motivasi yang aneh

"awek nak ramai, makan nak banyak, tido nak lama tapi keje nak cikit, keje malas"

nila antara bait-bait yang sering dituturkan oleh ayob-ayob comrade suatu ketika dahulu..kata-kata ni bukanlah untuk menyakitkan hati seseorang tapi untuk memberi motivasi kepada seseorang...bunyi cam pelik tapi tula cara kami memberikan motivasi, bila kata-kata hikmat ni ditujukan kepada seseorang, maka secara otomatik orang tu akan jadi rajin(walaupun kejap je)he3..

tapi kata-kata camni akan jadi motivasi kepada mereka yang memahami, kalau ditujukan kepada orang yang tak memahami, memang takkan jadi..hu3..

aku dah cuba praktik ayat tu kat tempat keje aku tapi xjadi pun,hu3..ibarat mencurah air ke daun keladi..tapi pe pun aku sentiasa doakan kawan-kawan aku sihat sejahtera n rajin-rajin belaka.Amin...

fasa ke 3

Salam Ramadhan..
Alahamdulillah, dlam sedar tak sedar kita telah pun melangkah ke fasa ke 3 di bulan yang mulia ini yang mana ianya mengandungi beberapa kelebihan

1) Dilepaskan@dibebaskandari neraka

2) Lailatulqadar..merupakan satu malam yang lebik baik dari seribu bulan..maka dari itu, marilah kita sama menyemarakkan 10 malam terakhir ini dengan menunaikan ibadah sebanyak-banyaknya..habiskan bacaan Al-Quran..bangun malam..banyakkan berzikir..ringankan tangan untuk bersedekah..dan sebagainya..

Amanah

Sebuah hadis, mafhumnya..

"Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah kehancuran. Sahabat bertanya, bagaimana mensia-siakan amanah itu? Rasulullah SAW menjawab : Apabila sesuatu jabatan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah saat kehancurannya"

Lagu Negaraku

Lagu kebangsaan Malaysia iaitu lagu Negaraku telah dituduh sebagai lagu ciplak oleh segelintir rakyat Indon..dan ternyata tuduhan ini ternyata SALAH, SILAP DAN TAK BETUL, tenyata tuduhan ini adalah satu tuduhan MENIPU...

wahai rakyat indon, bangunlah dari mimpi, jangan hanya suka membuat tuduhan, buatlah kajian yang mendalam dan jadilah orang berilmu..bukankah ayat pertama dari Al-Quran menyuruh kita 'membaca'..jelas dan nyata Islam menyuruh kita menjadi orang berilmu

jangan berburuk sangka..Islam melarang kita berburuk sangka, jadi janganlah suka membuat tuduhan melulu akibat dari buruk sangka tersebut..hei..fikirlah dulu sebelum berkata-kata..kan dah malu bila kebenaran dah terbukti..belajarlah untuk sentiasa berbaik sangka..

tuduhan melulu camni tah tuduhan yang ke berapa pun aku xingat(sb byk sgt) tapi endingnya..kebenaran terbukti jua dan mereka yang malu...apakah dengan dibayar hanya beberapa rupiah maka kita sanggup menggadaikan maruah diri dengan membakar bendera negara orang, membuat tuduhan melulu tanpa mengkaji..

sampai bila rakyat asia nak maju kalau terus2an berbalah sesama sendiri..belajarlah menghormati orang lain untuk dapat penghormatan dari yang lain..belajarlah untuk sama-sama bangunkan anak bangsa sendiri dan menolong orang lain dalam proses pembangunan...mana mungkin rakyat bisa bangun kalu asik bercakar sesama sendiri..mun kitak madah tapi nya sik faham, masalah...

p/s: belajar bahasa sebanyak mungkin untuk memudahkan komunikasi...bahasa melambangkan bangsa..

Kalaulah...

KALAU DAN KALAU...
www.iluvislam. com
tajulrijalannuar
editor:azzahra_ solehah




Kalaulah Allah lihatkan amalan kita. Berapa banyak dosa. Berapa banyak pahala??

Kalaulah dosa itu macam batu. Berapa berat perlu kita angkat?

Kalaulah pahala itu bagai duit. Berapa banyak boleh simpan dalam akaun??

Kalaulah nafsu itu punya bentuk dan rupa, dan syaitan ada di sebelah kita dalam wajah tersendiri.
Adakah kita akan berkawan dengan mereka? atau takut dan memusuhi mereka? atau kita tetap jadi lagi teruk dari syaitan.. (tetap sama seperti biasa kita buat)

Kalaulah, Muhammad hidup bersama kita.
Adakah kita layan baginda selayaknya sebagai seorang nabi.
Malu berbuat dosa depan mata banyak nya bertimbun-timbun.
Malu dengan syirik dan khurafat yang kita buat.
Malu sebab tinggalkan risalah baginda.
Malu bergaduh sesama Islam padahal kita dah tahu kita saudara.
Hanya sebab kuasa,ideologi dan harta.

Pada hal dah tahu tak bawak ke manapun harta berlambak sedunia!!
Pada hal dah tahu pegangan kita sama!!
Pada hal dah tahu pangkat dan jawatan tak mampu membeli ampunan dari Tuhan!!

Kalaulah kita nampak syurga dan neraka.
Tempat dan rupa nya bagaimana? Apa ada dalam syurga?
Apa isi dalam neraka?
Dan setiap Ahmad,Abdullah dan ar-rijal dicop dia munafiq, kufur, islam atau beriman...
Masihkah aku dan kau lari dari tanggungan amalan..
Masihkah kita berdalih dan beralasan??

Kalaulah Allah menampak kan wajahNya pada kita masihkah kita sanggup syirikkan dia? Agungkan cinta manusia lagi tinggi dari cinta Dia!!



Berkalau-kalau tu amalan syaitan.. tapi "kalau" yang ini aku tulis untuk keluarkan kau,aku dan dia dari terus teruk daripada syaitan.






--------------------------------------------------------------------------------

MEMAGARI DIRI DARI SIHIR

>>Cara memagar diri dari ilmu hitam (sihir)Di bawah ini ini di
>>nyatakan
>>cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda
>>dari
>>perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin
>>tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda..ketahuilah cara
>>memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.
>>
>>Pagar Pertama (1)
>>
>>Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah.
>>
>>Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama
>>dengan
>>Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua
>>jenis
>>tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya
>>menepati
>>sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:
>>
>>"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah,
>>dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun
>>atau sihir yang terkena pada hari itu".
>>
>>
>>Riwayat al Bukhari.
>>_____
>>
>>Pagar Kedua (2)
>>
>>
>>Berwuduk sebelum tidur
>>
>>
>>Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim
>>yang
>>mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal
>>ketat
>>oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T.
>>kepada
>>mereka.
>>
>>Sabda Rasulullah S.A.W.:
>>Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan
>>Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya
>>tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih
>>dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya
>>seorang Malaikat.
>>Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau
>>pun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!
>>Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur
>>dalam keadaan bersuci'"
>>
>>
>>Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.
>>
>>_____
>>
>>Pagar Ketiga (3)
>>
>>
>>Mengambil berat tentang solat berjemaah
>>
>>
>>Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang
>>muslim
>>bebas serta aman dari
>>gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah
>>menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi
>>mereka.
>>Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk,
>>menyihir atau melakukan kejahatan lain.
>>
>>Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda
>>:
>>Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan
>>hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun
>>penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi
>>oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat
>>berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan
>>kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.'
>>Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik.
>>
>>_____
>>
>>
>>
>>Pagar Keempat (4)
>>
>>
>>Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir.
>>
>>
>>Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah
>>mempermudah- mudahkannya. Sifat mempermudah- mudahkan bangun bersolat
>>malam
>>boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang
>>itu.
>>Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya
>>adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan
>>tindakbalas
>>hasil perlakuan
>>syaitan tersebut.
>>
>>
>>Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata:
>>Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal
>>seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan
>>tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah
>>S.A.W. pun bersabda:
>>Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di
>>dalam telinganya"
>>
>>
>>Riwayat al Bukhari dan Muslim.
>>
>>_____
>>
>>Pagar Kelima (5)
>>
>>
>>Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas.
>>
>>
>>Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh
>>itu ia
>>akan cuba sedaya upaya
>>menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim
>>setiap
>>kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa
>>sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan
>>tidak
>>membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh
>>syaitan.
>>
>>Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca
>>doa
>>perlindungan dengan
>>berkata :
>>Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya
>>aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan
>>gangguan syaitan".
>>Riwayat al Bukhari dan Muslim.
>>Maksudnya adalah berlindung dari gangguan
>>syaitan-syaitan jantan atau betina.
>>
>>_____
>>
>>Pagar Keenam (6)
>>
>>
>>Memagar isteri selepas selesai akad nikah
>>
>>Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan
>>adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan
>>kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil
>>
>>berdoa :
>>
>>
>>"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya
>>dan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya,
>>dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan
>>yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah
>>berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah
>>dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang
>>yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia
>>telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang
>>yang suka melakukan tipu daya"
>>
>>
>>Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya
>>baik.
>>
>>_____
>>
>>Pagar Ketujuh (7)
>>
>>
>>Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi
>>dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
>>
>>
>>Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah
>>berkata
>>kepada Abu Hurairah:
>>"Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya
>>sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali
>>tidak
>>mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi'.
>>
>>Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah
>>tersebut
>>sambil berkata:
>>"Ia telah bercakap benar kepada engkau, wa/hal ía
>>sendiri sememangnya penipu" Riwayat al Bukhari.

p/s : moga ada manfaatnya

Mari Mengaji Al-Quran

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.



Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'


Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


p/s : Marilah kita memperbanyakkan membaca Al-Quran di bulan yang mulia ini...hayya bi qira'atil Quran

cerita sabtu lepas

aku sampai ke umah dalam kul 5 petang, xlama kemudian tiba sebuah kete kancil, shuk n shahrul, aku ajak shahrul naik kete aku. kami (2 kete) g uia, nak amik kawan2 lain
...............
sebenarnya pada hari tu, da sorang member aku ajak g berbuka kat nilai, lepas sampai kat uia, kami decide nak g satu kete je, so barang2 dari kete kancil dipindahkan ke kete aku, bermulalah sebuah perjalanan..menuju ke nilai
............
tiba di tengah perjalanan, tiba2 member aku cakap kunci umah dia tertinggal kat dlm kete kancil, huh, jam dah hampir ngan waktu berbuka..pastu mulalah rancang nak patah balik, tapi bile fikir memang xsempat nak patah balik, member aku tu pun kol akak dia, cakap yang kiteorang nak berbuka kat umah akak dia kat putrajaya, so sampai kat putrajaya, kami lepak jap tggu shahrul(dia naik moto)
.....
azan berkumandang
nasib baik aku da bawa tamar, so kami bukala posa pada petang itu dengan mengunyah tamar sambil menunggu shahrul, bila dia sampai, ingatkan nak terus gerak, tapi sempat lagi dia bentikan enjin moto dan tapau tamar, hu3..
......
perjalanan diteruskan sampai la ke umah akak member aku tu, kami disambut dengan berjabat tangan ngan abang ngah@abg ipar dia, hari tu kami berbuka dengan lauk ikan patin(antara lauk feveret aku)...then kami sambung solat kat surau berhampiran..masa nak g surau, jali tumpang moto shahrul, usai solat, jali bgtau shahrul dah inat seseorg..adik ipar syuk(saje nak kenakan shahrul)..mcam2la kami usik dia bagi menceriakan suasana, he3...
......
sebelum pulang ke uia, kami sempat singgah di alamanda, g jalan2 n makan eskrim + roti boy...

p/s : cite pasal motor sesat cari jalan pulang aku xsempat nak taip
: pada jali,heri, nasir, herman, shukri n shahrul...thanks sb dapat iftar ngan korang,walaupun kejap tapi best...moga kita iftar sama2 lagi kelak..paliq, nape ko x join kiteorang hari tu???