MEMAGARI DIRI DARI SIHIR

>>Cara memagar diri dari ilmu hitam (sihir)Di bawah ini ini di
>>nyatakan
>>cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda
>>dari
>>perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin
>>tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda..ketahuilah cara
>>memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.
>>
>>Pagar Pertama (1)
>>
>>Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah.
>>
>>Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama
>>dengan
>>Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua
>>jenis
>>tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya
>>menepati
>>sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:
>>
>>"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah,
>>dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun
>>atau sihir yang terkena pada hari itu".
>>
>>
>>Riwayat al Bukhari.
>>_____
>>
>>Pagar Kedua (2)
>>
>>
>>Berwuduk sebelum tidur
>>
>>
>>Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim
>>yang
>>mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal
>>ketat
>>oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T.
>>kepada
>>mereka.
>>
>>Sabda Rasulullah S.A.W.:
>>Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan
>>Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya
>>tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih
>>dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya
>>seorang Malaikat.
>>Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau
>>pun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!
>>Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur
>>dalam keadaan bersuci'"
>>
>>
>>Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.
>>
>>_____
>>
>>Pagar Ketiga (3)
>>
>>
>>Mengambil berat tentang solat berjemaah
>>
>>
>>Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang
>>muslim
>>bebas serta aman dari
>>gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah
>>menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi
>>mereka.
>>Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk,
>>menyihir atau melakukan kejahatan lain.
>>
>>Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda
>>:
>>Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan
>>hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun
>>penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi
>>oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat
>>berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan
>>kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.'
>>Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik.
>>
>>_____
>>
>>
>>
>>Pagar Keempat (4)
>>
>>
>>Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir.
>>
>>
>>Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah
>>mempermudah- mudahkannya. Sifat mempermudah- mudahkan bangun bersolat
>>malam
>>boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang
>>itu.
>>Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya
>>adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan
>>tindakbalas
>>hasil perlakuan
>>syaitan tersebut.
>>
>>
>>Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata:
>>Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal
>>seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan
>>tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah
>>S.A.W. pun bersabda:
>>Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di
>>dalam telinganya"
>>
>>
>>Riwayat al Bukhari dan Muslim.
>>
>>_____
>>
>>Pagar Kelima (5)
>>
>>
>>Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas.
>>
>>
>>Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh
>>itu ia
>>akan cuba sedaya upaya
>>menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim
>>setiap
>>kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa
>>sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan
>>tidak
>>membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh
>>syaitan.
>>
>>Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca
>>doa
>>perlindungan dengan
>>berkata :
>>Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya
>>aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan
>>gangguan syaitan".
>>Riwayat al Bukhari dan Muslim.
>>Maksudnya adalah berlindung dari gangguan
>>syaitan-syaitan jantan atau betina.
>>
>>_____
>>
>>Pagar Keenam (6)
>>
>>
>>Memagar isteri selepas selesai akad nikah
>>
>>Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan
>>adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan
>>kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil
>>
>>berdoa :
>>
>>
>>"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya
>>dan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya,
>>dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan
>>yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah
>>berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah
>>dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang
>>yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia
>>telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang
>>yang suka melakukan tipu daya"
>>
>>
>>Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya
>>baik.
>>
>>_____
>>
>>Pagar Ketujuh (7)
>>
>>
>>Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi
>>dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
>>
>>
>>Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah
>>berkata
>>kepada Abu Hurairah:
>>"Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya
>>sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali
>>tidak
>>mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi'.
>>
>>Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah
>>tersebut
>>sambil berkata:
>>"Ia telah bercakap benar kepada engkau, wa/hal ía
>>sendiri sememangnya penipu" Riwayat al Bukhari.

p/s : moga ada manfaatnya

No comments:

Post a Comment