Cerita Kg Sebuyau - Ceramah Maulidur Rasul

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari Sabtu dan Ahad minggu lepas aku berkesempantan berkunjung ke Kg Sebuyau kerana di jemput untuk memberi satu ceramah berkaitan Maulidur-Rasul..Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam, bertolak seusai solat zuhur dan tiba di Kg Sebuyau pada jam 5.30 ptg..bertemankan Us. Fakhurulzee, Abg Mohd Sabirin dan Akhi Nazir..aku dan Us.Fahurulzee menumpang bermalam di rumah rakan kami,Us Halis Syafiq

Ceramah bermula selepas solat maghrib..Berikut adalah intipati ceramah tersebut..

Muqaddimah : Rasulullah SAW satu contoh ikutan yang terbaik dari semua aspek termasuk, ketua keluarga, pemimpin masyarakat dan semuanya..

Isi - isi
1) menceritakan tentang tanda-tanda kelahiran Nabi SAW seperti Runtuhnya istana Raja Parsi, kawah api bangsa majusi terpadam dan peristiwa tentera bergajah tewas dengan tentera Allah, burung-burung Ababil (rujuk tafsir surah Al-Fiil)

2) Biodata Nabi secara ringkas..
Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)

USIA 8 TAHUN Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 25 TAHUN
1· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
2· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
3· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
4· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 40 TAHUN 1· Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
1· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
2· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN 1· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

3) Kenapa mesti berselawat..berkaitan denga kelebihan-kelebihan berselawat

4) Berakhlak dengan Nabi SAW
Beriman kepada Rasul
Tunduk dan Patuh Kepada Rasul
Cinta Kepada Rasul (Al-Hubb dan Al-Ikhtibar)

Kesimpulan
1- Jangan kita lupakan sejarah Nabi SAW
2- Jangan kita lupakan sejarah kegemilangan Islam


Seusai solat Isyak, kami djemput untuk minum air di rumah Cikgu Alawi, peramah dia ni, banyak yang kami kongsikan ketika itu tapi masa tidak mencukupi kerana kami terpaksa menghadiri jemputan makan malam di rumah En. Muiz @ Setiausaha Surau..
Lebih kurang jam 11 malam, kami beransur pulang,Us Halis membawa kami berjalan2 sekitar kawasan Kg. Sebuyau..

Hari ahad, kami pergi ke pasar Sebuyau mencari juadah untuk bersarapan..kemudian sekali lagi kami meronda-ronda Kg Sebuyau dan berangkat pulang ke Kuching pada jam 11pagi

2 comments: