Sanah Helwah ya Abi



Dalam hidup ini, kalau kita nak balas jasa ayah kita, kita sebenarnya tak mampu nak balas jasa ayah kita...

Dia insan yang kusanjungi
Dia insan yang kuhormati
Lemah lembut tutur katanya
Memberi nasihat pada diri ini

Dia insan yang penyayang
Tidak kedekut memberi wang
Disaat aku memerlukan
Dia insan yang baik hati
Tegurannya berhimah
Nasihatnya diingati selalu

Selamat Ulang tahun abah,
uni sentiasa doakan abah
moga dipanjangkan umur
dimurahkan rezeki
diberi nikmat kesihatan yang baik
sentiasa dalam rahmat Ilahi
sentiasa bahagia disisi kami..

Aeman - Ayah

ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....

Kualiti Soalan

Bertanyakan soalan yang berkualiti kadang-kadang terhasil secara spontan, kadang-kadang terhasil dari pemikiran yang mendalam. Walau apapun jua caranya, soalan yang berkualiti memerlukan jawapan yang berkualiti. Yang pasti, jawapan yang berkualiti memang tak boleh dijawab secara spontan (melainkan penjawabnya seorang ilmuwan). Jawapan yang berkualiti memerlukan fakta yang tepat, info yang berguna, perlu kepada bahan bacaan ilmiah yang banyak dan peka terhadap keadaan sekeliling.

Sebagai contoh, dalam sebuah dewan telah berlangsung sebuah kolokium. Selesai pembentangan yang pertama, sesi soal jawab dibuka, seorang insan bangun dan bertanyakan soalan ( saya kira dia seorang guru tapi soalan biasa-biasa sahaja ). Pembentang menjawab soalan tersebut. Soalan terakhir ditanya seorang pelajar sekolah menengah tentang PPSM dan kenapa masih ada yang buta huruf???Selesai bertanya, satu dewan tepuk tangan untuk pelajar tersebut. Ternyata seoalan pelajar itu lebih berkualiti dari soalan yang ditanya oleh seorang guru...

Hebat!!

KEHIDUPAN

Kehidupanku..
Kau adalah rahmat dari Tuhanku
Mengisi hari-hari yang penuh pancaroba
Penuh liku hingga terkadang aku
alpa menyusurimu..

Masa berlalu begitu pantas
Meninggalkan aku yang masih terleka
Mungkinkah aku ini sedang dibuai mimpi indah
Menggapai fantasi dalam dunia realiti

Seketika aku mengingati kembali
Tujuan asalku diutuskan ke muka bumi
Aku adalah khalifah...
Memikul tanggungjawab memakmurkan dunia
Mengembalikan fitrah Islamiyyah

Tetapi.. mampukah aku berdiri sendirian?
Di atas dunia yang penuh dugaan
Aku adalah bonekanya..dan
Kau dunia..
Adalah pentasnya..
Lantas..ku berserah pada-Mu Tuhan
jadikanlah aku boneka yang hebat

Dapat mengawal pentas dunia
Bisa menyusuri ranjau berduri
Dan pada-Mu Tuhan aku berserah
Hanya Kau tempat aku mengakhiri noktah
Kehidupan yang penuh pancaroba ini..

-Ummu Najah- 7.38pm..

Jangan Riya' apabila berilmu

Menuntut ilmu ada suatu kewajipan bagi muslim, bermula dari lahirnya ke dunia sehinggalah rohnya ditarik keluar dari jasad..Dalam kehidupan ini ada pelbagai macam jenis orang, ada yang pandai, ada yang kurang pandai, ada yang buat-buat pandai..

Beberapa hari lepas, seorang rakan aku menceritakan perihal seorang kawannya yang diberi kelebihan otak tapi tak bersyukur..maksud kelebihan otak kat sini ialah dia mampu menghafal sesuatu perkara dalam masa yang singkat..antara yang dia hafal ialah Al-Quran 30 juzuk, lebih seribu hadis, menguasai 4-5 jenis bahasa termasuk "klaka sarawak"..namun disebalik kelebihan itu terdapat satu kelemahan yang aku kira merbahaya buat semua pencinta ilmu..dia tidak boleh menerima pendapat orang lain kerana merasakan dirinya hebat, apabila berbincang tentang feqah, dia mengatakan dia orang fiqh, orang lain mesti mendengar dan menerima pendapat dia, apabila kita menyampaikan hadis padanya, dia kata dia lagi banyak hafal hadis berbanding dengan kita yang 'qillatul makrifah' ini..

Seseorang yang berilmu tidak semestinya dia memiliki akhlak yang mulia..ramai yang berilmu tapi akhlaknya kurang..alangkah cantiknya jika ilmunya tinggi dan akhlaknya mulia..

teringat kisah Imam Hasan Al-Basri yang membantu seorang pencuri yang mencuri barang dirumahnya sendiri..suatu hari, seorang pencuri datang ke sebuah rumah untuk mencuri, tiba-tiba masuk seorang hamba Allah yang datang menolong pencuri tersebut, pencuri kedua itu mengatakan kepada pencuri pertama bahawa didalam almari itu mempunyai lagi banyak pakaian, maka seronoklah pencuri pertama kerana malam itu dia berjaya mendapat barang curian yang banyak berbanding hari biasa, maka pencuri tersebut membawa barang - barang curian itu ke rumahnya dibantu oleh pencuri kedua yang sudah berusia itu, apabila sampai dirumah pencuri pertama tadi, dia terkejut kerana pencuri kedua tidak meminta sedikit pun harta curian bahkan pencuri kedua memberitahu bahawa dia telah berusia dan tidak memerlukan harta curian tersebut..

maka hari esoknya, kecohlah penduduk Kota Baghdad menceritakan perihal rumah Imam Hasan Al-Basri dimasuki pencuri, pencuri pertama tadi rasa bersalah kerana telah mencuri barang-barang dari seorang ulama terkenal, atas perasaan bersalah, dia ingin memulangkan kembali barang-barang tersebut.. apabila sampai sahaja dirumah tuan empunya barang, pencuri pertama sangat terkejut kerana orang yang membuka pintu rumah tersebut adalah pencuri kedua yang membantunya malam tersebut..rupa-rupanya pencuri kedua itu adalah tuan rumah dan namanya Imam Hasan Al-Basri.

Kemudaian Imam Hasan Al-Basri berkata yang bermaksud" Jika Allah SWT telah menetapkan rezeki untuk kita, maka sesungguhnya seorang pencuri pun tidak mampu untuk menarik rezeki tersebut daripada kita"

maka insaflah dan bertaubatlah pencuri tersebut atas perbuatannya yang lalu..

kesimpulan yang aku nak buat kat sini : Imam Hasan Al-Basri memiliki ilmu yang tinggi, seorang ulama terkenal tapi beliau tidak riya' dengan ilmunya bahkan akhlaknya juga mulia kerana berupaya membimbing ramai orang termasuk seorang pencuri..Usah dibangga dengan ilmu yang dimiliki kera ingatlah kita bahawa ilmu Allah itu sangat sangat luas, bahkan kalau semua lautan dijadikan dakwat dan digandakan tujuh, maka itu tidak cukup untuk menulis semua ilmu-ilmu Allah SWT...

Jadilah pencinta ilmu yang sentiasa menuntut ilmu..