Rasa Bersalah

suatu pagi, seorang pelajar datang ke pejabat dan berjumpa dengan aku.

"Assalamualaikum ustaz, ustaz, saya nak minta tangguh hantar assignment boleh ustaz, saya hantar hari isnin minggu depan"

"Bile tarikh last untuk hantar assignment?"

"hari rabu minggu ni ustaz, tapi saya tak sempat la ustaz.."

"kenapa tak sempat?bila saya bagi tajuk dan due date hantar assignment? bukan ke saya bagi pada awal semester hari tu...

"emmm"...(pelajarku tunduk dan diam)..

"oklah, kamu boleh hantar assignment isnin depan, tapi ustaz nak bagitau, kamu hantar lambat sebab perancangan kamu tak tepat, pelajar selalu fikir boleh buat assignment last minit, memang boleh buat tapi hasil tak kemas, bila nak buat kemas kena amik masa yang lama. lagi satu, jangan suka tangguh kerja, itu sikap yang tak baik, kena ubah..kerja hari ini jangan tnggu sampai esok.."

p/s: dalam kehidupan memang toleransi itu perlu, tapi kadang-kadang kita kena mendidik pelajar dengan cara yang betul. aku suka didik seseorang individu dengan perasaan bersalah, biar dia rasa bersalah hari ni supaya dia tak buat lagi camtu akan datang..tapi kadang-kadang ada yang memang jenis hati kering dan memang rasa xbersalah langsung walaupun dia tau dia salah, jadinya dia akan buat salah yang sama hari2..hu3..lebih teruk lagi ialah nak mendidik staf yang malas, dah tahap lecturer pun masih malas dan macam2alasan yg diberikan,hu3..itulah cabaran hidup namanya...

"hanya orang yg sibuk je tau menghargai masa dan mempunyai masa" kata-kata Meor Isfandy, mantan presiden IRKHSS..

No comments:

Post a Comment