ema tahu tak yang diorang tu anak yatim.” akhirnya apa yang saya tak suka sebut mula meniti bibir. Saya kawal perasaan.
“Ema, awak cuma hilang kekasih. Itu adalah ujian Allah. Tapi, ujian tu tak setanding dengan ujian yang Allah berikan pada orang lain. Setiap kali kita diberikan ujian, kena ingat bahawa ujian kat atas orang lain lebih berat lagi. Kita kena sabar… Sabar banyak-banyak…”
Saya terus merenung mata Ema. Beban di bahu dan beban di hati saya hanya Allah yang tahu.
“Ema hilang kekasih, tapi Ema masih ada emak ayah. Saya dah takde emak ayah. Ema tahu tak, suami saya meninggal masa saya tengah sarat mengandung lapan bulan. Mengandung lapan bulan, Ema… Dengan perut besar, anak-anak yang lain masih kecil-kecil. Masih mahu didokong, dimandi, disuap. Saya kena lalui semuanya seorang diri. Ema hanya hilang kekasih. Saya hilang kekasih, suami, tempat bergantung dan ayah kepada anak-anak. Tapi, saya kena kuat. Apa yang Allah tentukan untuk saya tak seberat dugaan yang Allah berikan pada orang lain.” air mata mula bergenang di kelopak mata saya. Saya menarik nafas panjang-panjang. Semangat dikumpul kembali.Saya mesti kuat!
Terbayang dahulu… Saya bercuti 2 minggu, kemudian kembali ke USM dan terus memberikan kuliah seperti biasa. Selepas kira-kira 40 hari suami meninggal, saya bersalin di hospital yang sama di mana suami meninggal. Berat. Terlalu berat rasanya ujian. Tapi saya perlu kuatkan semangat kerana kehidupan perlu diteruskan. Saya mengutip semangat Maryam, Hajar dan Aminah yang masing-masing sendirian melahirkan Nabi Isa, Nabi Ismail dan Nabi Muhammad s.a.w. Pengalaman saya yang tidak setanding taqdir buat tiga wanita itu tercatat di (http://drhasanah.com/2008/permata-baru/)
Lebih sejam saya memberi nasihat dan motivasi. Sebelum saya meninggalkan Ema sendirian di biliknya, saya tuliskan selawat syifa di atas sehelai kertas. Saya ajarkan kepadanya. Saya minta dia ulang baca berkali-kali. Selepas melihat keadaannya agak tenang, barulah saya berani melangkah keluar meninggalkan bilik tersebut.
Semoga sabar dan tabah.
Ema, usah jadikan pengalaman hidup saya sebagai panduan hidup. Ia sekadar perkogsian pengalaman. Tapi, ambillah Allah, al-Quran dan sunnah sebagai pegangan. Kalau bukan kerana Allah, al-Quran dan sunnah, saya juga pasti telah lama kecundang.
Teman penguat semangat saya ialah janji Allah s.w.t. “Maka sesungguhnya pada kesusahan akan ada kesenangan” dan juga “Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah maka Allah akan berikan untuknya jalan keluar (yang baik), dan diberikan kepadanya rezeki dari sesuatu yang tidak disangka-sangka, dan sesiapa yang bertawakkal (berserah) kepada Allah maka cukuplah baginya….(hingga akhir ayat)”
-adaptasi dari kisah benar. Nama ema bukan nama sebenar.
-kisah ini bukan bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, tapi dengan tujuan supaya setiap kita lebih peka dengan masalah remaja dan belia kita. Bagi saya, banyak iktibar yang boleh diambil dari peristiwa ini.
