angah rindu mak…rindu sangat…
walau seribu perkara yang angah buat pun
takkan pernah sedetik nama mak hilang diingatan angah
angah rindu mak…rindu sangat…
tak puas lagi mendengar kata-kata semangat dari mak
tak kan pernah lupa kebaikan yang mak selalu buat
beli roti dan susu…utk disedekahkan pada org yg fakir
peluk erat budak yang sgt nakal ditadika…psikologi kanak-kanak yang jarang2 org sekarang lakukan
pantas saja menghulur bantuan tika sahabat dlm kesusahan
punya idea-idea yang bernas…
hebat mengeluarkan hujah dikala yang lain dalam kebuntuan…
bersikap kreatif dan inovatif dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan…
angah rindu emak…
rindu sangat…
angah selalu saja impikan untuk menjadi tabah seperti mak
nak jadi seaktif mak
nak jadi sehebat mak
nak punya sifat2 baik seperti mak
mak yang tebal naluri keibuannya
mak yang kenal anaknya sedalam-dalamnya
mak yang sentiasa menjadi teman, sahabat dan kawan
angah sayang mak
angah sayang mak
angah sayang mak
No comments:
Post a Comment