motivasi



KATA – KATA HIKMAT SAIDINA UMAR R.A


· Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut.

· Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya

· Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan

· Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku

· Kalau kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat

· Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu

Rasa Bersalah

suatu pagi, seorang pelajar datang ke pejabat dan berjumpa dengan aku.

"Assalamualaikum ustaz, ustaz, saya nak minta tangguh hantar assignment boleh ustaz, saya hantar hari isnin minggu depan"

"Bile tarikh last untuk hantar assignment?"

"hari rabu minggu ni ustaz, tapi saya tak sempat la ustaz.."

"kenapa tak sempat?bila saya bagi tajuk dan due date hantar assignment? bukan ke saya bagi pada awal semester hari tu...

"emmm"...(pelajarku tunduk dan diam)..

"oklah, kamu boleh hantar assignment isnin depan, tapi ustaz nak bagitau, kamu hantar lambat sebab perancangan kamu tak tepat, pelajar selalu fikir boleh buat assignment last minit, memang boleh buat tapi hasil tak kemas, bila nak buat kemas kena amik masa yang lama. lagi satu, jangan suka tangguh kerja, itu sikap yang tak baik, kena ubah..kerja hari ini jangan tnggu sampai esok.."

p/s: dalam kehidupan memang toleransi itu perlu, tapi kadang-kadang kita kena mendidik pelajar dengan cara yang betul. aku suka didik seseorang individu dengan perasaan bersalah, biar dia rasa bersalah hari ni supaya dia tak buat lagi camtu akan datang..tapi kadang-kadang ada yang memang jenis hati kering dan memang rasa xbersalah langsung walaupun dia tau dia salah, jadinya dia akan buat salah yang sama hari2..hu3..lebih teruk lagi ialah nak mendidik staf yang malas, dah tahap lecturer pun masih malas dan macam2alasan yg diberikan,hu3..itulah cabaran hidup namanya...

"hanya orang yg sibuk je tau menghargai masa dan mempunyai masa" kata-kata Meor Isfandy, mantan presiden IRKHSS..

Coretan akhbar

Usai membaca suratkhabar hari ni, tiba-tiba rasa cam nak mencoretkan sesuatu@komen aku tentang berita yang dibaca hari ni...

1- Pelajar yang dibuang sekolah bukanlah pelajar pintar...(ada sorang anak murid aku yang nak belajar kat politek ni tapi tak dapat sebab masalah kewangan, dia jadi anak murid aku sem lepas dan berhenti pada awal sem ni)

2- Menilai orang tua bukanlah dengan wang ringgit tapi kasih sayang menjadi ukurannya..(teringat kat ateh, seorang warga tua yang aku kenal dan cekal hatinya)

3- Ibu yang solehah ialah ibu yang mampu mendidik anak-anaknya dengan baik, mendidik tak perlu guna gunting tapi cukup sekadar rotan sekiranya anak buat salah yang sama berulang kali...(teringat dulu aku kena rotan sebab pecahkan pasu bunga,hu3, dah kerja aku ganti balik...RINDU KAT EMAK n AYAH)

4- Penipuan warga Indonesia melalui SMS Menang duit masih lagi berleluasa. Pihak bertanggungjawab sila ambil tindakan tegas dengan segera...(aku pun pernah dapat mesej camtu, then aku reply tulis tak baik ko tipu orang, bila orang tipu ko mesti ko marah tapi nape ko masih nak tipu orang, xpe..kite setel kat 'sana' ok)

Entri Bergambar - kenangan


aku dan sahabat-sahabat berkumpul ke airport untuk menghantar Naim ke Holland, beliau melanjutkan pengajian ke sana


aku dan azizul, masa ni kami jaga booth buku Research Management Centre IIUM..masa ni aku keje kat RMC..