-dicatatkan sambil menemankan anak-anak mandi di kolam renang USM.
diambil dari iluvislam.com

Jahiliyah Moden
Sebelum kedatangan Islam, Masyarakat arab hidup dalam keadaan jahiliyah..kenapa mereka dikatakan begitu, ini kerana mereka hidup dalam keadaan yang tidak ada peraturan hidup yang sempurna, mereka menanam hidup-hidup anak perempuan..apabila lahir anak perempuan, si bapa akan mengorek tanah dan diletakkan anak perempuannya, kemudian dikambus tanah bagi menanam anak perempuannya itu..begitulah senario ketika itu..
KEJAM, ZALIM DAN TAK BERHATI PERUT.. itulah yang boleh ana gambarkan tentang kes yang berlaku baru-baru ini
Syafia Humairah Sahari, 3, ditampar, disepak teman lelaki ibu
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya di kediaman mereka, di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam kelmarin.
Syafia Humairah Sahari dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.
Mangsa dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Bahru (HKKB) ketika dibawa oleh teman lelaki ibunya dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan raya.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Affandi Yahya, berkata lelaki berusia 28 tahun bersama rakannya melarikan diri sejurus jururawat bertanya maklumat terperinci mengenai kanak-kanak berkenaan.
"Ketika dihampiri jururawat, dia mendakwa perlu bergegas ke balai polis untuk membuat laporan kemalangan itu.
Kira-kira jam 11 malam, polis dimaklumkan oleh pihak hospital dan meminta menyiasat secara terperinci kerana mengesyaki berlaku penderaan selepas melihat kanak-kanak berkenaan mempunyai banyak kesan luka dan lebam.
"Polis menjalankan siasatan berhubung kemalangan seperti yang dimaklumkan, namun tiada sebarang laporan mengenai kemalangan membabitkan kanak-kanak berusia tiga tahun," katanya semalam.
Norel Azmi berkata, pemeriksaan awal hospital mendapati ada tanda-tanda kecederaan dipercayai dipukul menggunakan objek tajam.
"Berdasarkan kecederaan, penderaan dipercayai baru dilakukan dan mangsa mengalami pendarahan dalaman sehingga menyebabkan kematian.
"Kira-kira jam 3 pagi, polis menahan teman lelaki ibu mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi untuk siasatan. Hasil soal siasat, suspek mengaku mencederakan kanak-kanak itu dengan menampar dan menyepak mangsa," katanya.
Beliau berkata, polis turut menahan untuk soal siasat ibu mangsa, seorang ibu tunggal berusia 20-an selepas suspek mendakwa ia dilakukan bersama teman wanitanya.
Sementara itu, Bernama melaporkan, bapa suspek enggan mengulas mengenai kejadian itu dan akan memberi keterangannya kepada polis apabila diperlukan.
Menurut saksi yang enggan dikenali, sebelum kejadian, suspek ke padang berdekatan untuk bermain bola dengan membawa mangsa bersamanya.
Ketika sedang bermain bola, kanak-kanak itu menangis dan suspek pergi ke arahnya lalu menyerang kanak-kanak itu.
Orang ramai meleraikannya sebelum mengangkat kanak-kanak itu ke dalam teksi milik suspek dan membawanya ke hospital.
Lebih teruk dari zaman jahiliyah, Jahiliyah arab sekadar tanam anam perempuan tapi jahiliyah moden lebih hina dari itu, sanggup menyepak seorang anak perempuan yang tidak berdaya..kalau dah kuat sangat, carilah lawan yang sepadan, kenapa mesti anak kecil yang tidak berdaya menjadi mangsa. DAYUS lelaki itu kerana mencari lawan yang tidak setara..
Wahai pemuda-pemuda mujahid sekalian, bangkitlah dari tidur..bersama-sama kita menentang jahiliyah moden, apakah kita tega membiarkan seorang lelaki yang bertopengkan syaitan membunuh seorang anak kecil yang tidak berdosa..maka sudah sampai masa kita menguatkan jasad dan rohani..mafhum hadis : "Orang mukmin yang kuat dan baik lebih disukai Allah SWT dari mukmin yang dhaif"

Subscribe to:
Posts (Atom)